Apa jadi dekat gambar2 atau files yang kita dah padam dari phone kita?

This is a thread.
Adakah gambar² yang telah 'dipadam' tu dah pun hilang secara permanently? Jawapannya, tak. Gambar yang kita padam tadi masih ada lagi dalam memory phone/pc kita cuma path/reference yang bersambung pada gambar tersebut sahaja telah dipadam.
Untuk lebih faham, bayangkan sebuah buku teks yang ada isi kandungan(table of contents) yang ada tajuk bab dan muka surat. Bayangkan gambar kita tu adalah isi tajuk tersebut dan 'table of contents' tu adalah path yang merujuk kepada lokasi dan muka surat tersebut..
Apabila gambar kita dipadam, 'path' yang menunjukkan lokasi dan nama file/gambar kita sahaja dipadam dan gambar² kita akan dilabel sebagai deleted or empty, tapi sebenarnya gambar kita masih ada lagi cuma kita tak dapat nak cari sebab telah dilabel sebagai deleted files.
Boleh je cari balik tapi kena guna software file recovery, well good ones cost money.

Apa yang software ni buat adalah dia akan cari balik file atau gambar yang dah dilebel 'deleted' tadi dan akan tolong retrieve balik incase korang tersalah delete ke atau apa².
Berbalik kepada gambar tadi, gambar kita tu akan hilang apabila data pada gambar dah dioverwritten.

Maksudnya kt sini data tentang gambar kita akan digantikan dengan data yang baru bila kita download benda² dari internet atau install game dan software.
Dalam kes macam ni, kemungkinan besar data tentang gambar² korang akan bercampur aduk dengan data file² yang baru. Jadi ada kemungkinan untuk gambar/files korang akan jadi corrupt dan tak boleh di retrieve semula.
Sorang photographer bernama Melanie Willhide pernah hilang sebuah laptop yang dalam tu berisi gambar and other stuff yang dia simpan berkaitan kerja. Then polis dapat jumpa balik laptop tu tetapi si pencuri tu dah delete semua gambar² dalam laptop tu.
Bila dia cuba untuk recover balik gambar2 tersebut dia tengok gambar2 tu dah banyak yang corrupt dan slightly detoriate, but in a beautiful way orang kata.

Ni lah hasilnya
Tapi gambar² atau file yang kita delete tu over time akan hilang juga dalam beberapa jangka masa. Tapi ada satu tempat yang mana file kita tak akan hilang iaitu dekat Bad Sector.
Bad sector ni maksudnya tempat² yang ada dekat disk data yang physically damaged dan tak dapat di reach.

So data kita dekat situ tak dapat di-overwritten-kan. Bila tak di overwritten so tak dapat lah nak digantikan dengan set² data yang baru.
Dengan kata lain file² kita yang masuk dalam bad sector ni akan kekal terus dekat dalam tu sampai bila2.

End.
You can follow @Mrskvsk.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: