Kenapa Tuhan Menguji?

Kadang kita rasa macam dah buat segala apa yang Tuhan suruh, tinggal apa Tuhan larang.

Tidaklah sempurna, tapi kalau sehari ada 24 jam, lebih separuh digunakan untuk buat perkara yang baik-baik. Kita kawal diri daripada buat perkara tak elok.

Thread.
Namun, hidup kita masih juga sempit.

Mungkin kita akan tertanya-tanya,

"Am I on the right track?”

“Sudah cukupkah apa yang aku buat sekarang atau masih banyak yang silap?"
Kalau kita sudah menjadi hamba yang baik, kenapa masih lagi kita terasa susahnya menjalani kehidupan?

Hutang masih banyak, nak dapat duit masih susah, anak-anak masih tak dengar kata, pangkat dan gaji masih tak naik-naik, jiran sebelah masih lagi menjengkelkan.
Lalu kita pun selaklah lembaran-lembaran suci al-Qur’ān, belek-belek kitab hadīth.

Maka, kita akan jumpa bahawa kesusahan atau musibah ini boleh menimpa kepada orang yang Tuhan kasih dan juga boleh dikenakan kepada pendosa.
Nabi pernah ditanya,

“Manusia manakah yang paling berat ujiannya?”

Nabi menjawab,

“Para Nabi, kemudian semisalnya, kemudian semisalnya."

(Tirmidhī)
Aduh, baru kita tersedar.

Manusia yang paling Tuhan kasih dan cinta ini pun diberi ujian paling hebat. Apatah lagi kita yang banyak dosa dan kesilapan.
Dan kita akan teringat betapa dahsyatnya Rasul yang mulia itu diperlakukan. Dihina, diejek, organ dalaman unta diletak atas tengkuknya ketika Baginda sedang sujud, dilempar batu lalu mengalir darah sehingga kaki, diancam bunuh, diboikot, diperangi.
Semua itu dihadapi dengan tabah dan sabar sebagai contoh dan teladan untuk umat.
Kemudian kita terjumpa lagi sepotong hadīth,

"Tidaklah seorang mu’min terkena duri serta apa yang lebih (berat) daripada itu melainkan dengan ujian tersebut, Allah akan mengangkat darjatnya atau dihapuskan kesalahannya.”

(Muttafaqun ‘alaih)
Kita solat, puasa, ikut segala perintah Tuhan tapi masih berhadapan dengan pelbagai ujian hidup?

Kita perlu sedar bahawa ujian yang dihadapi ini akan mengangkat darjat kita di akhirat nanti.

Kita sabar, tidak mengeluh, Tuhan akan gantikan dengan ganjaran yang lebih besar.
Jika kita sering ingkar perintah Tuhan pula, ujian yang diberikan ini bertujuan untuk menghapus dosa-dosa silam yang kita pernah buat. Biar kita tersedar dan kembali padaNya.
Maka ujian atau musibah ini, bukan indikasi untuk kita hukum seseorang itu baik atau jahat.

Tidak, kerana orang soleh juga diuji, pendosa juga diuji. Semua manusia diatas muka bumi tidak akan dapat lari dari ujian.
Sesetengah orang menyangka, apabila diberi kekayaan, itu tanda Tuhan telah memuliakannya. Apabila disempitkan rezeki, kononnya Tuhan telah menghinanya pula.
Kekayaan, kemiskinan, kebahagiaan, kesusahan hidup, semua itu adalah satu bentuk ujian. Tuhan boleh beri kepada orang beriman dan juga pada mereka yang ingkar.

Bagaimana kita berhadapan dengan ujian itu yang menjadi penentunya?
Jika diuji dengan nikmat, kita bersyukur dan tidak lupa diri. Jika diuji dengan kesempitan hidup, kita bersabar dan tidak merungut. Ujian jenis apa sekalipun yang datang, kita tetap bersangka baik kepada Tuhan dan kekal mengabdikan diri kepada-Nya.
Itulah respons paling baik untuk kita amalkan dalam kehidupan. Itulah yang menentukan sama ada kita lulus ujian tersebut atau sebaliknya.
Jadi, sentiasa bermuhasabah diri dan teruskan beribadah. Buat apa yang Tuhan suruh, tinggalkan apa yang Tuhan larang.

Amalan wajib jangan pernah tinggal walau sekali, amalan sunat kau tambah dari sehari ke sehari, yang haram kita jauhi.
Inshaallah, kita telah berada di landasan yang betul. Tak perlu ragu-ragu lagi.

Kalau kita buat baik kepada Tuhan, takkan Tuhan nak biarkan kita tanpa apa-apa ganjaran?

Senyumlah dalam setiap ujian. Tuhan pasti akan balas semua usaha kita.
You can follow @najmihakimi_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: