Pihak Celcom ada menawarkan pakej EasyPhone Own pada harga ansuran RM57 sebulan tidak termasuk pakej Internet.

Anda wajib melanggan salah satu pakej Internet dan paling murah anda boleh dapat bersama iPhone SE 64GB adalah serendah RM164.00 tidak termasuk cukai perkhidmatan.
Berikut anggaran pengiraan mudah untuk anda.

RM 164.00 x 6% SST - RM173.84

Anggaran komitmen bulanan anda adalah RM173.84.

Tempoh kontrak adalah 24 bulan.

Maka jumpa keseluruhan adalah :

RM173.84 X 24 bulan - RM4,172.16
Anggaran perbelanjaan keseluruhan anda bagi iPhone SE 64GB termasuk pelan Internet adalah sebanyak RM4,172.16.

Harga rasmi iPhone SE 64GB adalah RM1,999.00. Jika ditolak dengan RM4,172.16 maka lebihan yang terpaksa anda bayar adalah RM2,173.16.
Saya akui harga RM4,172.16 termasuk pelan Internet. Cuma saya mahu anda berfikir sejenak adakah berbaloi melanggannya.

Tolak dahulu keinginan untuk mendapatkan iPhone SE. Sekarang fikir dahulu adakah anda sanggup membayar pada harga tersebut?
Saya akui bahawa tidak sepatutnya saya menggunakan angka RM4,172.16 memandangkan anda mungkin tidak terkesan dengan bayaran RM173.84 sebulan.

Namun perlu diingatkan, setelah anda melanggan pakej ini. Tiada peluang untuk anda berpatah balik.
Terdapat segelintir Pengguna lebih melihat harga yang ditawarkan berbanding kualiti rangkaian di kawasan mereka.

Sebagai contoh,
Ali ingin membeli iPhone SE, disebabkan tidak mahu menunggu lama. Dia terus melanggan pakej tersebut tanpa membuat semakan tentang kualiti rangkaian
Setelah pulang ke rumah, dia mendapati kelajuan Internet Celcom sangat teruk dan tiada liputan 4G di kawasannya.

Dia terus ke Celcom untuk membatalkan langganan tersebut. Namun permintaan ditolak disebabkan tempoh kontrak berbaki 23 bulan.
Akhirnya Ali menjadi mangsa "hamba kontrak" yang terpaksa membayar RM173.84 sebulan walaupun tidak dapat menggunakan perkhidmatan yang terbaik.
Situasi kedua pula.

Abu ingin membeli iPhone SE, disebabkan tidak mahu menunggu lama. Dia terus melanggan pakej tersebut tanpa berfikir tahap penggunaan Internet.
Disebabkan Abu sudah mempunyai rangkaian Wi-Fi di rumah. Abu hanya menggunakan sekitar 5GB sahaja sebulan.

Jika Abu membeli iPhone SE tanpa kontrak. Berikut kos yang terpaksa ditanggung oleh Abu.

RM1,999.00 + (RM30 x 24 bulan) - RM2,719.00.
Jika Abu mengikut kaedah kedua, maka Abu hanya perlu membayar RM2,719.00 berbanding RM4,172.16 dan jimat sehingga RM1,453.16.

Disebabkan Abu mengikut kaedah kedua, Abu tidak menggunakan sepenuhnya pakej yang ditawarkan oleh Celcom.
Maka akhirnya Abu menjadi "hamba kontrak".

Konklusinya, pembelian iPhone SE melalui telko adalah baik jika anda memastikan kualiti rangkaian stabil serta menggunakan sepenuhnya pakej yang ditawarkan.
Terdapat segelintir Pengguna tidak memfokuskan perkara ini, yang penting mereka mahukan iPhone SE.

Sebelum ini juga terdapat segelintir pengguna tidak berfikir secara waras dengan melanggan pakej EasyPhone tanpa memikirkan kesan ke atas kewangan mereka.
Memang pada mulanya mereka mampu. Namun setelah 6 bulan penggunaan, mereka tidak mampu membayar.

Disebabkan mahu mengelakkan iPhone tersebut disekat. Dia terus menjual di laman jual beli untuk mendapatkan keuntungan atas angin.
Akibatnya pembeli iPhone menjadi mangsa kerana membeli iPhone set telko.

Disebabkan kes ini sangat serius, saya lihat syarikat telko mula memperketat syarat langganan dengan mewajibkan pengguna memiliki kad kredit.
Namun saya kurang pasti kaedah yang dipraktikkan oleh Digi dan Maxis bagi pakej Freedom365 dan Zerolution.

Ingatlah, tidak salah untuk melanggan pakej iPhone secara ansuran. Cuma saya menasihatkan anda membuat penelitian secara holistik agar mencapai matlamat yang anda inginkan
You can follow @XavierNaxa.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: