Nampak tak?

Dalam filem Nasib Do Re Mi, AR Tompel masa berlakon jadi bomoh pernah kata, kalau tak nampak takda jodoh.
Haiwan ni umumnya dikenali sebagai mossy leaf tailed gecko atau nama saintifiknya Uroplatus sikorae. Seperti yang kau dapat saksikan, cicak ini memiliki penyamaran yang sangat hebat.
Sebelum itu, perlu tahu bahawa Uroplatus sikorae ini endemik atau hanya dapat ditemui di Madagascar sahaja.

Merupakan haiwan arboreal, iaitu banyak menghabiskan masa di atas pokok sahaja. Berdiet insektivor atau memakan serangga dan aktif pada waktu malam (nokturnal).
Seperti kameleon, sotong katak, dan sotong kurita, Uroplatus sikorae ini mempunyai kebolehan untuk bertukar warna.

Kebolehan tersebut dibantu dengan fotoreseptor iaitu sel mengandungi sejenis protein yang dikenali sebagai opsin yang sangat banyak pada bahagian kulitnya.
Mamalia, termasuk manusia, ada fotoreseptor dan opsin juga tau. Paling banyak dalam retina mata.

Terdapat 2 sel fotoreseptor, satu dikaitkan penglihatan berwarna dan penglihatan waktu siang (opsin kon). Satu lagi penglihatan dalam cahaya berkeamatan rendah (rod/ rhodopsin).
Bagi Uroplatus sikorae, protein-protein opsin yang sensitif terhadap cahaya itu bertindak balas dengan perubahan cahaya di persekitarannya.

Tindak balas itu seterusnya dihantarkan kepada otak cicak tersebut.
Setelah menerima maklumat cahaya persekitaran daripada opsin itu tadi, otak akan menghantar isyarat untuk berubah warna seperti yang diperlukan.
Selain daripada kebolehan bertukar warna, cicak ini juga dilengkapi oleh lebihan kulit yang dikenali sebagai dermal flaps.

Kulit tersebut berfungsi dalam menyembunyikan garis bentuk cicak dan menghalang bayang-bayang dari terbentuk di lokasi haiwan ini sedang berehat.
Kebolehan penyamarannya melindungi haiwan ini daripada pemangsa seperti burung helang dan sebagainya.

Namun kebolehan tersebut turut digunakan untuk memburu, yakni dengan menghendap serangga yang tidak menyedari kewujudan cicak ini.
Malangnya, Uroplatus sikorae kini sangat terancam disebabkan oleh kehilangan habitat akibat pembalakan hutan. Selain daripada menjadi mangsa kerakusan manusia yang menangkap dan menjadikan cicak ini sebagai haiwan peliharaan.
You can follow @shmlsanxion.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: