Ada yang tak puas hati katanya 172 kes baru hari ini takde kena mengena dengan kita. Kita punya baru lapan kes je. Jadi boleh lah sambung beraya sakan langgar PKPB. Depot tahanan mana boleh berjangkit ke luar kan?
Betul.
Jadi kita kena tolong tambahkan kes baru ke kalau macam tu?
Betul.
Jadi kita kena tolong tambahkan kes baru ke kalau macam tu?
Rakan saya ramai dipanggil bertugas semenjak semalam, tak berhenti buat saringan sebab kluster baru makin bertambah.
Lagipun jangkitan baru warga asing itu bukan didapati dari luar negara tapi jangkitan dari tempatan. Bermakna mereka telah berlegar-legar disekeliling kita sebelum diangkut masuk ke depot tahanan.
Ramai antara kita yang mengambil warga asing untuk bekerja sambilan sepanjang PKP; untuk cuci rumah, untuk potong rumput, bekerja sambilan di kedai dan restoran. Benarkah mereka semua bukan pembawa Covid?
Kita ni golongan bersekolah. Patutnya lebih berdisplin dan faham akan arahan kerajaan. Bukan cuba langgar arahan selagi ada peluang.
Jangan sampai kita pun kena kuarantin, atau lebih teruk lagi dapat jangkitan kerana kita sendiri sibuk menjemput Covid masuk ke dalam tubuh sendiri.
.
Tak faham mentaliti “selagi bukan aku kena, pedulik apa orang lain kena!”
Copied from Facebook of Dr @HanaHadzrami
.
Tak faham mentaliti “selagi bukan aku kena, pedulik apa orang lain kena!”
Copied from Facebook of Dr @HanaHadzrami