Nak story skit.. kesalahan bacaan Al-Fatihah dlm video ni actually biasa berlaku dlm masyarakat kita.

Thread ni nak appreciate owner tweet yg post video ni, dia bagus terima teguran. 👍👍 https://twitter.com/kysstnaa/status/1263482961338396672
Dan thread ni jgk utk sharing skit ilmu yg saya tahu dgn netizen semua.

Ok start story,

Awal tahun lps ada imam baru kt masjid area rumah saya. Umur dia muda awal 20an kot. Solat jumaat pertama yg dia jd imam dh dengar pelik bacaan dia.
Lps solat terus saya tanya sorg ustaz tu kebetulan dia mudhir madrasah kt area situ jgk.. dia dengar ke apa yg saya dengar? Kot saya silap dengar..

Ustaz tu pun kata dia faham maksud saya.. dia kata lagi
"waktu lain pun sama tapi tak boleh ditegur" sambil dia geleng kepala.
Saya tanya kenapa plk?
Ustaz tu kata, sebab imam baru tu anak imam 1.

Beberapa mggu kemudian turn imam baru tu jd imam jumaat lagi. Masa solat rakaat pertama dan kedua bacaannya mcm tu buat saya tak senang hati..

Lps solat sunat terus saya bagi salam tegur imam tu.
Kami berkenalan skit.. imam baru grad diploma bidang dkwh (tak silap saya) kt satu IPT.

So saya lanjutkan borak, saya kata "minta maaf imam saya nk tanya imam baca Al-Fatihah ikut qiro'at apa ye?"

Dia terdiam. Dia tanya kenapa ustaz?
Saya jawab, sebab harakat sebutan مَا lebih dpd 2 harakat pd kalimah ٱلرَّحۡمَٰنِ dan مَٰلِكِ.

Muka dia bertukar serius mcm nk marah..

Dia jawab, "ana baca ni ikut ustaz ###, kalau ustaz tak percaya boleh jumpa ustaz tu atau dengar bacaan dia jd imam di masjid ###.."
Saya control muka maintain senyum sambil cakap dlm hati "laa buat apa plk aku nk jumpa ustaz tu adeihh"

Jadi saya stop takat tu je discuss dgn dia, saya hulurkan salam nk beransur(blk) dia terima salam gaya tak ikhlas je muka kelat..
Beberapa mggu lps tu dia jd imam lagi, tp bacaan dia still sama. 😓

Saya approach pengerusi masjid plk berkaitan hal ni, pengerusi masjid jawab "kami dh hantar imam baru tu pergi kursus sebulan 2kali kt pejabat agama."

Habis takat tu.. salam.
Point cerita ni..

1) Please take serious ilmu fardhu 'ain.

Rukun solat yg 13, dalamnya ada 5rukun qauli yg wajib dijaga tak boleh sengaja silap, maknanya wajib belajar tak boleh bg alasan taktau sebab maklum minaddin bid-dharurah. Maknanya perkara yg mesti diketahui dlm agama.
2) Bila ada org lain menegur kita psl kesalahan fardhu 'ain ni kena ucapkan terima kasih sebab dia tolong kita betulkan yg kita sendiri kena jaga taknak salah.

Logiknya mana ada org saja2 nk buat salah, saja2 taknak sah solat.

Gambar ni contoh kesalahan biasa dlm rukum qauli.
3) Kita sebagai muslim diperintahkan oleh baginda Nabi ﷺ utk sedaya upaya mengubah kemungkaran/kesalahan yg kita lihat. Rujuk hadis ke-34 dlm Kitab Hadis 40 Imam Nawawi.

Cuma menegur org biasa lebih mudah dpd menegur org yg ada pangkat/jawatan atau org yg rasa byk ilmu.
Sedikit pengalaman saya tahsin bacaan Al-Fatihah seorang pelajar saya yg berumur lebih 70tahun dia pencen pegawai kerajaan. Dia terharu sampai menangis sebab bila dh berusia lanjut baru dpt betulkan bacaan Al-Fatihah.

Allahu.. saya insaf saya sendiri pun masih tak pandai.
Kalau nk sambung story saya boleh sambung lagi.. ada plot twist 😂
Skg saya bertalaqqi sendiri dgn ustaz ###, kebetulan saya tgh cari guru mengaji sanad 30juzuk tgh tahun lps.. then dpt tau dia ada buat kls personal Alhamdulillah ON.

Saya check bacaan ustaz ### ok je. So bacaan sapa yg salah? 😂
Tambahan : Video ringkas menerangkan kesalahan dalam bacaan bismillah oleh imam dlm video tersebut. https://twitter.com/ahmadharis1435/status/1263902572449984512?s=19
Ni ada story lain hampir sama psl tegur imam solat jumaat.. tapi ending dia saya sedih skit 😔 https://twitter.com/ahmadharis1435/status/1263929515949953024?s=19
Teruskan belajar & membaiki bacaan semua rukun qauli dgn itu tidak dikira berdosa jika tersalah baca dlm solat. Sebab kita sudah cuba sedaya upaya utk baca dgn betul.

Saya sendiri sambil mengajar masih belajar bertalaqqi bersanad.
You can follow @ahmadharis1435.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: