"Saya dulu introvert waktu kecil, dah besar ini mula jadi ekstrovert."

"Jangan lah introvert sangat. Cuba keluar dari kepompong, jadikan diri ekstrovert sikit."

Pernah dengar ayat begini?

Persoalannya, ada kemungkinan kah untuk personaliti seseorang berubah?

Ini ialah thread.
Pertama sekali, beberapa benda kena faham.

1. Personaliti ini bukannya binari, tetapi lebih dinamik.

Bermaksud, kita bukannya sama ada introvert atau ekstrovert, tetapi semua kita di sini ada campuran kedua-duanya sekali.

Macam spektrum.

Cuma akan ada yang lebih dominan.
Mana peratusan yang lebih dominan itu biasanya menentukan kecenderungan kita ke arah personaliti yang bagaimana.

Personaliti seperti spektrum campuran semua warna,

Bukan binari hanya hitam atau putih.
2. Kita perlu faham introvert dan ekstrovert ialah personaliti, bukan sejenis kata kerja.

Maksudnya, kita tak boleh guna introvert itu sebagai tindakan pemalu, pendiam dll, atau ekstrovert ialah tindakan yang bising suka berborak.

Salah anggapan begitu.
"Kenapa ko introvert sangat? Cuba banyak cakap sikit."

Salah kalau kita letak istilah introvert untuk terangkan seseorang itu pendiam.

"Aku kadang-kadang ekstrovert bila jumpa kawan lama."

Salah kalau kita letak istilah ekstrovert untuk terangkan tindakan banyak bercakap.
Sebabnya,

Introvert pun banyak cakap juga, cuma dengan orang-orang tertentu je.

Dia kekal menjadi introvert, walaupun banyak bercakap dengan kawan yang dia rapat dan percaya.

Personalitinya tak berubah, tetapi tindakan yang berubah.
Ekstrovert pun ada masa dia diam juga, apabila dia dah penat bersosial jumpa kawan-kawan dan nak me-time waktu tengah pandu kereta nak balik rumah (contohnya)

Personaliti ekstrovert dia tak berubah walaupun dia banyak diamkan diri waktu itu, tetapi tingkah lakunya yang berubah
Jadi, persoalan sekarang, boleh kah personaliti seseorang itu berubah dalam hidupnya?

Waktu kecil, lain.
Bila dah besar, lain.
William James, seorang psikologis daripada US (juga digelar Bapa Psikologi Amerika) pernah nyatakan kajiannya,

Bahawa personaliti seseorang itu biasanya mula menjadi kekal bila masuk umur 30 tahun.

Selepas umur itu, personaliti kita tak lagi berubah-ubah macam waktu kita remaja
Banyak kajian menyokong pendapat beliau, terutama faktor genetik yang mainkan peranan besar dan neuroplasticity otak manusia yang mula menjadi 'keras' apabila masuk usia 30 tahun.
Antara kesan yang kita boleh lihat,

Ialah sebelum usia 30 tahun, kita banyak berlaku fasa perubahan dalam hidup (suasana bertukar sekolah, universiti dan kerja)

Selepas usia 30 tahun, rata-rata kita mula slow down, settle down dan kekal suasana hidup yang hampir tak berubah.
Sama seperti fizikal kita mula mencapai puncak ketika usia begitu, sama juga dengan mental dan emosi kita.

Tetapi, bukan bermaksud takboleh berubah langsung.

Masih boleh, cuba lebih susah dan agak 'keras' untuk terima perubahan luar.
Lalu, bila usia kita masuk semakin dewasa, kita mula bertambah pengalaman dan mula bina kematangan.

Dan kematangan ini sebenarnya yang akan banyak mengubah tingkah laku kita (tetapi personaliti hampir sama).
Contohnya,

Waktu kecil kita ekstrovert, suka berborak dengan ramai kawan, lebih spontan dan bertenaga bila ramai orang.

Tetapi bila semakin dewasa, kita mula semakin matang dan banyak berfikir sebelum bertindak,

Maka kita lebih kurang spontan dalam berbicara macam kecil dulu.
Walaupun tingkah laku kita berubah, tetapi personaliti kita tetap sama.

Kita tetap seronok bila dikelilingi kawan-kawan, tetap bertenaga bila perlu buat pembentangan dan sebagainya.

Cuma, faktor usia buat kita lebih 'reserved'.
Sama juga orang introvert waktu kecil.

Semakin dia besar, mungkin faktor ibu bapa yang banyak galakkan dia lebih aktif bersosial, faktor kerjaya yang dia perlu bercampur dengan orang,

Lama-lama, tingkah lakunya berubah. Tetapi, personaliti tetap seronok bila berseorangan.
Konsep introvert dan ekstrovert, banyak dipengaruhi oleh biologi seperti genetik, fisiologi otak, tahap sensitif otak dengan dopamine dan banyak lagi.

Pada masa sama, juga dipengaruhi oleh faktor luaran seperti didikan ibu bapa, kerjaya dan sebaginya.

Kompleks, bukan macam ABC.
Tetapi, walaupun biologi banyak main peranan, bukan bermaksud ia penentu jalan hidup kita.

Our future is not carved in stone of genetics.

Ia lebih dinamik dan bukan statik.

Cuma nak berubah itu agak susah dan ambil masa yang amat panjang, bertahun-tahun.
Kesimpulannya, boleh berubah atau tak personaliti ini?

Jawapannya, ada satu eksperimen oleh psikologis University of Illinois, iaitu Nathan Hudson dan Christopher Fraley.

Mereka kumpulkan ramai manusia dalam satu eksperimen yang ambil masa 16 minggu.
Di sana, individu-individu itu jalani proses "tukar personaliti" dan mereka perlu letak sendiri matlamat untuk ubah personaliti diri.

Bukan setakat tahap Introvert Ekstrovert, tetapi juga Openness, Consciousness, Agreeableness dan Neuroticism.

Semua yang dalam The Big Five.
Hasil eksperimen itu, mereka berjaya ubah tingkah laku sendiri melalui teknik:

1. Ada perancangan spesifik macam mana nak ubah gaya hidup

2. Ubah tingkah laku tetapi bukan ubah personaliti

3. Persepsi bahawa diri sendiri yang tentukan diri sendiri
Tetapi, eksperimen itu cuma buat mereka mampu ubah tingkah laku, bukan ubah keseluruhan personaliti diri.

Malah, perubahan itu tak kekal lama pun, sebab akhirnya semua kembali menjadi diri yang asal.
Sebagai penutup, persoalan di sini ialah,

Perlu ke kita ubah personaliti diri?

Seorang introvert perlu mencontohi ekstrovert, contohnya?

Adakah perlu ikut orang lain baru hidup lebih berjaya?
Setiap daripada kita ada kekuatan dan potensi tersendiri.

Kita tak perlu bandingkan diri dengan orang lain, dan letakkan kayu ukur berjaya itu berdasarkan bagaimana hidup orang lain.
Ibaratnya, kita selalu nak tiru kertas ujian orang lain, sebab nakkan jawapan yang betul.

Tetapi kita tak sedar, kita semua dapat kertas ujian yang berbeza, cuma lokasi je dalam dewan yang sama.

Be proud of yourself.
Introvert dan ekstrovert, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri.

Personaliti ini ialah satu perbezaan, bukan satu tanda aras kelebihan atau kekurangan.

Kita perlu raikan orang introvert untuk menjadi diri mereka,

Dan ekstrovert untuk kekal jadi diri mereka.
Kenapa perlu ubah personaliti diri kita yang sudah sedia hebat ini?

Ia cuma tunggu masa untuk disedari potensi itu dan digilapkan menjadi kelebihan untuk seseorang itu.
Orang yang paling hebat menjadi diri kita, ialah kita sendiri.

Bukan orang lain.
Penjelasan perubahan personaliti manusia ini sebenarnya lebih panjang dan ada diterangkan dalam buku "Pendiam?", muka surat 69.

Buku yang fokus untuk memahami personaliti introvert dalam dunia ekstrovert.

Terbitan Iman Publication, masih baru dan belum dijual di kedai.
You can follow @AimanPsikologi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: