Saya bukan golongan kayangan.
Saya rakyat marhaen yang tidak memiliki sebarang harta pusaka mahupun connection dengan sesiapa.
Saya memulakan bisnes pakaian pada tahun 2012 tanpa sebarang mentor dengan wang RM5000 yang dipinjam dari keluarga.
Apabila bisnes bertambah baik, saya fikir bila buka lebih banyak cawangan mungkin boleh dapat jualan yang lebih banyak dan bantu bagi peluang kerja kepada lebih ramai orang.
Tahun 2014 saya diuji dengan banjir besar di Kelantan yang menyebabkan saya kerugian berpuluh ribu ringgit.
Tapi Alhamdulillah tahun 2015 sale sangat baik dan membolehkan saya membuka hampir 20 cawangan di beberapa negeri.
Tahun 2016 saya mula membuat banyak keputusan besar yang akhirnya membawa kerugian yang besar kepada saya.
Akhir tahun 2016 saya mula restructuring bermula dengan menutup kilang jahit dan seterusnya menutup kesemua outlet pada tahun 2017.
Akhir 2017 Alhamdulillah saya mendapat rezeki mengandung anak kelima. Malangnya keadaan kesihatan saya sangat tidak baik di mana saya tidak boleh duduk dan berdiri terlalu lama.
Namun dalam tempoh ini banyak kali saya terpaksa naik turun mahkamah dan jumpa pelbagai pihak untuk menyelesaikan pelbagai tuntutan terhadap perniagaan saya.
Pertengahan 2018 saya selamat melahirkan seorang anak perempuan yang sihat dan ceria. Malangnya selepas 2 bulan bersalin saya terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan cyst di rahim saya.
Dalam tempoh ini perniagaan saya dijalankan secara online dibantu oleh beberapa orang pekerja lama yang sangat komited dan setia bersama saya.
Perlahan-lahan kami cuba stabilkan cash flow syarikat supaya syarikat dapat terus beroperasi dan membayar komitmen semasa dan juga hutang lapuk.
Selalunya saya boleh meraih banyak jualan di musim perayaan. Malangnya dalam tahun kebelakangan ini saya tidak mempunyai modal yang mencukupi menyebabkan pendapatan syarikat sekadar cukup-cukup makan.

Adakalanya saya juga tidak mampu mengambil gaji untuk kegunaan saya.
September 2019 saya dan suami memulakan bisnes kedai makan di kawasan berdekatan rumah dengan harapan ia dapat membantu menampung keperluan bulanan kami sekeluarga.
Alhamdulillah tahun ni keadaan bertambah baik buat kami malangnya disebabkan PKP bisnes makanan terjejas sedikit manakala bisnes pakaian terjejas teruk.
Saya lantang bersuara tentang politik kerana saya adalah rakyat biasa yang telah dan sedang merasa peritnya kesusahan dan mahukan sebuah kerajaan yang telus dan adil.
Mungkin kalau saya ditakdirkan lahir dari golongan kayangan saya pun tidak kisah dengan apa jua yang berlaku. Tapi saya kisah sebab saya adalah rakyat biasa yang terkesan dengan apa jua polisi kerajaan.
Inilah kisah saya. Mohon doa dan sokongan semoga masih ada sinar kejayaan buat saya.
I cried writing this.

Saya tidak suka bercerita kisah-kisah negatif dan menjaja kisah sedih di media sosial. Selama ni saya cuba berusaha tanpa meminta simpati dari sesiapa.

Hakikatnya kehidupan sebagai usahawan sangat sunyi dan mencabar.
Sebab tu saya memilih untuk menjadi diri sendiri dan membuka ruang persahabatan dengan mana-mana usahawan yang mungkin sedang melalui melalui ujian yang hampir sama dengan saya.

If you have any problem, my DM are always open to listen to your story.
Disclaimer : Hidup saya taklah terlalu sedih.

Alhamdulillah saya dapat banyak nikmat. Saya dianugerahkan suami yang penyayang, anak-anak yang sihat, keluarga yang memahami dan ramai sahabat yang banyak membantu saya.

Saya bersyukur dengan segala rahmat dan ujian untuk saya.
You can follow @FadzilahMamat.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: