Mesti korang nampak banyak insurance/ takaful agent yang tengah post "FREE HIBAH 3 BULAN/ FREE LIFE TAKAFUL/ COVERAGE 100K!"

Ada tak nampak lately?

Tapi tahu tak beza insurance dengan takaful? Hibah ni benda apa pula? Boleh cover hospital private tak?

THIS IS A THREAD

1/15
So what is LIFE INSURANCE?

Life Insurance ni adalah satu polisi di mana pencarum akan membayar secara ansuran untuk sesuatu jumlah perlindungan. Jumlah perlindungan yang akan dibayar kepada ahli keluarga pencarum selepas kematiannya.

2/15
So bila mati je lah baru dapat duit tu?

Tak. Pencarum juga boleh dapat sebahagian atau seluruh jumlah perlindungan jika pencarum menghadapi TPD.

TPD ni apa pula?

TPD (Total Permanent Disability) ialah kecatatan meyeluruh dan kekal.

3/15
TPD ni bila seseorang tu tak lagi mampu untuk melalukan apa apa 3 aktiviti hariannya, macam pakai baju, bergerak dari satu bilik ke satu bilik, tak boleh bercakap, tak boleh makan dengan sendiri, tak boleh mandi dan buang air dengan sendiri

4/15
So kalau hidup tapi cacat baru dapat benefit?

Tak juga. Sebab life policy ni ada function savings and investment juga. Di mana pencarum boleh keluarkan jumlah terkumpul selepas sampai tempoh matang, atau atas sebab yang dibenarkan. Ikut policy, macam2 jenis policy ada.

5/15
Jadi apa beza insurance dengan takaful?

Secara ringkasnya, Takaful ni adalah satu skim sumbangan bersama yang diurus mengikut panduan Islam yang akan digunakan bila ada pencarum yg memerlukan.

Easy to say, Takaful ni Islamik, Insurance ni liberal. Tapi objective sama je.

6/15
Yang orang Hibah, Hibah tu benda apa pula?

Hibah ni merupakan satu instrumen pemberian harta daripada satu individu kepada individu yang lain.

Ada banyak jenis Hibah sebenarnya, tapi dua je yang yang nak highlight kat sini.

1. Hibah Umra
2. Hibah Ruqba

7/15
Hibah Umra ni satu pemberian yang harus dikembalikan jika penerima Hibah meninggal dunia. Hibah Umra ni bersifat sementara

Hibah Ruqba pula satu pemberian yang bersifat kekal dengan syarat pemberi Hibah meninggal dahulu sebelum pemberi

8/15
Jadi apa kena mengena Hibah dengan insurance dan takaful?

Untuk Life Takaful, cara pemberian jumlah wang pampasan atau sum insured bila pencarum meninggal dunia akan diberikan secara Hibah

9/15
Kenapa Hibah? Faraid kan ada?

Macam Faraid, Hibah pun mengikut panduan syariah. Kelebihan Hibah ni, waris tak perlu tuntut dekat amanah raya, naik turun mahkamah, ikut pembahagian bersyarak.

10/15
Hibah akan dibayar secara lump sum oleh insurance company, kepada waris mengikut jumlah peratusan yang telah ditetapkan oleh pencarum sebelum dia meninggal dunia.

Muslim and non-muslim dua dua boleh manfaatkan Takaful dan Hibah ni

11/15
Also, dengan Hibah tak ada lah waris pencarum susah payah nak go through amanah raya, naik turun court, tunggu berbulan tak pun bertahun untuk dapatkan wang dalam keadaan bersedih dan terdesak. Penat mental oi

At least, Hibah ni mampu bagi ruang nafas untuk waris

12/15
"Harimau mati meninggalkan belang, orang mati meninggalkan hutang"

Hutang kena langsaikan. Kita manusia tak lari dari berhutang, hutang kereta, rumah, ptpn, mara, asb, hutang member, macam macam lagi.

Bila mati nanti siapa yang kena bayar?

Waris. Bukan rapper tu lah

13/15
Jadi dengan adanya pampasan wang dari life policy melalui Hibah ni, dapat lah tolong waris untuk langsaikan hutang hutang kita bila kita dah tak ada nanti

Langsai semua hutang, baki tu boleh lah jadi manfaat untuk waris kita teruskan hidup. Macam last gift dari kita lah

14/15
Sekarang ni AIA ada buat tawaran TIGA bulan PERCUMA untuk Life Insurance dan Life Takaful untuk bulan ni. Jumlah maksimum pampasan atau sum assured, 100K.

Kalau ada yang berminat nak tahu lebih lanjut, nak free consultation boleh contact saya, ada soalan pun boleh tanya

15/15
You can follow @rahmat_amran.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: