Saya ada satu cabaran.

Apa kata, anda jawab soalan gambar yang ditunjukkan ini, dengan memilih semua binatang.

Anda akan perasan anda mempunyai personaliti hampir kesemua binatang tersebut.

Kenapa?

Sebab ujian sebegini ialah pseudopsikologi.

A thread, penjelasan. https://twitter.com/burungpipitlah/status/1258998449812279298
Sebelum itu, ujian sebegini bukan pertama kali wujud.

Banyak "ujian psikologi" di luar sana yang mempunyai konsep yang sama.

Iaitu ditunjukkan beberapa jenis gambar dan suruh kita memilih ikut mana yang paling kena dengan hati.

Mana yang kita pilih, akan menentukan personaliti
Walaupun ia nampak menarik dan saintifik, tetapi sebenarnya ia hanyalah pseudopsikologi.

Iaitu sesuatu yang nampak macam psikologi tetapi sebenarnya palsu saja.

Ibarat hadis palsu la senang cerita

Nampak bermanfaat, banyak pengajaran dan nampak islamik, tetapi sebenarnya palsu
"Kenapa saya nampak gajah dan jawapan dia betul-betul menerangkan personaliti saya?"

"Saya rasa saya harimau, sebab kena la."

Ya di sini ia menjadi semakin menarik.

Ada dua penjelasan.

1. The Barnum Effect.

2. Confirmation Bias.
The Barnum Effect (atau dalam psikologi dipanggil The Forer Effect)

ialah satu terma yang dapat daripada seorang lelaki bernama P. T. Barnum.

Familiar kan?

Ya, watak utama dalam The Greatest Showman itu.
Quote popular beliau ialah,

"A sucker is born every minute."

Merujuk kepada betapa mudahnya manusia tertipu dengan sesuatu yang nampak macam 'kena' dengan diri mereka, apabila diterangkan sesuatu ayat personaliti yang vague.
The Barnum Effect ini paling popular dalam konsep personaliti seperti

- Personaliti tarikh kelahiran

- Zodiak

- Astrologi

- Baca tapak tangan

- Baca tulisan

dan lain-lain lagi yang nampak macam psikologi tetapi sebenarnya bukan.
Contohnya,

Satu trait personaliti yang saya boleh tulis vague tetapi manusia akan rasa itu kena dengan dirinya.

"Awak seorang yang pandai berkawan jika perlu tetapi apabila berseorangan awak tiada masalah kerana awak selesa dengan diri awak."

Ramai orang baca, wah ini aku!
Kita baca, kita rasa tepat dan boleh relate dengan diri kita.

Sedangkan, penyataan itu agak kabur dan berada pada pertengahan.

- tak berlebih ke arah "mudah berkawan dengan orang"

- tak berlebihan ke arah "tak suka berkawan dengan orang"

Maka, majoriti orang rasa itu diri dia
Maka, itu lah antara contoh The Barnum Effect.

Kalau ada perasan, ciri-ciri personaliti yang diberikan bagi setiap jawapan kita pilih itu sebenarnya

- berbentuk pertengahan

- ciri-ciri yang tipikal manusia ada.

Tetapi sebab Barnum Effect, kita rasa macam "Ohh this is so me!"
2. The Confirmation Bias.

Iaitu satu bias kognitif manusia yang melihat sesuatu maklumat dan hanya menerima yang kita persetujui saja.

Apabila jumpa maklumat yang berbeza dengan kepercayaan kita, kita rasa,

"Ohh ini minoriti je."

"Outliers je ni."

"Banyak lagi yang betul."
Contoh penyataan tadi,

"Awak seorang yang pandai berkawan jika perlu tetapi apabila berseorangan awak tiada masalah kerana awak selesa dengan diri awak."

Bagaimana untuk apply Confirmation Bias dalam penyataan ini?
Kita baca, kita boleh relate yang kita mudah berkawan.

"Eh betul la aku macam ini"

Bila berseorangan kita agak bosan, tetapi otak kita dah melekat info yang kata kita mudah berkawan.

"Ala, kadang-kadang aku okay je berseorangan. Betul la personaliti ni cakap."
Dulu saya pernah cuba buat eksperimen ini ketika ada Sembang Psikologi Santai di Gloria Jean's Coffee, Bangi Gateway.

Sesi berjumpa sembang-sembang dengan followers.

Ada lebih kurang 50 orang datang.

Saya cerita topik psikologi personaliti dan terus buat eksperimen santai.
Saya tunjukkan gambar ini kepada mereka yang hadir.

(Saya reka sendiri gambar ini. Cari gambar bunga banyak warna dan buat 5 kotak dengan warna ikut yang ada dalam bunga itu)

Nak tahu apa respons mereka?
Saya suruh semua diam dulu, jangan beritahu orang lain jawapan anda.

Saya kemudian sediakan kepingan kertas kecil mengikut warna masing-masing.

Setiap warna itu ada penjelasan personaliti yang saya reka sendiri secara rawak je.
Di sini ia mula menjadi menarik.

Saya juga print kertas yang sama tetapi hanya tukar warna saja.

Maksudnya setiap ciri penjelasan personaliti itu, ada label warna pink, hijau, oren, biru dan turquoise.

Senang cerita, semuanya palsu bertingkat-tingkat.
Kemudian, selepas setiap peserta dah dapat kertas ikut warna mereka pilih dan dah baca,

Saya tanya, berapa peratus dia rasa personaliti itu kena dengan diri.

Majoriti menjawab 60-70%

Ada yang jawab 100% pun ada!

Terkejut saya sebab saya taip mengarut je tu 😅
Kemudian saya dedahkan perkara sebenar, trick di sebalik ujian personaliti ini.

Ada yang terkejut,
Ada yang terkesima,
Ada yang macam dah agak,

Tetapi akhirnya kami sama-sama berhaha huhu dalam kafe itu.

🤣
Kesimpulannya, sebenarnya trick ujian personaliti ini memang sudah biasa jumpa dalam internet.

Melainkan diletakkan jurnal dan kajian sahih di sebaliknya, ia boleh dikatakan pseudosains, tambahan jika dia claim macam-macam dan nampak macam saintifik betul.
Jangan salah faham, ada ujian personaliti yang memang betul sahih dalam psikologi (seperti The Big Five Personality),

Tetapi untuk uji kita yang mana satu, bukan semudah melihat sesuatu gambar dan apa yang kita nampak sudah gambarkan personaliti kita.
Pendek kata, jangan terlalu excited dan cepat percaya dengan sesuatu sebegini.

Tapi, jangan pula pergi serang tuan punya tweet asal itu dengan cemuhan.

Ceritakan elok-elok, sebab kita semua pun ada jahil dalam sesuatu ilmu.

Dan kita belajar perlahan-lahan untuk dapat kebenaran
Saya sendiri pun pernah percaya ujin personaliti sebegini juga.

Malah, surat berantai pasal mimpi penjaga makam Rasulullah itu pun saya dulu pernah sebarkan ke semua kawan Friendster sebab percaya akibat kalau tak sebar.

Pendek kata, kita semua dalam proses belajar :)
Sebenarnya, penjelasan konsep "ujian personaliti ikut gambar" ini panjang lagi.

Belum lagi sentuh bab "belongingness", iaitu rasa seronok bila kita berada dalam satu kategori.

"Eh siapa lagi gajah? Kita geenngg."

"Kau harimau, lain dengan aku."

"Ada sesiapa lagi anjing?"
Saya ada terangkan panjang dalam Sembang Psikologi Secara Santai, atau SPSS.

Apa itu SPSS?

Platform online untuk belajar ilmu psikologi manusia.

Belum lancar lagi, insya Allah minggi depan. Sekarang tengah bangunkan sistem dia.

Berminat tak untuk join SPSS ini?

😁😁
Sementara itu, saya juga ada tulis buku berkaitan psikologi,

1. Autisme: Unik/Pelik
Memahami cara berhadapan kanak-kanak Autisme

2. How Are You?
Memahami perjuangan diam yang stres, depression dan anxiety

Beli online, siap tandatangan dan quotes.

👇🏻
http://www.aimanpsikologi.com/buku 
Ilmu psikologi ini sebenarnya menarik untuk kita sama-sama belajar.

Sebab itu saya suka sebarkan ilmu berkaitan psikologi manusia, supaya ramai orang dapat sama-sama belajar.

Manusia itu setiap satunya unik, maka jom kita faham mereka dengan santai tapi saintifik.

😁

Sekain.
You can follow @AimanPsikologi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: