Korang tahu tak jin ni ada macam-macam jenis? Siapa yang dah tahu? Yang tak tahu boleh RT dulu nanti aku cerita satu persatu.
Okay.. Kita mulakan. Kalau nak dipecahkan jenis jin yang ada tu memang banyak. Tapi ini lima jenis jin yang selalunya dikaitkan dengan manusia.
Jenis jin yang pertama diberi nama Al-Jan. Untuk pengetahuan korang, Jin Al-Jan ni juga disebut sebagai Banul Jan dan dikatakan antara penghuni pertama dari bumi sebelum kedatangan manusia dari ras Adam dan Hawa.
Banul Jan ni hidup dah lama kat bumi, 2000 tahun sebelum Nabi Adam diciptakan. Rujuk Surah Al Hijr ayat 27:

"Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas".
Ibn Abu Hatim membawa riwayat yang sampai pada Abdullah Ibn Amr yang mengatakan bahawa pada mulanya Jin Banul Jan adalah penghuni bumi sebelum Adam dan diciptakan dalam tempoh masa 2000 tahun.
Banul Jan ni selalu buat kerosakan kat bumi dan menumpahkan darah. Kemudian Allah SWT mengirimkan bala tentera dari kalangan para malaikat. Lalu para malaikat memerangi Banul Jan hingga mengejar mereka sampai ke pulau-pulau di pelbagai lautan.
Allah SWT berfirman dalam surah Al Kahfi ayat 50, “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin…"

Firman di atas jelas menunjukkan yang Iblis tu berbangsa jin.
Korang kena tahu juga yang jin Al-Jan ni memiliki kehidupan yang sama dengan manusia. Kalau kita manusia ada agama, sama juga Al-Jan ni. Jin jenis ni ada yang berkelamin jantan dan betina, ada yang beragama Islam dan ada yang beragama lain. Memang sama macam manusia.
Untuk jenis jin yang kedua kategorinya Al-A’mir. Pernah tak bila kat satu tempat atau kat bilik air ke atau kat rumah korang dengar suara yang sama macam bunyi orang tengah guna toilet tapi tak ada orang dalam tu? Ha itu kerja Jin Al-A’mir lah.
Jin jenis Al-A’mir ni suka tiru perbuatan manusia. Tujuannya tiru perbuatan manusia sebab nak menakutkan manusia.
Al-A’mir ni juga kadang-kadang ikut orang yang tengah baca buku , menyanyi (macam dalam thread #LAGU) dan sebagainya atau ikut orang yang tengah solat kat belakang.
Tapi walaupun macam tu, korang jangan takut. Boleh jadi jin Al-A’mir ni ada je yang tak berniat jahat dan tak mengusik. Mungkin jin jenis ni nak jadi makmum atau nak belajar membaca atau menyanyi. Jadi kalau terkena kat korang tu, pandai-pandailah kawal sendiri.
Jenis jin yang ketiga namanya Al-Ifrit. Okay jenis jin ni aku rasa antara yang famous. Sikit sikit kita dengar orang cakap, “Kau ni perangai macam Jin Ifrit!” Kalau nak tahu Al-Ifrit ni lazimnya jadi pembantu ataupun khadam bagi manusia.
Jin Ifrit ni ada yang berperangai jahat, kafir dan tak beragama. Jenis ni selalunya dimanfaatkan oleh bomoh. Tugas Jin Ifrit ni untuk merayu manusia dengan dia punya tipu muslihat.
Jenis jin yang keempat dalam kategori Al-Arwah. Jin jenis ni antara yang paling selalu dan asyik goda manusia. Ada ketika jin Al-Arwah ni akan menjelmakan diri sebagai orang yang kita sayang yang telah meninggal dan lain-lain.
Itu yang katanya dulu ada cerita ada nampak kelibat orang yang dah meninggal balik semula ke rumah. Ini kerja jin Al-Arwah. Dia nak masyarakat takut dan percaya roh yang dah mati tu hidup semula. Ada yang jenis percaya tu percayalah.
Sebenarnya jin Al-Arwah ni termasuk dalam golongan jin yang sangat kuat dan paling nakal. Kenapa dikatakan paling kuat? Sebab jin jenis ni boleh menjelmakan jadi apa-apa je dengan mengerahkan kekuatan ilmu yang dimiliki. Jin ni juga memang suka menggoda dan menakutkan manusia.
Nanti dekat thread yang lain aku nak ceritakan tentang jin jenis Al-Arwah yang banyak menjelma menjadi manusia ni. Korang tunggu. Antara yang paling menakutkan pernah jadi kat kampung aku dulu. Tapi malam ni fokus pada jenis-jenis jin ni dulu.
Untuk kategori jin yang kelima : Jin As-Syaitan. Berbeza dengan jin Al-Arwah, As-Syaitan ni dalam kategori jin yang selalu menggoda manusia dari segi iman, jiwa dan rohani manusia.
As-Syaitan ni sangat berbahaya berbanding dengan jin jenis lain sebab jin jenis ni dia boleh merasuk ke dalam hati manusia untuk bisikkan kekafiran, keingkaran dan kejahatan.
Dalam Surah An-Naas pun ada dijelaskan bahawa bukan cuma jin jahat dan ingkar je yang termasuk dalam golongan As-Syaitan, tapi manusia yang berperilaku zalim pun termasuk dalam kategori ni. Dalam Al-Quran disebutkan, jin jenis ni boleh masuk dan berjalan melalui aliran darah
Dan jin jenis ni juga yang dirantai waktu bulan Ramadan. Untuk jin jenis yang lain sebenarnya masih lagi berkeliaran dalam alam sendiri dan ada yang masih mengganggu manusia. Sebab itu dalam bulan Ramadan ada je orang kena rasuk, kena gangguan sihir dan ada yang diganggu jin saka
Ada juga disebutkan nama jin-jin lain macam Al-Ghaddar, Al-Khabil dan Al-Hajis. Ini antara nama-nama jin jahat yang mengganggu manusia. Al-Khabil misalnya merujuk kepada jin yang merasuk manusia sampai manusia tu jadi gila.
Jin Al-Hajis ni pulak jin khas yang boleh menyebabkan manusia rasa waswas, dan jin jenis ni selalunya bisik kat telinga kita dan menyebabkan timbul waswas.
Nama jin lain yang disebut ialah At-Tabi’, ataupun Qarin, yang hidup bersama dengan manusia, terdiri daripada lelaki dan perempuan, manakala jin Al-Hatif pulak jin yang suaranya manusia dapat dengar tapi tak dapat dilihat
Btw info tambahan, ada juga jin yang boleh tahu yang kita tengah baca atau bercakap pasal dia. ‘Networking’ jin ni lagi canggih dari kita

Jadi siapa yang baru baca thread ni dan nak tidur tu, silalah baca doa tidur, ayat Kursi dan 3 qul untuk elak perkara tak diingini berlaku.
Btw untuk akan datang aku akan kongsikan kisah fiksyen seram yang aku akan letak dibawah hashtag #LAEHS - LeAlterEgoHorrorStory . Kisah rekaan dari hashtag ni sebenarnya adaptasi dari kisah benar yang dikongsi cuma ada sesetengah nama dan tempat diubah bagi menutup aib. ✌🏻
DM aku sentiasa dibuka untuk sesiapa yang nak berkongsi pengalaman seram dan tak nak kisahnya diketahui sesiapa. Until then, selamat malam semua! Tidur jangan lupa baca doa. ✌🏻
You can follow @LeAlterEgo.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: