WEST CAPELLA
MALAYSIA LATEST CONFLICT

Di Saat Negara menghadapi cabaran dan peperangan menentang CoVID 19. Anggota Barisan Hadapan kita sedang menghadapi cabaran besar mempertahankan Kedaulatan Perairan Negara

Ini ialah Thread 👇 berkaitan situasi terkini di West Capella
Ketika kita semua sedang bermain Twitter dan bersedia hendak berbuka Puasa. Berlaku sedikit ketegangan di Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia(ZEE). TLDM berada di ZEE bersama 4 Tentera Laut daripada US, Australia,China dan Vietnam
Ketegangan ini berpunca daripada Kapal Penggerudi Minyak West Capella yg telah diberi kontrak khas oleh PETRONAS menggali telaga di sempadan Perairan ZEE Malaysia dan Vietnam

Seperti yg semua sedia maklum. Laut China Selatan menjadi rebutan Di atas nama Konflik Kepulauan Spratly
West Capella berada di kawasan penggalian telaga minyak itu sejak Oktober Tahun Lepas bagi meluaskan telaga Minyak Petronas. Kedudukan telaga itu masih dalam kawasan ZEE Malaysia

Pihak China menghantar Kapal Peronda Dasar Laut Haiyang Dizhi 8 ke kawasan penggalian West Capella
Turut menyertai armada China ialah 4 Kapal Pengawal Pantai dan 6 Kapal Navy pelbagai jenis ke kawasan itu. Navy China mengatakan bahawa mereka digerakkan ke sana atas tujuan menunda sonar.

Navy Vietnam menghantar kapal Pengawal Pantai berikutan pencerobohan Kapal China
Ke Perairan ZEE Vietnam. Ketegangan meletus antara Navy Vietnam dan China ketika ini. Selain itu Vietnam menghantar kapal untuk memantau keadaan penggalian kerana ia berhampiran sempadan ZEE mereka
US menghantar Armada ke 7 Mereka. Mereka yg ketika ini sedang menjalani laithan ketenteraan bersama Navy Filipina dan Frigate Australia. Memperluaskan kehadiran mereka ke kawasan itu

US baru sahaja menghantar LCS ke 8 Mereka USS Montgomery dan USS Cesar Chavez ke sana
Turut di hantar ialah Kapal Tempur Penyerang Amfibia USS America dan Kapal Krusier Peluru Berpandu USS Bunker Hill

Lupa nak cakap. Kapal West Capella itu berada di bawah kelolaan syarikat Seadrill

Konflik ini sudah bermula daripada 22 April yang lalu
Kapal Frigate Australia dipercayai tidak terlibat secara langsung berikutan kehadiran mereka atas Latihan Ketenteraan bersama US dan Filipina. Itu pun hanya dua Kapal Frigate Australia yg berada di sana

Kapal China menambahkan tegang kerana meneruskan tugasan pencerap dasar laut
TLDM menerusi Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza telah mengarahkan agar kesiapsiagaan TLDM ditingkatkan daripada Level 1 ke Level 3. Dan Kesiapsiagaan Armada TLDM ditingkatkan ke 75 Peratus

Kapal KD Bunga Mas 5 sudah digerakkan ke kawasan tersebut.
KD Bunga Mas 5 sapa yg pernah dgr tu dia muncul dalam filem Paskal the Movie

Beberapa Aset TLDM yg lain juga sudah digerakkan sejak 22 April yang lalu ke kawasan tersebut

Armada US kali ini tidak bergerak melalui Armada penuh.
Ini berikutan 4 Kapal Pengangkut Pesawat berada dalam tugasan penuh.

Kapal Pengangkut Pesawat yg lain ada yg di bawah pembaikan jangka panjang dan ada yg dikuarantin Kerana CoVID 19

Setiausaha Negara Mike Pompeo berucap kepada media bahawa US menentang keras Pembulian China
Terhadap Negara Negara kecil. Menteri Luar Australia Marise Payne memberitahu Media bahawa semua pihak harus bekerjasama untuk mengurangkan ketegangan supaya masyarakat antarabangsa dapat fokus kepada ancaman CoVID 19 ketika ini
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memberi kenyataan bahawa Malaysia tetap dalam komitmen tinggi untuk menjaga kepentingan dan hak mereka di Laut China Selatan.

Malaysia juga percaya kepada kebebasan Undang-undang berkaitan navigasi
Dalam ucapan itu juga Datuk Seri Hishamuddin menyatakan bahawa potensi untuk meningkatkan ketegangan adalah tindakan yg boleh mengancam keamanan, keselamatan dan kestabilan rantau ini.

Malaysia juga memutuskan bahawa mereka kekal neutral dalam isu ini
USS America dan Kapal Frigate Australia telah berundur daripada West Capella pada 25 April

Namun pada 8 Mei 2020. Skuadron Pengembaraan Pengebom ke 9 US menghantar 2 pesawat Pengebom B-1 dalam mengkukuhkan kehadiran US di kawasan itu
Dua Pesawat itu berlepas daripada Pengkalan Udara Andersen di Guam. Mereka juga menyertai latihan ketenteraan di Laut China Selatan

TLDM juga akan memasukkan kapal kapal dalam proses upgrade berikutan kekurangan Kapal Moden ketika ini.
Kapal kapal yang tidak terlibat dalam upgrade mungkin akan bertugas lebih lama di laut. Ini untuk menampung kelompongan sedia ada akibat kapal yg diupgrade

Tidak diketahui sama ada Kapal Selam Malaysia dan Kapal Frigate Termoden TLDM KD Lekiu telah digerakkan
China meskipun berundur pada 25 April mengekalkan kehadiran dgn menghantar Kapal Pengawal Pantai terbesar Navy China CCG5901 di kawasan penggalian terbabit

Selain itu Armada CCG yg lain dilihat berkeliaran dan beberapa pertembungan bersama Kapal US berlaku
Namun tiada sebarang perubahan ketegangan buat masa ini

Mungkin kita dpt menyaksikan aksi pertama Kapal LCS pertama Malaysia KD Keris yg baru memasuki inventori TLDM nanti

TLDM dalam krisis berikutan Kapal CCG China seberat 12k Tan
Malahan kapal kapal TLDM dan aset APMM mempunyai kapal kurang 1k tidak cukup menentang Armada baru CCG China yg berat lebih 3k Tan ke atas

CCG stand for China Coast Guard

Buat masa ini tiada ketegangan seperti Tembakan atau petempuran berlaku
Namun keadaan tersebut tidak menjamin ketegangan mampu berkurang dalam masa terdekat. Rondaan di sekeliling Kawasan penggalian masih berlaku..

Ketika Ini TLDM dan APMM masih memantau keadaan
Saya berharap agar Kerajaan sedar akan perkara ini dan program 15 ke 5 TLDM perlu dipercepatkan Segera. Ya buat masa ini Malaysia masih guna diplomasi namun sampai bila. Harusnya kini Malaysia ada Bargaining Power bersama
KA Tun Azizan dan KD Bunga Mas 6 juga mungkin diaktifkan jika perlu

Konflik ini menyedarkan kita bahawa TLDM perlu diberi lebih tumpuan. Kepulauan Spratly sgt Hot sbb Mineral dan hasilnya yg banyak

Kita tak boleh biarkan hak kita terlepas
I Will Update about this from time to time. Buat masa ini keadaan terkini buat TLDM ialah kehadiran Kapal Bunga Mas 5 di sana
Keadaan di West Capella ketika ini
USS Cesar Chavez yg berada di kawasan penggalian West Capella ketika ini
USS Montgomery Kapal LCS 8 milik US turut berada di kawasan penggalian West Capella
Feel free to RT read and Like https://twitter.com/Marchfoward/status/1227969633522597889?s=19
P/s: Kapal KD Bunga Mas 5 adalah seberat 9000 Tan

Anyway KGB Series saya akan sambung Dalam masa terdekat

Part 2 Di Sebalik Sekolah Latihan Perisikan KGB

Sekiann
https://twitter.com/itsmeaidil/status/1259429368750735360?s=19
https://twitter.com/FadliSHKR/status/1259426735067508738?s=19
Kepada sesiapa yg tak Faham pasal konflik Kepulauan Spratly boleh baca Thread ni https://twitter.com/FarisJamalFJ/status/1255703929104379904?s=19
https://twitter.com/FarisJamalFJ/status/1259431210381500417?s=19
You can follow @Marchfoward.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: