BAGAIMANA KUCING ANDA MUNGKIN BOLEH MEMPENGARUHI MINAT KERJAYA ANDA

Haa siapa sini penggemar kucing? Korang nak tau tak, ada kemungkinan kucing (atau lebih spesifiknya tahi kucing) boleh mempengaruhi kerjaya yang anda minati?

Haa meh baca thread ni..
Sebelum kita melihat apakah kaitan taik kucing dengan minat terhadap kerjaya, mari kita berkenalan dengan suatu sel yang bernama Toxoplasma gondii.

T. gondii adalah sel parasit yang terdapat di seluruh dunia dan ia boleh menjangkiti hampir semua haiwan yang berdarah panas, -
termasuklah manusia. Biarpun ia boleh menjangkiti kebanyakan haiwan dan manusia, ia cuma boleh membiak (reproduce) di dalam badan kucing. Seseorang atau sesuatu haiwan itu boleh terjangkiti dgn parasit ini jika ia tersentuh tahi kucing yg mengandungi parasit ini ataupun jika ia-
makan daging haiwan yang telah terjangkit seperti lembu/ayam (terutamanya jika daging itu tidak dimasak dgn baik).

Kebiasaannya orang yang telah dijangkiti dgn parasit ini tidak menunjukkan sebarang simptom kerana antibodi badan mereka cukup kuat untuk melawannya.
Namun, untuk perempuan yg sedang mengandung dan individu yang 'immunocompromised' seperti individu yang mempunyai HIV/AIDS, T.gondii ini boleh menyebabkan jangkitan yang akut di mana ia boleh menjangkiti otak dan menyebabkan kerosakan mata.
Namun apa yang membuatkan parasit ini popular ialah kerana ia boleh mempengaruhi tingkah laku hos yang dia jangkiti.

Kajian yang dijalankan oleh Ingram (2013) mendapati bahawa tikus yang dijangkiti dngn parasit ini hilang perasaan takut terhadap kucing dan bertindak impulsif,-
-lalu menyebabkan tikus tersebut di makan oleh kucing.

Hal ini adalah luar biasa kerana ia menunjukkan 'kebijaksaan' parasit itu untuk memanipulasi tingkah laku tikus tersebut agar ia dimakan oleh kucing, seterusnya membolehkan dirinya untuk membiak dalam badan kucing itu.
Jadi saintis tertanya, adakah parasit ini mampu untuk mempengaruhi tingkah laku hos manusia yang dijangkitinya?
Satu kajian menunjukkan bagaimana Toxoplasma gondii ini berkemungkinan membuatkan manusia menjadi lebih berani untuk mengambil risiko, seterusnya mempengaruhi pilihan kerjaya mereka.

Kajian yang dijalankan oleh Johnson (2018), 1500 pelajar yang positif T. gondii adalah 1.4-
kali lebih tinggi kemungkinannya untuk major dalam business. Mereka juga 1.7 kali lebih tinggi berkemungkinan untuk mengambil 'pengurusan dan keusahawanan'.

Dalam kajian yg melibatkan 200 orang golongan professional yang menghadiri event keusahawanan, mereka yg positif T.gondii
-1.8 kali lebih tinggi kemungkinan untuk mempunyai business sendiri.
Pengkaji juga membandingkan kadar infeksi beberapa negara dan mendapati terdapat hubungan positif antara kadar jangkitan T.gondii dan aktiviti keusahawanan. Bancian juga mendapati negara yang tinggi jangkitan -
T.gondii ini mempunyai peratusan yang lebih rendah untuk respondennya menggunakan 'takut untuk gagal' sebagai alasan untuk memulakan bisnes sendiri.

Jadi adakah ini bermakna T. gondii ini boleh mempengaruhi minda anda untuk memilih kerjaya yang berkaitan dengan keusahawanan?
Setakat ini kajian mengenai hal ini masih belum konklusif dan hanya bersifat korelasi, jadi harus diingatkan bahawa 'correlation is not causation'.

Namun begitu, hal ini memberi suatu perspektif menarik terhadap psikologi tingkah laku manusia kerana kita kebiasaannya menganggap
-pilihan dan tindakan yang kita lakukan adalah berasal daripada diri sendiri, namun kajian ini menunjukkan bagaimana parasit juga berkemungkinan boleh mempengaruhi tindak tanduk kita. Selain kajian ini, terdapat banyak lagi kajian lain yang menunjukkan bagaimana makhluk2 kecil-
seperti microbiome yang terdapat dalam perut kita boleh menjadikan kita bersifat altruistik (baik hati) dan ada juga yang mengaitkannya dengan kemurungan. Sesungguhnya banyak lagi perkara yang kita belum tahu mengenai diri dan tingkah laku kita sendiri. Wallahualam.
Semoga dengan thread ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan pengetahuan baru kepada anda. Terima kasih kerana membaca sehingga ke sini dan jika anda rasa ia bermanfaat, sila RT agar lebih ramai dapat baca (dan saya pun bersemangat untuk tulis next thread)
You can follow @mnalhakim.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: