Memberi Makan Haiwan terbiar adalah satu Amalan yang sangat terpuji ❤️
Daripada Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seorang wanita di azab kerana seekor kucing yang ia kurung hingga mati kelaparan. Maka dia masuk neraka kerananya. Engkau tidak memberinya makan dan tidak pula engkau beri minum ketika engkau mengurungnya....
dan tidak pula engkau membiarkannya agar dia makan binatang-binatang tanah.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Di dunia ini, kita berkongsi kehidupan dengan pelbagai makhluk lain. Satu daripada makhluk terbesar selain manusia adalah binatang.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ketika ada seorang lelaki sedang berjalan di suatu jalan ia merasa sangat haus. Lalu ia menemukan sebuah sumur kemudian dia turun ke dalamnya lalu ia minum dan kemudian keluar.
Tiba-tiba ada seekor anjing yang menjulurkan lidahnya. Akibat kehausan ia terpaksa makan tanah lembap.
Orang itu lalu berkata, “Anjing ini kehausan seperti yang aku alami.” Lalu ia turun ke sumur itu kemudian mengisi sepatunya dengan air dan memegangnya dengan mulut lalu memberi minum anjing itu. Maka, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya.”
Sahabat kemudian bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah terhadap haiwan-haiwan ada pahala bagi kami?” Baginda bersabda, “Pada setiap makhluk hidup mendapat pahala.” (Hadis Riwayat Muslim)
Jelas, amalan menjaga, merawat atau memberi makanan serta minuman kepada binatang terbiar adalah amalan yang sangat terpuji dan mulia di sisi agama.
Hi guys! please trendingkan gambar ni ❤️
You can follow @cuti_makan.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: