Berhubung satu tweet dari seorang pengguna twitter berkenaan isu caruman KWSP terhadap beliau, berikut adalah penjelasan saya :
Perniagaan saya mengalami major restruction pada tahun 2017 di mana saya terpaksa menutup banyak outlet disebabkan jualan syarikat yang tidak baik.
Disebabkan ini syarikat telah memberi pampasan yang sewajarnya kepada pekerja yang terlibat dan telahpun berunding dengan pihak KWSP, GST, suppliers, landlords dan pelbagai pihak lain untuk menyelesaikan segala tunggakan bayaran .
Selepas melalui proses mahkamah dan perbincangan dengan pihak KWSP, pihak KWSP membenarkan kami membuat sejumlah bayaran bulanan sehingga kesemua baki dijangka selesai pada tahun hadapan.
Saya akui saya telah membuat banyak kesilapan dalam bisnes yang telah mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan berwaspada dalam membuat sebarang keputusan.
Namun begitu saya sentiasa menghormati para pekerja saya dan tidak pernah berniat untuk menindas atau mengambil kesempatan terhadap mana-mana pekerja.
Kepada semua pekerja yang mungkin mengalami masalah dengan majikan, anda boleh terus membuat aduan dengan pihak KWSP, PERKESO atau pejabat buruh untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Jangan sesekali takut untuk membuat aduan dan memperjuangkan hak anda sebagai pekerja.
Kepada usahawan yang mungkin sedang buntu dan tertekan disebabkan keadaan ekonomi semasa, saya doakan anda diberikan kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi tempoh yang sangat mencabar ini.
Jika anda ingin meminta pendapat atau mendengar pengalaman saya melalui proses downsizing, restructuring dan berdepan proses undang-undang, insyaAllah saya sedia membantu.
You can follow @FadzilahMamat.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: