Kebetulan tadi lepas maghrib nak tunggu isya' ternampak buku ni.

Sebelum membawa amanah sebagai Sultan Perak, baginda Sultan merupakan Ketua Hakim Negara.

Apa agaknya pandangan almarhum Sultan terhadap Parliamentary Democracy dan Appointment of PM?

Jom moreh.

#bebenang
"..democracy..does not simply become a democracy merely because it is given that appelation"

Almarhum Tuanku Sultan jelas mempunyai sudut pandang jauh menjangkau dari sekadar perkataan, tapi roh sebalik perkataan.

Jap, Aliran ni @aliranmalaysia ke?
"..representative of the people not only entitled to make basic decision but in which they ACTUALLY make such decision.."

Wakil rakyat di parlimen bukan sekadar pada nama, tapi juga dari sudut makna dan kata kerja "membuat keputusan".
Dalam ucapan almarhum baginda sultan, konsisten merujuk wakil rakyat sebagai reps of people merangkumi istilah keseluruhannya, tiada beza hak dan tanggungjawab bagi setiap wakil rakyat dalam "membuat keputusan" tak kira kerusi belah kanan atau kiri dewan.
"..the distinguishing and outstanding feature of a parliamentary democracy is that the relationship between the legislative and executive powers is one of PARLIAMENTARY SUPREMACY OVER THE EXECUTIVE."

Parlimen bukan saja bebas dari kawalan eksekutif malah lebih supreme.
"a single party system has only a semblance of parliamentary democracy"

"Government is not free to excercise governmental power in any manner it chooses..bounded by constitution and conventions..which delimit their permissable context"
"Mandate to govern is distinct from any mandate to make arbitrary decisions"

"frequent excercise of such application of power (to suspend parliamentary democracy) by elected government may demonstrate weakness on part of governmemt to govern.."
"A parliamentary democracy that curbs the right of the people to speak freely is no parliamentary democracy"

"A fetterred press is an anomaly in a parliamentary system of democracy"
Jadi bagaimana tak marah?

Hak bersuara adalah sakral (sacrosanct). Apatah lagi bagi MPs yamg diundi oleh rakyat bagi menjalankan constitutional duty untuk bersuara bagi pihak semua rakyat.

Media pula disekat, dibiar berpanas di luar, ini menghina konsep demokrasi berparlimen.
Tamat topik parliamentary democracy.

Next; apppintment of Prime Minister.
"Even in appointing the Prime Minister, the YDPA is not completely free"

Perenggan pertama yang keluar dalam esei almarhum baginda sultan merujuk terus kepada tuntutan Perlembagaan.

Turut menjelaskan bahawa selama ini tiada pertikaian kerana "same party had remained in power"
Namun berbeza di peringkat negeri dimana terdapat beberapa pertikaian e.g. Perak, Pahang, Johor.

Krisis perlembagaan tak timbul ketika ini kerana parti lazimnya akan pertimbang "acceptability of the ruler".

Berkata lagi "one could imagine the consequences if it had not."
Kenyataan dari DYMM YDPA pertama ini cukup lantang bunyinya apabila diminta untuk Tuanku memecat Perdana Menteri.

Jadi, jika YDPA ada kuasa mutlak melantik, pastinya YDPA ada kuasa mutlak memecat. Begitulah sifatnya.
"..role played by the Rulers in matters he has no absolute discretion, even at times their action is difficult to justify"
Kiranya isu terdahulu pemilihan kepala kerajaan lebih pada pertikaian antara pilihan pemimpin parti, bukan soal rakyat.

Pada saya, dan kalian boleh tak bersetuju, pemilihan TSMY sebagai PM benar selaras dengan kuasa YDPA, namun, tidak bermakna ia tidak boleh diuji di Parlimen.
Appointment of PM.

[Tamat]

Banyak lagi teks ucapan dan tulisan menarik, saya ajak kawan-kawan baca dan tingkat kefahaman bersama pada perlembagaan dan rasa hormat pada prinsip pentadbiran Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Alfatihah buat Almarhum Sultan Azlan.
You can follow @ADLIZAKUAN.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: