Aku tahu dah nak pukul empat pagi. Tapi aku nak buat thread jugak.

Roh orang mati syahid ni sekarang ada kat mana? 7 rt aku start.
Sorry lambat. Before aku bagitau roh orang syahid ni kat mana, aku nak cerita pasal advantages orang yang mati syahid ni.

Depa ni tak rasa sakaratul maut. Tak rasa kesakitan mati. Yang aku maksudkan ni kalau mati time jihad. Mati time beranak pun syahid, tapi syahid akhirat.
Mati lemas dan mati terbakar pun syahid akhirat. Nak cakap sekarang ni pasal syahid fisabilillah. Para rasul, para anbiya, para ulama', ni semua rasa sakit mati. Bukan semua syuhada' kan. Tapi siapa yang mati syahid, dia tak rasa sikit pun sakaratul maut.
Then, roh depa ni terus masuk syurga. Takde nak tangguh tangguh. Okay, roh depa ada kat mana?

Setiap roh dari kalangan syuhada' ni akan ditempatkan dalam perut/rongga/badan burung yang berwarna hijau. Dan burung burung tu dah ada dalam syurga. Ni ada dalam hadis.
Burung tu dilepaskan dalam syurga. Burung tu bebas nak terbang dalam syurga, mengikut kehendak roh tu. Nak ronda ronda dalam syurga. Tapi, depa just terbang. Nak minum air syurga sekarang ni tak boleh. Nak masuk istana semua tu tak boleh lagi. Bidadari tak boleh ngorat lagi.
Kiranya just masuk syurga untuk terbang sebagai roh yang ada dalam burung. Ikutlah nak pergi mana pun, nak lawat kawasan dalam syurga tu, nak jalan jalan dalam tu. Orang yang mati syahid je dapat nikmat ni.
Syurga dan neraka sekarang takde orang dalam tu. Sampai la satu masa, time kat Mahsyar nanti lepas perbicaraan selesai, akan ada dua kelompok yang akan menuju ke dua tempat je. Syurga atau neraka.
Dalam syurga dan neraka hari ni belum ada orang kecuali dalam syurga, dah ada roh para syuhada' yang berterbangan melalui burung burung warna hijau.
Surah Ali Imran ayat 169,

Maksudnya : “ Dan jangan sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh ( gugur syahid ) pada jalan Allah itu mati, ( mereka tidak mati ) bahkan mereka adalah hidup ( secara istimewa ) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki ”.
Tapi, orang yang mati syahid yang mempunyai hutang, rohnya akan tertahan. Rohnya tertahan kat pintu syurga, tertahan kat kubur dia, roh yang tempatnya adalah pintu syurga. Semua dosa orang mati syahid akan diampunkan, kecuali hutang.
Tapi bukan nak kata roh depa akan masuk neraka. Tak. Depa takkan masuk neraka. Cumanya tak masuk syurga terus sekarang. Syuhada' tu akan diambil sikit pahalanya sebagai qada' untuk hutang. Kalau takde hutang, masuk syurga terus. Ni aku dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus.
So dari sekarang, niatlah nak mati syahid. Akan dapat pahala mati syahid. Walaupun tak dapat darjat syuhada'.

Okay? Jelas? Jom sahur. Adios!
You can follow @nsbnh_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: