Saya akui mungkin ada dalam kalangan pengguna obses untuk membeli telefon pintar yang menyokong rangkaian 5G.

Hakikatnya tahap penembusan rangkaian 5G masih rendah dan memerlukan masa untuk meliputi sekurang-kurangnya 50% dari keseluruhan kawasan. https://twitter.com/thehafifihafidz/status/1264914462827352064
Berdasarkan laporan dari @opensignal bagi suku keempat tahun 2015, Malaysia telah menduduki tangga ke-50 dalam 68 buah negara dengan tahap penembusan 4G sebanyak 55% manakala tahun 2017, Malaysia telah berada di tangga ke-42 berbanding 89 buah negara iaitu sebanyak 74.88%
Berdasarkan laporan tersebut, kita boleh membuat sedikit rumuskan bahawa tahap penembusan rangkaian 4G memerlukan masa untuk meliputi keseluruhan kawasan.

Tidak hairanlah sehingga ke hari ini, masih ramai pengguna tidak dapat menikmati kualiti 4G yang sebenar.
Walaupun teknologi LTE sudah hampir mencapai standard 4G, namun bukan semua kawasan mampu menepati standard yang ditetapkan oleh ITU-R.

Secara dasarnya 4G lebih pantas berbanding LTE jika dinilai dari segi standard yang ditetapkan oleh ITU-R.
Saya tidak mahu mengulas lanjut berkaitan LTE dan 4G. Cuma mahu menjelaskan bahawa rangkaian 5G masih memerlukan masa untuk meliputi sekurang-kurangnya 50% kawasan di seluruh Malaysia.
Jika iPhone 3G dan iPhone 5 merupakan iPhone pertama yang menyokong rangkaian 3G dan LTE.

iPhone 12 pula besar kemungkinan akan menyokong rangkaian 5G.
Namun tidak salah untuk Pengguna iPhone menunggu untuk membeli iPhone 12 memandangkan jangka hayat iPhone 12 boleh mencapai sehingga 4 hingga 5 tahun yang bagi saya sudah cukup matang bagi teknologi 5G menembusi Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjangkakan teknologi komunikasi generasi kelima (5G) berpotensi sedia digunakan secara komersial di Malaysia menjelang 2021 atau 2022.
Jika 3G menggunakan UMTS dan
3.5G menggunakan High Speed Packet Access (HSPA) serta 3.75G pula HSPA+.

Bagi 4G ia menggunakan standard rangkaian digital Long Term Evolution (LTE), LTE-Advanced dan 4.5G bagi LTE Advanced Pro.

Untuk 5G ia menggunakan New Radio (NR).
Rangkaian 5G mampu mencapai kelajuan melebihi 1 Gbps, berbanding kelajuan purata 4G yang mampu mencapai sekitar 100 Mbps.

Bagi saya rangkaian 5G antara satu revolusi baharu dalam dunia teknologi.
Konklusinya, bagi saya terlalu awal untuk kita membeli telefon pintar yang menyokong rangkaian 5G kecuali kita berada di kawasan tersebut.

Namun sekiranya sesebuah telefon pintar tersebut mampu bertahan sehingga 4 hingga 5 tahun, maka tiada salahnya.
Jika benar iPhone 12 menyokong rangkaian 5G. Bagi saya pengguna yang ingin membeli iPhone 11 Pro/Max atau iPhone 11 dapat menangguh dan membeli iPhone 12 yang dijangka dilancarkan pada September atau Oktober tahun ini.

SEKADAR PANDANGAN
You can follow @XavierNaxa.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: