Membaca bukan hobi tapi tabiat (habit). Orang yang memang suka membaca akan membaca dalam apa keadaan jua, tak leh buang tabiat.

Aku dulu kerja cashier kat supermarket (sambil menunggu result STPM) pun sempat membaca. Cuma selalu kena marah dengan supervisor je lah LOL. https://twitter.com/Luqmanap_/status/1264127658050195456
Mula2 aku bawa buku fizikal, letak dalam laci meja mesin cashier. Kalau tak ada customer, baca.

Supervisor selalu marah sebab kepala aku asyik tunduk, takut ganggu konsentrasi (padahal aku kerja OK je, jarang short/over). Aku kalau tak baca aku akan rasa stress lel.
So aku cari versi PDF buku untuk print atas kertas. Lipat dan selit bawah drawer. So kepala aku tak asyik tunduk lagi, supervisor pun tak suspect aku tengah baca sebab nampak sekeping kertas je.

Print 4 page atas 1 muka surat, lepas habis baca tukar page. Habis, tukar lagi.
Struggle gila tapi berbaloi. Aku banyak baca buku sains sosial sebab UPU aku isi semua subjek sains sosial (hubungan antarabangsa, sains politik, English literature etc.).

6 bulan aku kerja, duit dapat, ilmu pun ready. So Sem 1 score dapat Dean's List (ececeh).
Sekarang jadi PTD, busy memang busy, tapi kalau ada will nak membaca, mesti ada time punya.

Contoh kalau pagi ada mesyuarat di Putrajaya, so dari KL jangan drive, naik ERL. Dapatlah 30 minit masa untuk membaca dengan tenang.
Busy macam mana pun ada break, itulah masa untuk membaca (dan menulis).

Waktu lunch aku memang tak keluar. Boleh je tapau sambil makan sambil membaca kat work station, better than lunch ramai2 berborak kosong. Orang ingat kita antisocial pun so what.
Li Ka-shing (orang Cina terkaya sebelum Jack Ma muncul) asalnya orang miskin. Dia perlu bekerja seawal umur 15.

Sambil dia kerja, dia juga meluangkan masa membaca. Dia seorang self-learner: dengan membaca kamus dia berjaya menguasai Bahasa Cina & Inggeris yg membantu bisnesnya.
Ni contoh yang lagi poyo: Napoleon Bonaparte, maharaja Perancis (1803-1815) yang dikenali sebagai military genius adalah seorang pembaca tegar, siap bawa buku masa perang.

Tapi bukan baca buku strategi pun, dia baca buku klasikal macam The Iliad.
Reading ia not a hobby but habit. Untuk wujudkan habit, kena ada budaya yang supportive.

Orang Malaysia jarang membaca bukan sebab tak ada masa, buku terlalu mahal etc. Root cause dia tak ada budaya membaca, itu je.

So sama2 kita memupuk budaya membaca.
You can follow @AymanRashdanW.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: