MALAYSIA CYBER DEFENCE
THE PROTECTOR OF MALAYSIA FUTURE

Barisan Hadapan Negara kini bukan sahaja ketika berperang atau menentang jenayah. Tetapi juga di Dunia Siber Yg Moden ini

Ini ialah Strategi Pahlawan Malaysia di sebalik monitor mempertahankan Malaysia

Ini ialah Thread 👇
Dunia Siber Yang Kian Moden ini. Dan kecanggihan ICT yg meningkat saban tahun. Dgn pelbagai telefon pintar, software dan hardware yg memasuki pasaran. Memudahkan org ramai membuat pelbagai urusan daripada meniaga sehingga ke Urusan Negara
Namun begitu, di Sebalik kemudahan yg muncul daripada pemodenan teknologi ini. Muncul sesetengah pihak yg menggunakan pemodenan ini sebagai peluang untuk mencetuskan jenayah. Dan ada yg lebih teruk mencetuskan peperangan alaf baru

Negara Kita sedar akan perkara ini
Malaysia sudah lama merancang dan melaksanakan pelbagai plan Pertahanan Siber yg dirancang tanpa pengetahuan rakyat untuk Rakyat senang

Data Peribadi dan Kewangan Rakyat di atas talian sgt penting untuk dilindungi dan memerlukan perhatian khusus
Malaysia kini bukan sahaja main perang hutan cam Komunis dulu. Atau Kena lawan depan depan macam Lahad Datu. Malaysia juga perlu menghadapi perang saraf daripada Musuh Negara dan Juga Perang di Alam Siber ni
Hacker hacker muncul setiap masa dan Malaysia Perlu berada dalam kesiapsiagaan tertinggi menghadapi ancaman ini

Perlindungan terhadap Data sensitif negara dan rahsia negara sgt penting demi Kedaulatan Malaysia
Tidak campur lagi Ancaman lanun subversif perisikan dan lain lain

Jadi tiada sebab untuk Malaysia memandang enteng perkara ini
MALAYSIA CYBER DEFENCE STRATEGY

Malaysia menerusi Angkatan Tentera Malaysia telah menubuhkan Pusat Komunikasi Satelit di Kem Paya Jaras Sungai Buloh

Ini membolehkan Malaysia mengawal selia kawalan satelit sendiri

Selain membolehkan komunikasi sesama Pahlawan kita dilindungi
Komander Pusat Komunikasi Satelit ATM ketika ini ialah Leftenan Kolonel Ir Ilimie Bin Ibrahim(kalau sesiapa ada update bagitau kat komen)

Selain itu penubuhan Pusat ini mengurangkan kos kerana Malaysia takyah sewa kawalan Komunikasi daripada luar
Malaysia Just Guna Rangkaian Satelit MEASAT yg ada. Ini membolehkan maklumat Komunikasi kita dilindungi dgn lebih baik

Kebanyakan Negara Asia Tenggara guna Sistem Europe atau Amerika

ATM guna Made in Malaysia
Sekali gus merupakan Negara pertama di Asia Tenggara memiliki kebolehan ini
Park jap japgi sambung
Pusat Komunikasi Satelit Paya Jaras Sungai Buloh
Dgn Penubuhan Pusat ini juga Malaysia yg menggunakan satelit MEASAT-3b merupakan satelit ke 10 di Dunia menggunakan Transponder X Band

Pusat ini juga membolehkan kita kawal Satelit Pertahanan kita sendiri

Pusat ini juga membolehkan Network Centric Operation ATM full operate
Network Centric Operation ATM saya akan buat thread lain nanti

Selain Penubuhan pusat itu

Malaysia menubuhkan Cyber Defence Operation Centre(CDOC)

Pusat ini merupakan Pusat Kawalan dan Pertahanan Siber Negara. Menempatkan Unit Pertahanan Siber ATM.
Pusat ini ditadbir urus sepenuhnya oleh Bahagian Staf Perisikan Pertahanan ATM

Malaysia telah memulakan projek Pusat ini sejak 2014. Dan Pusat ini juga akan koordinat Pasukan Khas Pertahanan Siber Agensi Perisikan Malaysia yang lain
Pusat ini Ditubuhkan dan telah siap sepenuhnya. Penubuhan Pusat ini meletakkan Pertahanan Siber Negara berada antara yang terbaik di Asia

Pusat ini juga ditubuhkan dgn peningkatan keupayaan ICT Infrared System, Forensic cyber activity. Serta Security Posture Audit
Park
Ok sambung. Sorry ada urusan
Penubuhan Pusat ini membolehkan Pertahanan Siber Negara berada di hadapan

Pusat ini juga membolehkan Malaysia buat kerjasama Pertahanan Siber dengan negara negara lain
CDOC juga turut menyediakan Malaysia dalam sebarang aspek serangan dan pertahanan siber.

CDOC juga terlibat dalam mematahkan cubaan mendapatkan Data Kapal Selam Scorpene Malaysia

Perkara ini diketahui selepas Serangan berlaku terhadap Kapal Selam Scorpene Tentera India
CDOC juga terlibat dalam Mematahkan berpuluh serangan godaman terhadap Malaysia

Malaysia juga turut menubuhkan titik graviti siber baru iaitu Critical National Information Infrastructure(CNII)

Insititusi di dalam CNII dipilih khas untuk dilindungi secara maksima
Ini kerana Institusi berkaitan jika dirosakkan, dimusnahkan atau ada sebarang sabotaj terhadap nya. Ia boleh membahayakan negara, menjejaskan Rakyat Directly indirectly

Sektor CNII adalah seperti berikut

1) Pertahanan dan Keselamatan

2) Kewangan dan Perbankan
3) Komunikasi dan Maklumat

4) Tenaga

5) Pengangkutan

6) Air

7) Perkhidmatan Kesihatan

8) Pentadbiran Kerajaan

9) Perkhidmatan Kecemasan

10) Makanan dan Agrikultur

Untuk mengukuhkan lagi Perlindungan terhadap CNII

Malaysia telah menubuhkan dua perkara
Iaitu National Cyber Security Policy (NCSP) dan Cyber Electromagnetic Activity (CEMA)

Dua perkara diringkaskan seperti berikut
Tadbir Urus Pertahanan Siber Negara diterajui oleh Agensi Pertahanan Siber Negara (NACSA) dibantu oleh Cyber Defence Operation Centre CDOC ATM.

Dua agensi di atas akan mengawal dan menjaga CNII serta melaksanakan koordinasi Pertahanan Siber Malaysia
Menerusi National Cyber Coordination and Command Centre(NC4)

NACSA akan bertindak melindungi CNII menerusi tindak balas, Komunikasi dan penyelarasan semasa Ancaman siber

CDOC akan memantau situasi Pertahanan Siber dan melaksanakan strategi terperinci ketika situasi berlaku
NC4 pula akan bertindak memantau kesedaran kepada Entiti Awam dan Swasta mengenai situasi Keselamatan Siber

Segala yang berkenaan di atas telah dirangka dalam Kertas Putih Pertahanan dan Malaysia Cyber Security Strategy(MCSS)
Plan ini juga selain daripada Pertahanan. Ia juga membantu negara dalam krisis bencana menerusi Network Centric Operation ATM. Itu akan diterangkan dalam thread lain

Penubuhan apa yg di atas meletakkan Malaysi especially ATM dalam menghadapi Cabaran Perperangan 4 Dimensi baru
Cabaran Perperangan 4 Dimensi telah dirangka dirancang dan dilaksanakan di bawah Plan Strategik ATM dipanggil 4DMAF. 4DMAF meliputi perkhidmatan laut dan udara, ruang udara, permukaan bawah laut dan ruang siber

Elemen 4DMAF juga dimasukkan dalam Pembinaan Kapal LCS dan LMS TLDM
Pusat Komunikasi Satelit ATM merangkumi Staf daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM

NACSA dan lain lain juga merangkumi Staf staf yg mahir dalam peperangan elektronik daripada pelbagai agensi kerajaan

Membolehkan Aset dan info negara dilindungi secara real dan virtual
Saya ada dgr tidak tahu ia benar atau tidak bahawa setiap Perisian komputer, hardware software DLL. Termasuk Telefon Pintar yg masuk Malaysia akan diencrypted dulu sebelum dipasarkan kepada orang ramai. Untuk melindungi daripada ancaman godaman daripada luar
Pusat dan agensi di atas juga kini memainkan peranan dalam menghadapi Perang Saraf Alaf baru terdiri daripada Psyops, Maklumat Palsu, Propaganda dan Risikan

Pusat dan agensi di atas ini juga Part of Malaysia Grand Defence Strategy
Saya juga pernah dgr yg Malaysia tangkap hacker hacker black dan rekrut mereka semula untuk bekerja dgn kerajaan. Itu tidak dpt dipastikan kebenarannya

Semoga Allah merahmati mereka. Dan mereka kekal terbaik dalam mempertahankan Malaysia
Cyber Security Malaysia pun terlibat juga dalam Strategi ini. Terima kasih pada Mereka
Feel free to RT read and Like https://twitter.com/Marchfoward/status/1227969633522597889?s=19
https://twitter.com/UnderAg13417615/status/1262352475677274114?s=19
https://twitter.com/fiqkarl/status/1262397515867054080?s=19
https://twitter.com/fiqkarl/status/1262398142860926976?s=19
You can follow @Marchfoward.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: