BANTU PASANGAN YANG
ADA MASALAH DEPRESSION

Macam mana nak bantu partner kita yang ada masalah dengan stress, depression and semua problem dia mostly dari family dia, but bukan la from a bad background family, cuma maybe masalah dengan ayah.

Ikuti thread ini
Kalau kau ada pasangan waktu ini si dia tengah stress dan depression. Boleh baca luahan ini. Mungkin situasi yang kau alami juga sama. Luahan #DMJoker
Sama ada kau belum atau sudah kahwin. Sekiranya ada pasangan yang alami masalah tekanan jiwa. Pertama; Kau jangan tinggalkan dia keseorangan. Bantu bagi support moral. Supaya dia tidak 'dikawal' oleh sesuatu tindakan luar kawalan.
Ramai aku perhatikan; terutamanya yang dah kahwin. Bila pasangan ada masalah. Kau tinggalkan / lari sekejap. Kononnya untk bagi masa mereka sendirian untuk muhasabah diri. Sebenarnya salah tu

Kau kena ada dekat dengan dia supaya dia rasa selamat dan ada orang masih sayangkan dia
Otak manusia ni bila terlalu overload dengan masalah atau bebanan. Mereka takleh nak fikir secara waras. Segala keputusan yang dibuat amatlah bodoh dan tak masuk akal. Sebab tu bila ada orang terlalu depress sampai nak bunuh diri.
Tujuan pasangan ada bersamanya adalah untuk mereka rasa selamat; Rasa masih disayangi. Hati mereka ni perlukan kekuatan moral yang tinggi. Dalam masa yang sama, kau kena ketepikan ego. Biarkan dirinya rasa tenang dan selamat berada dengan kau.
Kedua; Dengar dia bercerita. Baik lelaki atau perempuan. Dengar dia cerita / luahkan. Jangan menyampuk. Mereka tak mahukan solusi. Yang mereka mahukan adalah untuk mengurangkan bebanan dalam hati. Sebab itu mereka bercerita dan bercerita. Kau pula angguk je lah.
Ada pesakit aku di hospital; Dia request untuk buat terapi online sahaja untuk call dan dengar dia bercakap. Bila dia rasa down atau depress. Dia personally akan telefon aku dan bercakap. Takda apapun. Just nak luah, supaya hati tak rasa terbeban. Kemudian okay balik.
Manusia ni, kalau dipendam sakitnya bukan semakin baik. Malah semakin teruk, memendam rasa kecewa dan dendam dalam hati ibarat sedang menanam virus dalam hati. Bukan semakin bahagia, malah makin derita.

Sebab tu orang yang suka berdendam. Hatinya susah bebenor nak bahagia.
Ketiga; Sekiranya pasangan kau teruk. Ya sangat teruk sehingga trigger nak bunuh diri atau cederakan diri. Sebaiknya kau perlu bawa dia jumpa Psikiatri. Apabila selesai diagnose, doktor akn berikan ubat anti-depressant untuk menangkan jiwanya. Tapi ubat tu akn mengantuk gila babi
Keempat; If kau Muslim. Bawa dia kenal lebih dekat dengan agama. At last kebahagian sebenar bermula dari hati yang sangat dekat dengan Tuhan. Dalam masa yang sama, makan ubat dan dapatkan terapi bersama psikologis. Barulah balance dunia akhirat.
If kau non-muslim. Lakukan meditasi dengan pernafasan. Dalam Ebook aku ada ceritakan tentang ketenangan dan pilihan dalam hidup. Cuba bayangkan suasana aman dan damai seolah-olah menyerap energi dari sumber tanah, udara, api, logam dan air. Lakukan teknik pernafasan 7-3-4
The last one; Ini paling penting. Jangan sesekali tinggalkan dia berseorangan. Selalu keep in touch bersama pasangan. Kau selalu kena ingatkan supaya dia terus sabar dan tenang. Jangan minta putus ke apa waktu ni. Sebab nanti, makin teruk sakit dia.
Ulasan Joker;

Hidup ni semua orang tertekan dengan masalah yang berulang-ulang berlaku. Tetapi setiap kali masalah yang datang. Sebenarnya buatkan diri kau semakin kuat.

Telegram;
https://t.me/jokertweets 

Beli Ebook Joker;
http://bit.ly/2KSZe5N 
You can follow @dairijoker.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: