Pada sesi #1Day1Fact hari ini, aku akan berkongsikan kepada kalian beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi selepas cabut gigi bongsu (wisdom/3rd molar teeth).

Ikuti bebenang ini sampai tamat!

#1Day1Fact
#SalamIftar
#RamadhanKareem
1. Berehat. Aktiviti lasak & berat akan membantutkan proses penyembuhan yang dipanggil sebagai 'blood clotting'.

Disarankan untuk berehat dan tidak melakukan aktiviti berat selama 24 jam.
2. Elakkan berkumur kerana perbuatan ini akan membantutkan proses penyembuhan di kawasan cabutan. Perbuatan ini dikhuatiri akan menanggalkan gumpalan darah (blood clotl) yang terhasil.
3. Jangan minum menggunakan penyedut minuman/straw kerana perbuatan ini akan menghasilkan tekanan yang tinggi pada kawasan cabutan lantas akan membantutkan proses gumpalan darah.
4. Elakkan meludah kerana perbuatan ini juga akan menghasilkan tekanan di dalam mulut sekaligus membantutkan proses penyembuhan.
5. JANGAN MEROKOK! JANGAN MEROKOK! JANGAN MEROKOK! JANGAN MEROKOK! JANGAN MEROKOK!
6. Anda digalakkan untuk meletakkan ais yang dibalut dengan tuala di kawasan cabutan/pipi luar untuk mengurangkan kesakitan.
7. Tinggikan sedikit kepala semasa tidur kerana apabila kepala terlalu rata dikhuatiri darah akan berkumpul dan menyebabkan proses penyembuhan semakin lama.
8. Patuhi arahan doktor untuk mengambil ubat pada masa yang telah ditetapkan.
9. Jangan makan/minum yang panas.
You can follow @ArepJowo.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: