Aku malas da nak bahas dengan orang yang nak menang je ni. So aku nak buat thread tentang kenapa banyak "sangat" soalan yang ditanya bila korang call 999 untuk ambulans.-thread
Sorry for the wait. Im attending a dying patient. Nanti aku buat thread ni. Doakan urusan kami dipermudahkan.
Okay.. Macam yang semua orang tahu, bila berlaku sebuah kecemasan(terutamanya kemalangan jalan raya). Kita akan terus fikir call ambulans. Tapi ramai yang tak tahu sebenarnya prosedur ambulans ni macam mana so korang boleh la baca ni kot ada keperluan utk aplikasikan.
So bila korang call 999, korang belum lagi bercakap dengan ambulans ya. 999 ni diuruskan oleh Malaysian Emergency Response Service(MERS). Panggilan ni meliputi semua jenis kecemasan mcm PDRM, BOMBA, Ambulans, Pertahanan Awam dan juga Maritime ya.
So bila korang call, operator akan tanya beberapa soalan untuk kenalpasti jenis kecemasan korang. Contohnya apa kecemasan anda, siapa anda, dari mana anda memanggil, nombor telefon anda dan lain2 yang perlu.
Lepas tu baru lah operator akan agihkan panggilan korang ke bahagian yang sepatutnya. Kalau ambulans, dorang akan divert call korang ke hospital atau klinik yang paling hampir utk response kes korang.
Di pihak hospital pula, panggilan akan diuruskan oleh Medical Emergency Coordination Center(MECC). So, di sini call center akan tanya lagi untuk memastikan yang panggilan ni di saluran yang betul okay. So korang kena terus bertenang dan jawab je.
Di MECC pulak, dorang akan nilai keperluan respons dan akan aktifkan pergerakan ambulans. So dorang akan roger pulak dekat Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans(PRPA). So, masa ni korang dah end-call sebenarnya. MECC yang akan guide first responder(ambulan) utk kes korg.
So lepas MECC saring panggilan, dorg akan dapatkan info yang tepat, dorg juga akan aktifkan responden yg tepat utk kes korang. Then dorg akan bagitau tentang persediaan rawatan yang perlu, arahkan aktiviti pre-arrival dsn post-dispatch instruction.
Pemanggil akan diminta bertenang dan dorang akan guide apa yang perlu dilakukan sementara menunggu ketibaan first responden ya. Okay, next baru lah first responden iaitu ambulan pula akan call korang.
Okay part ni lah korang akan rasa annoying sebab kalau lokasi korang susah, first responden akan asyik call utk tanya lokasi tepat korang. Korang kena faham, dorang bukannya ada kuasa istimewa utk tau lokasi ya, so harap korang kena terangkan dengan betul dan tenang. Jap g smbung
So Penolong Pegawai Perubatan dan driver akan prepare barang2 yang perlu, kalau trauma kita bawa lah spleen dan lain2..kalau kes perubatan kitorang prepare la ubatan yang sesuai. Sebab kitorang bukannya datang terus bawa lari gi hospital ya, kita akan stabilkan di lokasi.
Bila dah stabil, barulah boleh bawa lari gi hospital. Korang mesti taknak kan ambulan datang tapi tak boleh buat apa melainkan rush g hospital ja. Dlm masa singkat tu boleh melayang nyawa so sbb tu perlu stabilkan dulu.
Yang kes driver ambulan call berkali2 ni biasanya lokasi tak tepat. Sebab apa jadi lokasi tak tepat? Sebab kita juga, vandalisme sana sini. Papan tanda dirosakkan. Nama jalan pun tak nampak dah. Ada pula pemanggil yang tak tau dia ada kat mana. Tu salah ambulan juga ke?
Berdasarkan pengalaman aku sendiri, pernah kitorang respon satu panggilan kecemasan kemalangan jalan raya. Pemanggil cakap lokasi di "ladang sawit yang lepas kampung". Korang rasa? Memg byak kali la kami call, kejap lagi call..kejap lagi call. Pusing2 tau kitorang cari.
Zaman dah maju, apalah salahnya korang share koordinat tepat korang ya. Sistem emergency response di Malaysia dah teratur. Jadi sgt lah tak setuju bila ada yang salahkan sistem kita sedangkan banyak faktor yang boleh nelambatkan proses mudah ni.
Sebelum kita salahkan pihak2 tertentu, kitalah kena mainkan peranan. So sini saya nak selitkan sikit peranan kita bila ada kecemasan. First of all, BERTENANG. Macam screenshot di atas, dia dengan bangganya kata marah ambulan "tunggu org mati ke baru nak sampai".
Pendapat saya, beliau sebagai first aider sepatutnya mainkan peranan untuk tenangkan keadaan di sekeliling. Bila sesorang dah patah itu ini, dia patut tahu apa perlu buat. Contohnya alihkan ke tempat selamat, hentikan pendarahan dan tenangkan orang sekeliling terutamanya mangsa.
Dah kalau diri sendiri tak tenang, cane kan? So..muhasabah diri. Harap lepas baca thread ni, kita tak gelabah dan faham proses panggilan kecemasan ni ya.
So kesimpulannya. Panggilan korang akan sampai ke MERS->MECC->Ambulan. Kadg orang tanya bukan tak tau tapi untuk kepastian supaya tak salah, so takde la nak buat kerja banyak kali kan. Korg mudah, dorang pun mudah. Bagi kerjasama je InshaAllah dipermudahkan.
@izzatiidrs baca ni ya. Kawan awak.lagi sorg tu takmau baca. Sombong sgt.
@NazmeenAmin kawan awak da block sy. Awak baca la dulu ya kalau nak block pun. Ini penting untuk pengetahuan bersama supaya tak ada lagi salah faham.
