Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia lebih 5.56 juta rakyat Malaysia yang sudah berusia lebih dari 30 tahun masih belum berkahwin.

- 4.8 Juta adalah wanita.
- 739,000 adalah lelaki.

Dan data ini adalah taburan pada tahun 2010 dan angka dijangka meningkat seganda pada tahun 2020.
Ini bermakna pada tahun 2020. Unjuran data bagi golongan yang belum berkahwin pada usia 30 tahun adalah:

-9.6 Juta wanita.
-1.5 juta lelaki.

Dan ini menunjukkan lebih 30% rakyat Malaysia belum berkahwin walaupun sudah mencecah usia 30 tahun.
Hasil dari kaji selidik,

Kebanyakan mereka mengatakan masalah kewangan menjadikan mereka lewat berkahwin (56%)

Belum bertemu jodoh yang sesuai (19%)

Fokus kerjaya (10%)

Dan lain-lain sebab (12%).
Adakah anda yang masih belum berkahwin pun tergolongan antara yang mempunyai masalah di di atas?

Terhimpit beban kewangan?
Tak jumpa jodoh, yang jumpa hanya bodoh-bodih belaka?
Terjaga jodoh orang?
Nak fokus kerja?

Boleh share di bawah. Mana tahu thread ni anda terjumpa jodoh.
Okay bagi yang tak tahu, impact kahwin lewat ni akan effect kepada tenaga kerja di negara kita.

Indeks kelahiran negara kita sekitar 4.9 (1970) dan menurun kepada (1.8) .
Bila tenaga buruh berkurang, Malaysia terpaksa mengupah pekerja asing terutama jawatan executive ke atas.

Ini menyebabkan pengaliran duit ke luar negara akan lebih meningkat.
Peningkatan buruh asing juga akan menyebabkan negara kita akan hilang keupayaan utk berdaya saing di peringkat global kerana terlalu bergantung pada buruh asing.
Sekarang ni pun banyak je buruh asing bro. Apa cita?

Itu buruh asing utk jawatan/kerja-kerja kasar. Yang saya cerita ni peringkat executive dan pembuat keputusan.
Mungkin had pencen juga akan ditingkatkan kepada 65 tahun.

Bila ramai orang berusia dalam sesuatu jabatan tu, selalunya kurang productive.

Kerana pada usia mereka, mereka lebih kepada experience bukan action.
Maksudnya mereka lebih kepada planning dan tentukan halatuju sesebuah jabatan.

Selalunya anak buah mereka yang akan buat gerak kerja.

Tapi kalau semua perkerjaa dalam sesuatu jabatan tu 50-65 tahun? Macam mana tu?
Benda ni nampak macam jauh dan tak logik .

Tapi kalau tiada langkah intervention dari kerajaan mungkin perkara ni akan berlaku dalam 20-30 tahun akan datang.
Antara langkah kerajaan adalah mengurangkan beban kewangan rakyat sebab itu adalah sebab utama golongan bujang sekarang susah untuk berkahwin.
You can follow @muhdnaimmustafa.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: