Isteri sy suka menonton video masak2 di fb & ig.

Tetapi tak pernahlah sy cuba untuk tengok bersama. Bukan apa, sy nampak video berkenaan terlalu sempurna. 😅

Tapi bila viral pasal Puan Sugu Pavithra, melekat pula sy di youtube. Satu demi satu videonya sy tonton.

#bebenang
Terus rasa eh, senangnya, aku pun boleh buat.

Maybe sebab Puan Pavithra memasak dgn seadanya. Maksudnya, apa yg ada gunalah. Edit video pun biasa2 sahaja.

Beliau tak membebel masa cerita step nak masak. Cakap pelan2, lembut & bahasanya mudah. Minimum shj ayat yg digunakan.
Penonton pula mengingatkan antara satu sama lain untuk support Puan Pavithra dengan cara subscribe channel dan jangan skip iklan. At least, beliau boleh dapat income dari Youtube.

Paling best adalah hasil masakan tu kerjasama antara beliau dan suami.
Bila beliau masak, suami rakam video, bila suami potong bawang bagai, beliau pula rakam video.

Bila siap, makan bersama-sama pula. Meriah betul! Dahlah dapur kemain bersih. Kuali 3 tahun yang beliau guna tu dah sama macam shield Captain America aku nengoknya. Bersinar je. Haha
Byk benda yg kita boleh belajar dari beliau & suami.

Kesederhaan adalah salah satu kunci kebahagiaan dlm rumahtahtangga. Utamakan keperluan berbanding kehendak, apatah lagi waktu PKP gini.
Suami yg baik pastinya akan membantu tugas isterinya, walau bantuan itu sekadar meneman isteri di dapur.

Paling penting, setiap dari kita harus akui bahasa kebangsaan itu menyatukan, bukan memisahkan.

Ini link channel beliau : https://www.youtube.com/channel/UC7mNwREuYU-Bc8glCdFwQ_A
You can follow @akhifairuz_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: