Sekadar berkongsi serba sedikit apa yang aku baca tentang peristiwa Isra' Mikraj. Secara umumnya, peristiwa ni berlaku masa tahun kesedihan Nabi Muhammad saw. Baginda kehilangan 2 insan tersayang iaitu isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib.
Sekiranya ada yg salah, mohon maaf dan betulkan aku.
Tujuan perjalanan kilat ini adalah untuk menyampaikan perintah solat 50 kali sehari oleh Allah swt kepada kekasih-Nya baginda Nabi saw. Tapi seperti yang kita tahu, Nabi meminta keringanan daripada Allah swt untuk kurangkan jumlah solat tu. Nak dijadikan cerita, sampai tinggal
5 kali sehari. Betapa kasihnya baginda pada umatnya. Tak cukup dengan tu, Allah masih kekalkan pahala 50 kali sehari tu. At the end of this thread, aku akan share link rujukan aku. Ada banyak peristiwa yg Allah tunjukkan kat Nabi sepanjang perjalanan tersebut.
1. Makam yang harum dngn bau-bauan kasturi. Itu adalah makam Masyitah, wanita penghulu syurga. Seorang pengasuh anak Firaun yg mengaku Allah SWT adalah Tuhan yg Maha Esa. Lalu dihumban ke dalam minyak panas yg menggelegak bersama-sama keluarganya. Mati mereka adlh mati syahid.
2. Perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
3. Perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
4. Perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular & kala jengking. Mereka adlh prmpuan yg boleh solat dan brpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk & tidak mahu mandi junub.
Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
5. Perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
6. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
7. Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
8. Perempuan yang rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
9. Perempuan tergantung pada rambutnya dan otaknya menggelegak dalam periuk akibat tidak menutup auratnya (rambut)
10. Perempuan yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri akibat mengoda dan mengairahkan lelaki.
Peristiwa-peristiwa yang Allah tunjukkan kepada Nabi ini hanyalah sebahagian drpd balasan-Nya.
Peristiwa-peristiwa yang Allah tunjukkan kepada Nabi ini hanyalah sebahagian drpd balasan-Nya.
Walau apa pun balasan yg Allah bagi, yg penting kita kena ada rasa takut dengan kebesaran Allah swt. Allah mampu bagi bermacam-macam balasan dan Allah juga mampu bagi bermacam-macam nikmat. Usaha cari redha Allah, laksanakan segala perintah-Nya dan jauhi larangan-Nya.
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.S. Al Ahdzaab: 59)
"Hai Asma, seseungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini,” sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan.” (HR. Abu Daud dan Baihaqi).