Korang guna yang mana utk bersihkan muka? Face scrub (fizikal) atau serum AHA/BHA (chemical)? Tak perlu RT untuk tahu ok 😊
Kenapa perlu exfoliate? Lapisan paling luar kulit kita (stratum corneum) terdiri dari sel2 kulit yg dh mati. Ini akan nmpk sebagai kulit kusam, kedutan di kulit. Jadi kita perlu “exfoliate” supaya bersih, cegah pori tersumbat, krgkan pigmentasi dan penghasilan minyak
Physical exfoliation atau face scrub adalah lebih kasar, kerana mengandungi bahan2 kecil, boleh menyebabkan iritasi dan luka yang halus (micro tear) kpd kulit. Cara ini hanya akan buang lapisan yang paling luar sahaja.
Chemical exfoliator pula berfungsi melarut dan membuang lapisan kulit yang mati, lebih berpotensi untuk meresap ke dalam berbanding jenis fizikal kerana molekul yg kecil, juga lebih sekata kerana tidak bergantung kepada tekanan picitan atau kekasaran menenyeh seperti fizikal
Disebabkan ramai yang bertanya tentang AHA/BHA dan comedone/ pori tersumbat hari ni kita kongsi sikit tentang chemical exfoliator.
Alpha hydroxy acid (AHA) seperti glycolic acid & lactic acid adalah water soluble, beta hydroxy acid (BHA) seperti salicylic acid, adalah lipophylic atau oil soluble. BHA lebih berpotensi untuk meresap ke dalam kulit (sebum) kerana boleh larut dalam minyak.
Glycolic acid mempunyai saiz molekul lebih kecil berbanding lactic acid. Jadi lebih cpt meresap ke dalam kulit. Ia dpt bantu mencuci pori dari whitehead & blackhead. Di samping itu ia dpt menaikkan penghasilan collagen dlm kulit, jd sgt sesuai utk kulit kedut atau berparut
Lactic acid pula saiz molekul lebih besar, jadi lebih lama berada di atas kulit. Ia dapat bantu memberikan kelembapan pada kulit dan lebih gentle berbanding glycolic acid.
Peratusan AHA yang efektif adalah sebanyak 5% sehingga 10%. Jika kulit anda sensitif atau baru nak mula guna, mulakan dengan kepekatan yg rendah terlebih dahulu
Cosrx clarifying toner - 0.1% glycolic acid (GA), 0.1% BHA
Pixi glow toner - 5% GA
TO Glycolic acid toner - 7% GA
Cosrx Whitening Power Liquid - 7% GA
Inkey List Glycolic Acid - 10% GA
TO lactic acid 5% + HA
TO lactic acid 10% + HA
Inkey List lactic acid serum - lactic acid 10%
Salicylic acid (BHA) boleh meresap dan menembusi terus ke dalam pori2. Ini dapat membantu untuk menghilangkan pori2 tersumbat, selain mempunyai kesan antikeradangan (antiinflammatory) jadi sangat sesuai dengan kulit yang berjerawat. Sesuai jg dgn kulit oily sbb dia oil soluble.
Cosrx clarifying toner - 0.1% salicylic acid (SA), 0.1% AHA
Cosrx 2in1 poreless - 0.1% SA
Cosrx natural BHA skin returning - 1% SA
Inkey list BHA Exfoliant - 2% SA
Cosrx blackhead power liquid - 4% SA
Kenapa tak ada TO salicylic acid? Sbb company dia dah stop production untuk tujuan penambahbaikan formula. Jadi berhati2 jangan beli TO SA di pasaran kerana mungkin ianya bukan original đŸ˜±
“Doktor, takpe ke guna ni semua bahan kimia letak kat muka ni”

Jangan risau, AHA adalah kumpulan acid yang biasa dijumpai dalam buah- buahan, susu dan tebu.

BHA seperyi salicylic acid biasa didapati dari kulit pokok willow (willow tree bark).
“Doktor, apa beza AHA/ BHA dalam serum/ toner dengan yg dalam pencuci muka?”

Untuk mendapatkan kesan yang baik dan efektif dalam membuang sel2 kulit mati, AHA/ BHA perlu berada di muka dengan tempoh yang lebih lama (toner/ serum) berbanding sekejap sahaja (pencuci muka).
Kulit sensitif boleh pakai tak? Saya bagi dua cadangan:

1. Gunakan lactic acid kepekatan rendah, kerana lactic acid kurang menyebabkan iritasi berbanding glycolic atau salicylic

2. Gunakan alternatif exfoliant seperti PHA (polyhydroxy acid) yang lebih gentle
3. Alternatif yang lain adalah menggunakan berus scrub yang lembut bersama dengan pencuci muka yang biasa anda guna, dan cuci dengan perlahan (controlled pressure).
“Jika saya mengandung atau menyusu, ada alternatif tak doktor?”

Boleh gunakn azeleic acid sebagai alternatif kerana ia pregnancy safe, lactation safe.

Ia juga boleh mengurangkan jerawat dan pigmentasi disebabkan oleh hormon ketika mengandung/ menyusu.
Jika baru nak mula gunakan chemical exfoliator seperti AHA/ BHA,

1. Mulakan dengan ujian setempat (patch test) terlebih dahulu, letak pada suatu tempat atas kulit dan tinggal, jika tidak terasa pedih/ gatal selepas letak serta merta/ semalaman, maka boleh guna
2. Mulakan dengan 1x seminggu, jika ok kemudian 2x seminggu, kemudian 3x seminggu dan seterusnya.
3. Setiap orang mempunyai tahap maksimum yang berbeza untuk sensitif, jd apabila guna, sekiranya kulit rasa pedih/ kering/ mengelupas/ gatal/ terbakar - hendaklah dikurangkan kekerapan.
1. Rasa lebih pedih, gatal, terbakar, merah2
2. Kulit kering dan tegang
3. Kulit mengelupas, bersisik, atau kasar
4. Kulit lebih berminyak dari biasa
Produk2 yang mengandungi AHA/ BHA tapi tidak diketahui berapa percent ingredient setiap acid. Boleh pakai, tetapi dengan berhati2.
“Produk ni TO Peeling solution ok tak doktor? Duk tgk viral kat tiktok”

AHA 30% adalah kombinasi glycolic, lactic, citric, tartaric acid, dan BHA (salicylic acid) 2%.

Kepekatan tinggi adalah untuk peeling (pengelupasan) dan hanya sesuai digunakan 10 minit shj!
Walaubagaimanapun, klau tak smpai 10 minit, kulit dah berasa pedih/ sakit/ terbakar/ gatal, perlu berhenti kerana anda terdedah kepada chemical burn.
1. Find the right exfoliant for your skin type (dry/ oily/ sensitive/ acne/ pigmentation)
2. Pastikan jangan overexfoliate (setiap org berbeza)
3. Jgn terus hentam kepekatan tinggi
4. Pakai moisturizer (kerana ia boleh keringkan kulit) dan sunscreen (lebih sensitif kpd cahaya)
“How long does it take to work woth chemical exfoliator”

2 weeks to 2 months
Do follow me on instagram as well

Ig: imranfaisal2020
1. Benzoyl peroxide
2. Vitamin C
3. Retinol/ Retinoid/ tretinoin/ adapalene
Kenapa saya pakai, jadi makin teruk?

Jika produk mengandungi AHA/ BHA/ vit C/ retinol/ vit A/ benzoyl peroxide - kulit yang baru cuba keluarkan kulit yg mati, dan juga bahan2 yg tersumbat dalam pori (minyak, kuman, nanah, kotoran) - proses ni nama dia Purging
You can follow @imranfaisal_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: