3 SEBAB UTAMA, KAU
SUSAH NAK MOVE ON

Saya baca smua Tweet Joker yg pujuk orang putus cinta dan move on. Tapi nasihat dan kata kata tu hanya sekejap sahaja saya mampu pegang. Lama kelamaan rindu kepada si dia datang kembali.

Ikuti thread ini
Luahan #DMJoker |
Sila baca dahulu yang ini
Aku minta maaf, first day raya memang tak sempat nak Tweet. Maklumlah, sibuk dengan raya. Bini nak pegi sana lah, pegi sini lah. Dalam masa yg sama, aku spend time untuk berehat sekejap.

Berkenaan topik thread ini. Aku tahu ramai yang sedang alami. Baik.. Dengar Joker nak pesan
Masa sekolah dulu, then masuk universiti kau mesti dah banyak kali attend program motivasi kan? Malah, program tu kau nangis gila-gila kot. Then, sejam selepas habis program kemudian kau relaks je macam takda apa-apa.

Why this happened?
Adakah program tu tak berkesan?
Ini disebabkan emosi atau environment dalam program itu, disebabkan suasananya senyap / fokus, ada muzik background. So akan create environment yang menyentuh emosi pendengar. Dalam hal lain. Emosi adalah perasaan yang mencetuskan tindakan dan tingkahlaku manusia.
Erti kata lain; Emosi ini boleh dikawal. Dalam program tu ada yg tahan nangis, ada yg buat-buat tak dengar, ada yg menangis teresak-esak, ada yang histeria. All this about emotions.

Emosi dapat dikawal. Apabila emosi dapat dikawal, kau boleh kontrol tingkahlaku dan tindakan kau.
Nanti adik-adik belajar dalam bidang psikologi inilah bab kena mahir, & #39;Mengawal Kepintaran Emosi EQ& #39;. Before aku explain why kau takleh move on lepas breakup. Aku kena jelaskan dulu berkaitan emosi ni. Supaya kau faham.

Ini adalah ilmu tentang psikologi manusia.
Emosi akan menghasilkan kau ; ketawa, tenang, sedih, murung, gelisah, histeria, marah, memendam rasa dan lain-lain melibatkan perasaan.

So. Kalau kau susah nak move on. Adalah disebabkan kau tak dapat kawal emosi dengan baik. Kau biarkan emosi itu menguasai otak dan hati kau.
Perasaan rindu, sayang, kasih, cinta ini semua adalah emosi. Seperti yg aku bgtau, emosi akan create tindakan. Sebab tu kau takleh tidur malam, kau hati tak tenang, kau baca mesej2 lama dia, kau tengok gambar2 kenangan.

Lama-lama tanpa sedar,
emosi akan mula menguasai diri kau
Hypothesis nya adalah "Semakin bijak kau dapat mengawal emosi, semakin bijak kau dapat mengawal tindakan dan tingkahlaku manusia."

Alright? Faham dokkkk setakat ni? Kalau faham, bagi LIKE sikit tanda kau dah faham emosi sebenarnya boleh dikawal.
Ebook kedua akan dilancarkan bulan June nanti. Aku banyak cerita tentang Relationship Dalam Psikologi; Dalam bab 7 ada ceritakan tentang kawalan emosi dalam diri.

Dan.. Dalam thread ini aku akan share, tiga sebab kenapa kau susah nak move on. Kau dengar elok-elok ya.
1. TAKUT RASA SUNYI
#WhySusahMoveON

Selama ni kau ada peneman. Waktu kau senang dan susah kau hadapi bersama dengan dia. Kau selalu share pendapat. Kau happy bila dia ada disisi. Bila dah hilang dari hidup kau. Kau sebenarnya takut rasa sunyi dihati.
Yelah, selama ni kau nak buat apa-apa pun kau tanya dia. Minta pendapat dia. Bila gaduh, pastu pujuk memujuk. So banyak kenangan kau pahit manis bersama dia. Selama dia ada, hidup kau jarang rasa sunyi. Setiap malam on call. Bincang masa depan, borak itu ini.
Beberapa bulan atau tahun, selama ni dia ada dengan kau. Kau takut hilang tempat mengadu. Sebab family jenis tak faham kau. Hanya pasangan yg ada sebelum ini faham diri kau.

Salah satu faktor lagi, kalau kau dah ada hubungan seks dengan dia. Makin susah nak lupakan. Itu normal.
Biasanya sebelum atau selepas kahwin apabila nak berpisah. Perempuan susah lupakan, SEKIRANYA ada berlaku hubungan seks. Sebab seks ini akan create emosi dan attachment yang sangat kuat. Mostly kes yg pernah aku uruskan adalah terjadi pada kaum wanita. Lelaki tak sangat.
2. TERLALU BERHARAP
#WhySusahMoveON

Kau kena bezakan kepercayaan dan berharap. Dua perkataan ni tak sama maksudnya. Kau sebenarnya terlalu berharap untuk si dia beri kau bahagia. Kau expect cerita cinta kau akn semuanya indah-indah. Tapi tak pun. Kau expect lebih daripada si dia
Kalau kau perasan, selama kau bercinta. If dia kurang bagi attention kat kau. Kau boleh jadi gila. Sebab apa? Sebab kau harapkan orang lain untuk bahagiakan diri kau. Even kau belum / dah kahwin. Sebenarnya kau juga perlu cari kebahagiaan sendiri. Itu lebih utama.
Kau pun sebenarnya dah tahu. Orang lain pun ada impian mereka, harapan mereka. Mereka pun sibuk mencari bahagia diri sendiri. Tapi kau susah nak move on, sebab kau terlalu berharap dia akan bahagiakan kau sampai mati.

Ini bukan drama
Tak semua macam tu
Hakikat percintaan sebenarnya, adalah kau dan dia perlu saling hargai antara satu sama lain. Once korang dah hargai pasangan. Serta merta akan wujudnya bahagia dalam diri. Kalau kau je asyik nak happy kan dia. Tapi dia takda effort pun. Apa guna kau bercinta.
Aku pesan; Kau belum kahwin / perancangan nak kahwin / atau dah nikah 10 tahun sekali pun. Kau carilah bahagia untuk diri sendiri. Kau boleh berharap pd pasangan. Tetapi.. Jangan terlalu berharap..

Sebab at last, bahagia tu sebenarnya datang dalam diri kita sendiri. Bkn org lain
3. TAK KAWAL EMOSI
#WhySusahMoveON

Kau susah nak move on, sebab kau tak pandai nak kawal emosi dalam diri. Sebab tu sekarang kau rasa sedih dan murung, kecewa gila. Yang ini aku dah jelaskan dalam Tweet di atas.

Kau kena lawan emosi itu.
Jgn biarkan emosi kuasai kau.
Bab Emosi ni aku taknak cerita lebih, sebab dah ada dalam Ebook kedua nanti. Tak surprise lah. Cuma dalam pengawalan emosi apa yg aku boleh pesan satu je.

"Lawan emosi tu. Kalau kau sedih, do something to make you feel better. Kalau kau trigger. Do something. Jgn layan."
If kurang jelas lagi bab emosi, kau boleh ulang baca thread ni dari atas. Supaya jelas tentang kawalan emosi dalam diri manusia.

But, if you masih struggle tak boleh move on. Ada something wrong dalam diri kau. Pada waktu ini kau perlukan Therapist / Kaunselor / Doktor Psy.
Sebab bila kau dah tak dapat kawal diri. Orang lain akan push kau. Mintalah bantuan daripada orang sekeliling untuk beri kau moral / emotional support. Just nasihat aku, jangan luah pada orang yg salah. Sebab nanti manusia itu akan judge kau. Luah pada someone yg kau percaya.
Ulasan Joker

Kau perlu berubah, sampai bila nak jadi macam ni. Kau perasan tak, sebenarnya kau sedang seksa diri sendiri. Cuba kau pandang ke hadapan. Banyak bahagia akan muncul sebenarnya.

Just move on.
Please Call Joker
You can follow @dairijoker.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: