Sebelum tidur, jom nak kongsi apa itu erti dan makna kata sayang

1. Sayang itu membiarkan pergi
-Bukan bermakna melepaskan begitu sahaja tetapi ada kala memerlukan pengorbanan. Pergi seketika bukan tidak sayang tetapi demi kebaikan bersama, perlu berkorban demi memperbaiki diri
2. Sayang itu tidak membutakan
-Orang kata "cinta itu buta". Hakikatnya sifat sayang akan membimbing kita. Ketika kita melihat masalah, kita cuba memahami dan menyelesaikan masalah tersebut. Maka sayang itu tidak buta kerana sayang membuatkan kita melihat & berasa tenang kemudian
3. Sayang itu melindungi
Tidak mungkin kita meletakkan sesuatu di dalam bahaya jika kita sungguh-sungguh sayang. Erti melindungi sendiri mempunyai skop yang sangat luas: melindungi dari segi luaran dan dalaman iaitu fizikal, mental serta emosi.
Maka apa beza sayang dan cinta?

Cinta merupakan perasaan ingin memiliki dan bersifat mengikat.

Sedangkan sayang adalah lebih kepada perasaan memberi tanpa berharap mendapatkan balasan.

Makna kata sayang itu sendiri sesungguhnya adalah perasaan ikhlas
Itu sahaja, selamat malam https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="🌃" title="Night with stars" aria-label="Emoji: Night with stars">
You can follow @KassCassidy.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: