TIADA TEMPAT NAK MELUAH
SEBAB TU AKU PENDAM...

Kau bukannya tak kuat, kau bukannya tak bagus. Cuma apabila hidup kau selalu ditimpa masalah, kau lebih rela simpan dan pendam sendiri. Sebab bila kau cerita, orang sekeliling takkan faham dan menuduh kau itu ini.

Ikuti thread ini
Mungkin waktu ni kau rasa lost, hati kau kosong. Kau tak tahu apa nak buat, kau rasa masa depan itu satu perkara yang susah yang kau nak hadap. Walaupun ia belum berlaku. Tapi waktu ni amat merisaukan kau.

Sebab kau risau,
kau tak kuat nak hadap lagi
Bila kau luah pada pasangan. Dia cakap kau ni tak melayan sangat perasaan tu. Bila kau luah pada family, dorang cakap kau tak cukup iman. So apa yang kau nak buat? Just pendam, biarlah kau sendiri yang sakit. Biarkan kau pura-pura untuk rasa bahagia.
Setiap kali kau meluah pada mereka yang kau harapkan adalah bantuan moral. Tapi kata-kata mereka pula yg buatkan kau semakin derita.

Kau tak minta mereka untuk selesaikan. Kau cuma minta untuk mereka faham kau. Itu je. Kau takut semakin pendam, ia akan memakan hati kau sendiri
At last, kau fikir. Ikut sajalah flow kehidupan ini. Apa yang nak jadi, jadilah.. Sebab selama ni pun segala masalah yang datang, kau yakin boleh hadap dengan tenang. Cuma itulah.. Kadang-kau kau penat nak hadap kehidupan dunia ni.
Kau pernah fikir, nak bunuh diri. Supaya semuanya lenyap dalam hidup ni. Tetapi.. Ia takkan selesaikan masalah. Sebab kau ada agama lagi dalam diri. Kau tak mahu kehidupan dunia dah tersiksa. Apatah lagi kehidupan alam sana. Kau masih waras untuk fikir semua tu.
Kau tahu sebenarnya, everytime masalah tiba. Ia menguatkan kehidupan kau. Bukan melemahkan. Setiap musibah yang datang ia mematangkan fikiran kau dari segala sudut. Besar mana pun masalah. Ia akan menguatkan kau sebenarnya.
Kau dapat belajar daripada silap. Kau dapat kenal ragam manusia lebih bijak. Pengalaman kau bersama manusia lain banyak memberi pengajaran dalam hidup supaya berhati-hati dengan manusia yang bertopengkan Syaitan.
Kadang kau fikir, "Aku ni sakit mental ke? Aku kena pegi berubat ke? Apa nak jadi kehidupan aku?" Sebenarnya, apa pun sakit kau. Penawarnya adalah diri sendiri. Family, pasangan, doktor semua takleh bantu kau 100%

Kau yang perlu bangkit
Kau berhak untuk bahagia.
Orang yang telefon Joker atau jumpa di hospital, mereka selalu menangis memikirkan nasib. Aku pesan;

"Menangislah hari ni. Agar kau tak menangis pada masa akan datang. Hari ni, kesilapan dibuat adalah satu pengajaran hebat dalam hidup."
Aku, mahupun therapist yang paling hebat di dunia ni pun. Kami hanya mampu tunjukkan jalan bagaimana kau nak selesaikan masalah itu.

Tetapi untuk berubah dalam hidup ni jadi lebih bahagia ia adalah bergantung pada diri kau sendiri. Kau yang kena kuat sebenarnya.
Ribuan pesakit aku uruskan. Ramai yang dah sembuh, sebenarnya ia bukan dari aku. Kau yang lakukan tindakan untuk berubah. Ramai juga yang tak sembuh, sehingga ada yang sanggup / rela sakit tidak mahu berubah.

Kau yang seksa diri kau
Kau sendiri yg takmau bahagia
Bangkitlah wahai manusia; Hari ini ni adalah hari baru untuk kau berubah. Sampai bila kau nak jadi macam ni. Kau berharap magis hebat berlaku dalam hidup tanpa ada perubahan.

Sedangkan kau sendiri tahu, kejayaan manusia itu sebenarnya apabila dia lakukan tindakan.
Kau sebenarnya terlalu banyak alasan. Sebab itu jangan pelik kenapa hidup kau tak bahagia dan banyak masalah. Sebab alasan semua itu telah menutup pintu-pintu kejayaan untuk bahagia.

Sedangkan semua orang berhak untuk bahagia. Hidup ni kau yang pilih. Kau yang tentukan.
Tuhan pesan pada kita semua; "DIA takkan ubah sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri nak ubah hidup mereka jadi lebih baik."

Macam mana Tuhan nak bantu kau. Kalau kau sendiri yang tak sayangkan diri kau. Kau jangan jadi bodoh dengan salahkan semuanya pada Tuhan.
Tuhan; DIA selalu bantu kau. DIA selalu ada dengan kau. Tetapi kau sendiri yang bodoh tak nampak semua tu. Kau yang pilih hidup kau jadi macam ni.

Tuhan tu baik dengan semua orang. DIA tak pilih kasih macam manusia. Tetapi manusia yang sentiasa merosakkan diri sendiri.
Aku harap kau terus berubah bangkit mengejar impian jadi realiti. Sebab keputusan dan pilihan yang kau buat hari ni akan menentukan hidup kau bahagia atau pun tidak.

Hidup ni kalau kau nak bahagia. Kau kena keluar dari derita. Kalau tak sampai bila2 pun kau akan sengsara.
You can follow @dairijoker.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: