Manusia zaman moden terlalu manja.

Menegur tak boleh kasar, nanti dituduh sebagai punca orang menjauh dari agama.

Si penegur pula kena maksum dari dosa, kalau tidak siap sedia lah aib kau pula yang dijadikan bahan jenaka.
"Kami bukan tak nak dengar nasihat, tapi nasihat la dengan berhikmah."

Ya. Semuanya kena ikut cara, emosi dan perasaan kamu. Walaupun apa yang dikatakan tu benar, tapi kebenaran jatuh nombor 2, yang utama adalah perasaan.
Ada orang dia tahu apa dia buat tu dosa, dan dia bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan yang dilakukan.

Ada orang pula dia tahu dia buat tu salah dan berdosa, tapi dia akan cuba untuk menyalahkan orang lain.
Contoh, "bertabaruj memang salah, tapi kalau tegur cara kasar, siapa je nak dengar? Betulkan cara teguran tu dulu."

Kamu fikir dengan menyalahkan orang lain akan buat kita terlepas daripada dosa?
Bila disoal depan Allah nanti kita nak jawab,

"Kalau saja orang nasihat aku dengan cara berhikmah, pasti aku takkan terus bergelumang dosa", macam ni ke?

Dengan menjawab seperti itu, kita rasa kita akan terselamat?
Hakikatnya, kita bertanggungjawab sepenuhnya dengan diri sendiri. Tidak kira teguran tu lembut atau kasar, yang benar akan kekal benar. Hukum takkan berubah hanya kerana kita tak suka dengan cara orang yang bercakap mengenainya.
Sebagai orang yang menerima teguran, berlapang dada lah walaupun kita tak gemar cara teguran tersebut.

Untuk orang yang memberi nasihat, gunalah pendekatan yang terbaik. Ikuti cara nabi dan sahabat dalam menegur.
You can follow @anina_faris.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: