Drpd poll ni, majority pilih untuk live free drpd ikut teknologi tu.Not surprising sebab memang naluri manusia to have a sense of choice dalam hidup dia. But what if I tell you that, even without the technology, setiap perbuatan kita sebenarnya bukan atas pilihan kita?
(A thread) https://twitter.com/mnalhakim/status/1259465800546570240
Persoalan sama ada manusia memiliki 'free will' iaitu kebolehan untuk melakukan sesuatu perkara tanpa terikat dengan sebarang halangan telah menjadi topik yang hangat diperdebatkan oleh philosopher2 zaman dahulu sehinggalah sekarang. Ada beberapa pandangan mengenai persoalan ini.
Dua pandangan utama ialah libertarian dan determinism. Libertarianism percaya bahawa manusia 'free' untuk buat apa yang dia nak, dan kita bertanggungjawab atas setiap perbuatan dan keputusan yang kita buat. Manakala determinism pula percaya bahawa
-setiap yang berlaku dalam dunia ini tertakluk pada hukum fizik 'causality', jadi segala perbuatan dan keputusan yang kita lakukan adalah bukan berasal daripada pilihan kita sendiri tetapi disebabkan oleh faktor2 yang diluar kawalan kita. Jadi mana satu yang betul? Untuk menjawab
-soalan tersebut, let us look at the biology of human behaviour. Professor Robert Sapolsky menerangkan dalam bukunya Behave bagaimana setiap perbuatan manusia itu dipengaruhi pelbagai faktor seperti otak kita, apa yang kita lihat/bau/rasa, hormon, genetik, dll.
Otak

Otak kita ialah organ yang paling penting sekali dalam menentukan perbuatan dan personaliti kita, terutama sekali kita punya prefrontal cortex. Prefrontal cortex ialah bahagian otak yang merupakan centre kepada pemikiran secara rasional, logik dan waras. Ia juga berfungsi
-untuk mengawal segala impuls dan mengawasi tindak tanduk kita sama ada ia sesuai untuk dilakukan atau tidak. Dengan erti kata lain, konsep 'akal' dalam Islam sebenarnya ialah kita punya prefrontal cortex yang boleh membezakan sesuatu yang baik dengan yang buruk.
Terdapat sebuah kes pada tahun 2002 di mana seorang lelaki yang berumur 40-an yang telah ditangkap kerana telah melakukan child molestation dan memiliki child pornography. Sebelum dia dimasukkan ke penjara dia sempat ke hospital untuk mengadu mengenai sakit kepalanya
-dan selepas pemeriksaan dilakukan, dia didapati memiliki tumor di bahagian orbitofrontal cortex. Apabila tumor tersebut dibuang, minat seksualnya terhadap kanak-kanak juga hilang. Kes ini jelas menunjukkan bahawa perlakuan kita sangat dipengaruhi oleh otak. Jadi sejauh manakah
-kita ini dikatakan 'free' jika tindak tanduk kita bergantung pada sejauhmana prefrontal cortex kita mampu untuk membuatkan kita berfikir secara rasional atau sejauhmana ia mampu untuk mengawal perbuatan kita?
Sensory perception

Selain daripada otak, apa yang kita kecapi melalui deria kita juga mempengaruhi perlakuan kita. Kajian yang dijalankan oleh Kelsey (2018) menunjukkan bahawa, hanya dengan meletakkan gambar mata pada donation box, orang akan menderma lebih banyak berbanding
-gambar lain. Hal ini dinamakan 'Watching Eye effect' dimana apabila kita melihat imej mata, kita akan cenderung untuk berkelakuan lebih prososial seperti menderma/membantu orang lain.
Hormon

Psychological stress seperti dibuang kerja, penceraian ibu bapa, dll akan menyebab otak kita untuk mengeluarkan hormon CRH dan ACTH yang mana akan release glucocorticoid. Jika stress berterusan, glucocorticoid boleh membuatkan prefrontal cortex kita kurang aktif, justeru
-membuatkan kita tidak mampu untuk berfikir secara rasional, membuat keputusan yang baik dan mengawal impulsive behaviour kita. Sebab itulah stress membuatkan seseorang cenderung untuk menggunakan bahan seperti dadah, arak, kerana PFC mereka tidak dapat berfungsi dgn baik.
Genetik & Persekitaran

Hubungan antara genetik dan persekitaran kita juga memainkan peranan besar dalam perlakuan seharian kita. Contohnya sekiranya seseorang mempunyai mutation pada gene 5HTT yang berfungsi untuk menghasilkan transporter untuk serotonin, risiko dia mempunyai
-kemurungan adalah tinggi, tetapi hanya jika dia mengalami childhood trauma/abuse. Manakala jika seseorang itu memiliki variant untuk gene MAO-A, dia more likely untuk menjadi adult yang aggressif dan antisosial jika dia mempunyai history of childhood abuse.
Culture

The culture that we're born in also shapes who we are today. Perbezaan antara sikap dan pemikiran orang yang dilahirkan dalam collectivist dan individualist culture kelihatan jelas sekali apabila kita bandingkan bagaimana rakyat di America (individualist culture) dan
-rakyat Malaysia (collectivist) react dalam pandemic Covid-19. Apabila kita diminta untuk tinggal di rumah, kita patuh dan taat sambil mengingatkan satu sama lain untuk #kitajagakita manakala di sana, semua bertindak mementingkan diri tanpa memikirkan bagaimana tindakan mereka
-mungkin boleh memudaratkan orang lain sekitar mereka.

Evolutionary Pressure

Akhir sekali, evolutionary pressure juga meninggalkan kesan dalam perlakuan seharian kita. Dalam teori evolusi, matlamat setiap hidupan ialah untuk memastikan dirinya dapat meninggalkan copies of-
-their genes to the next generation. Makanya segala perbuatan yang kita lakukan semuanya adalah ke arah untuk kita meninggalkan copies of our genes. Kita mungkin rasa kita 'pilih' seseorang sebagai pasangan hidup kita, namun sebenarnya itu hanyalah kita punya
-evolutionary instinct yang mengatakan si dia itu ialah calon yang paling sesuai berdasarkan pheromone dan ciri fitness yang mereka miliki. Our brain be like: she seems like the perfect person for me to have healthy offsprings, so otak kita pun buatkan kita attracted pd mereka.
All these factors - daripada brain, to our sensory perception, to hormones, sehinggalah way back to evolution - saling berkait rapat dan mempengaruhi perlakuan kita. Jadi sejauh manakah kita boleh kata yang perbuatan/keputusan yang kita buat adalah atas pilihan kita sendiri?
Are we truly free in our actions or are we just the sum of products of our biology? Mungkinkah wujud suatu essence atau soul dalam diri kita yang berupaya membuat pilihan secara bebas tanpa terikat langsung dengan mana-mana faktor tersebut? Jika ya, mengapa dalam kes-kes dimana
-bahagian otak seseorang itu rosak (kerana cancer atau kemalangan) -seperti kes lelaki pedophilia di atas dan the infamous Phineas Gage - tingkah laku mereka berubah secara drastik seolah2 mereka telah bertukar menjadi orang lain?
Bukankah ini membuktikan bahawa segala pilihan dan tindakan yang kita buat dalam hidup adalah ditentukan oleh biologi diri kita dan kita sebenarnya tiada 'free will'? Mari kita sama-sama renungkan.

(End thread)
You can follow @mnalhakim.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: