Apa perlu anda buat jikalau anda DIROGOL?

Secara am, rogol: Berlakunya seks tanpa rela. Paksa.
Rogol: Berlakunya seks dengan kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah, walaupun suka-sama-suka. Ianya tetap rogol.

<1> #SesiJenayahBersamaIS
Fakta yang perlu kita telan, kebanyakkan kesalahan seksual ini, si Tertuduh akhirnya terlepas kerana Mangsa itu sendiri.

Jadi, hari ini saya akan terangkan apa yang anda sepatutnya lakukan jikalau berlakunya tragedi yang tragis ini.

<2>
Pertama, jangan mandi, jangan bersihkan bahagian sulit. Jangan basuh atau bersihkan pakaian semasa diserang. Jika terpaksa salin pakaian, simpan pakaian (luar dan dalam) yang anda pakai ketika diserang, di dalam plastik untuk diserahkan kepada polis atau hospital.

<3>
Ini amat penting ya untuk pastikan spesimen penyerang seperti air mani, rambut, bulu, air liur penyerang tidak hilang.

<4>
Kedua, anda ada dua pilihan. Pertama, terus pergi ke balai polis atau kedua terus ke Jabatan Kecemasan Hospital untuk pemeriksaan. Ingat hanya hospital kerajaan. Bukan swasta. Laporan hospital kerajaan sahaja yang diterima untuk dijadikan bukti pendakwaan.

<5>
Jikalau anda ke balai polis terlebih dahulu. Anda akan ditemani polis wanita ke hospital untuk mendapatkan laporan perubatan, DNA dan sebagainya.

<6>
Apabila tiba di Jabatan Kecemasan, anda hanya perlu memberitahu kepada kakitangan Jabatan Kecemasan bahawa anda telah dirogol. Dengan serta-merta anda akan dilindungi dan dibawa masuk ke bilik khas terlindung bagi tujuan pemeriksaan oleh doktor.

<7>
Sistem ini dipanggil One Stop Crisis Centre (OSCC) yang terdapat di semua hospital kerajaan di seluruh negara.

<8>
Masa adalah musuh kita apabila kes begini terjadi. Sebab untuk menyabitkan si Tertuduh, pihak Pendakwaan perlu buktikan adanya penetrasi. Kemaluan lelaki masuk ke dalam kemaluan perempuan. Bagaimana nak buktikan?

<9>
Laporan Perubatan, Laporan DNA. Ada tak air mani atau DNA si penyerang di tubuh anda. Paling penting ada atau tidak DNA di kemaluan Mangsa.

<10>
Kesan kecederaan di kemaluan juga adalah bukti. Lebih cepat anda datang ke hospital bagi tujuan pemeriksaan, lebih tinggi kebarangkalian bahan bukti dapat diambil kerana bahan bukti (evidence) masih segar.

<11>
Kecederaan masih belum sembuh. Lengahkan masa untuk report, peluang untuk mendapatkan bahan bukti semakin tipis.

<12>
Akhir kata, moga kita semua dipelihara dari sebarang kecelakaan.

Sebarkan supaya semua orang tahu.

#SesiJenayahBersamaIS

P/s hanya lelaki sahaja boleh dituduh atas kesalahan merogol di Malaysia.

<13>
You can follow @irwansumadi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: