Falsafah Hidup Pokok Tomato

Ni pokok tomato saya, yang saya tunjuk tu org berkebun panggil 'sucker'.

Sucker adalah pucuk yang keluar antara batang teras & batang sisi.

Kalau nak pokok kita berbuah lebat, sucker ni kena buang awal-awal.

Tau tak kenapa?

Baca sampai habis
Sucker ni macam 'extra baggage'.
Kalau biar dia akan jadi cabang baru.

Akhirnya pokok kita akan banyak cabang, banyak daun tapi tak berbuah. Kerana tenaga dan nutrisi habis kat nak support extra cabang dan daun ni.

Apa kaitan dengan kita?
Hidup kita juga banyak 'sucker' ni (pardon the word).

Dia mula kecik, tapi sebab kita layan, bagi dia besar, akhirnya jadi beban dalam hidup kita.

Kita akhirnya terbeban nak menanggung 'sucker' ni. Tak ada masa nak 'berbuah'. Hidup penat menanggung beban sahaja.
Sucker ni boleh jadi orang, minat, benda, masalah, tabiat...apa sahaja bentuk.

Tapi bila kita tak prioritize hidup kita. Kita create extra baggage yang akhirnya membebankan kita.

Kalau dipokok apa kota buat. Kita patahkan aje, buang.

Kalau dalam hidup?
Fikirkan sendiri.
You can follow @DrRozanizam.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: