Aku ditanya berkaitan dengan "Network" aka "Connection" dulu di DM. Tapi aku diam. Soalan tu lebih kepada, "Perlu ke networking ni, sebab saya rasa bukan jenis kipas"?

[Thread]
Jawapanya, networking/connection adalah nadi untuk sesetengah orang yang berfikiran kritikal dan forward. Kebanyakan mereka yang berjaya dalam perniagaan, karier adalah dari kumpulan yang aktif melakukan networking.
Sama ada kau kerja kampung, pegawai kerajaan/swasta, atau tycoon besar, seni networking tetap berjalan. Jangan terkejut walaupun pangkat besar, namun networking hancur, dan ada org kerja kuli tapi networking dia "high"
Networking adalah mengenali orang lain. Banyak network, maka ramai orang yang kita kenal. Kenal ramai orang bermaksud kita akan cepat dapat maklumat, akses, pengetahuan,. Network perlu dibina, dicari dan dijaga.

Network ibubapa, kroni, adalah cerita lain. Ini kisah anda.
Macamana untuk bina Network? (1) jadi orang yang baik, supaya anda senang didekati. Anda tidak akan dilayan jika ada "brand" jenis cakap belakang, kaki gosip, dan paling bahaya, sebagai 'kaki tikam'.
(2) Gali semula rakan sekolah rendah, menengah, universiti. Tanya khabar mereka, apa pekerjaan atau keberadaan mereka yang terkini. Beritahu apa yang anda buat sekarang, dan take note apa pekerjaan mereka. Saya tahu kebanyakan pekerjaan sahabat saya di uni dan sekolah.
Jika anda perlukan pinjaman bank, dan rakan sekolah anda merupakan kerani bank, maka anda minta dia kenalkan orang yang bertanggungjawab untuk bahagian pinjaman.

This is how network work...
(3) Untuk next level, Network dibina dengan mereka yang lebih berpangkat/public figure/ Ketua Daerah,Negeri,Negara. Aku akan tulis kemudian tentang high level networking yang pernah dilakukan. Proses nya sama, tapi memerlukan akses yang sofistikated dan kompleks.
Some guy yang bisnes "BBNU" pernah hulur aku flashy kad bisnes, and mention "untuk Networking". Kad tu tak disimpan. Sebab built network ni bukan hulur kad. Even aku ni goverment official, tapi budaya swasta juga aku adopt, and belajar dari pegawai yang pangkat Dato ke atas.
Cara aku untuk minta contact number adalah dengan hulur phone aku, buka bahagian number, dan cakap, "boleh saya dapatkan contact tuan"? Sambil pegang dua tangan. Kalau berumur tua dari aku, mostly aku berdiri di depan meja, dan hulur phone aku, dengan dua tangan, minta dia taip.
Itulah few tips untuk networking yang aku selalu buat or belajar dari mereka yang lebih senior. Ramai juga dari follower yang DM, tanya tentang kerja aku, minta pendapat untuk masalah company berkait law, minta utk berkenalan for network. Aku tiada masalah, and sangat dialukan.
Dm aku tu, anda kenalkan dirj, beritahu pekerjaan apa, menetap di mana. Basic information for ice breaking. Its good to have lots of connections. Membantu karier, kehidupan, bisnes.

Radio silents.
You can follow @projekhitam.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: