APA CERITA DISEBALIK LAGU ULEK MAYANG?

Ulek mayang merupakan lagu rakyat dan tarian tradisional rakyat Terengganu. Lagu ini sering dimainkan di TV Pendidikan masa kecil, jadi sebab itu saya sering cuba menghafalnya.

Tapi bila dapat tahu ceritanya, terus takut nak nyanyi! 😱
Ulek mayang dikatakan bermula ratusan tahun yang lalu, apabila seorang nelayan yang dirasuk hantu laut, kerana cintanya ditolak oleh nelayan tersebut.

Mengikut lagenda, hantu laut tersebut telah merasuk nelayan tersebut ketika ribut di tengah laut.
Selepas ribut reda, para nelayan mendapati salah seorang dari mereka hilang di laut, dipercayai diculik oleh orang bunian.

Bomoh mendapati, nelayan itu telah diculik oleh puteri bunian, kerana puteri tersebut jatuh cinta kepada nelayan tersebut.
Lagu tersebut dinyanyikan oleh bomoh untuk mengembalikan semula nelayan tersebut ke alam nyata, namun terpaksa berlawan dengan enam lagi puteri bunian yang lain.
Sehingga puteri sulung, yang bernama puteri tujuh yang paling cantik dan bijak, mengajak berbincang dengan bomoh untuk menyelesaikan masalah ini. Bomoh merayu agar puteri bunian mengembalikan nelayan tersebut, dan sebagai balasannya, makanan seperti pulut kuning dan ayam panggang
...diberikan untuk semangat laut.

Puteri tujuh mengarahkan adik-adiknya untuk melepaskan nelayan tersebut dan kembali ke laut.

Puteri tujuh berkata "aku tahu mana asalmu, yang laut pulang ke laut, yang darat pulang ke darat."

Ritual ini selalu memakan masa 3 hari 3 malam.
Selalunya apabila nelayan terkena sampuk dek semangat laut, penduduk kampung akan bekerjasama untuk menjaga makan minum bomoh tersebut disamping memastikan mangsa untuk berjaya dikembalikan.
Sebelum tarian dimulakan, mayang pinang (bunga untuk pokok pinang) diletakkan pada muka mangsa yang dirasuk puteri bunian tersebut.
Tok Bomoh, dipanggil Tok Mindok, akan membaca semah dan mantera untuk mula bertarung kuasa dengan puteri bunian tersebut.

Selain itu, perlukan lilin daripada madu lebah (beeswax), bunga cempaka, melati, melur dan bertih padi.

Tok Minduk kemudian mengikat semutar pada dahinya.
Pada ritual pertarungan ini, keenam puteri tersebut menggunakan kuasa sakti tersebut untuk bertarung dengan Tok Minduk, sehinggalah Tok Minduk lemah akibat kepenatan. Jadi Tok Minduk hanya perlu bertahan sebelum kedatangan puteri tujuh.
Selepas kedatangan puteri tujuh dan berbincang, barulah Tok Mundik memberikan makanan berupa pulut kuning yang dipanggil "Nasik Berwarna" dan dihanyutkan di laut.

Kepercayaan ini dikatakan pada era animisme lagi, namun strukturnya ketika Melayu masih menganut Hindu.
Kalau ditanya tentang lirik lagu ini, kenapa puteri nombor ganjil tidak disebut, kenapa puteri dua, empat dan enam sahaja disebut?

Kerana puteri nombor ganjil lebih kuat kuasanya. Kalau disebut namanya, dia akan rasuk orang lain pula.
Boleh tonton video tarian lagu ini:
Penyanyi lagu Ulek Mayang yang kita selalu dengar (versi direkod), Biduanita Terengganu, Habsah Jusoh:
You can follow @ErenaTakeuchi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: