Bagi yang belum atau tidak pernah masuk Uni, ini contoh tesis:
Sedikit sambungan serta sebahagian daripada isinya.
Oklah, mungkin pelajar tersebut tidak perlu pun menulis sampai berratus muka surat, tetapi setakat 10 ke 20 muka surat sahaja. Kalau begitu, karyanya disebut "makalah".

Ini contoh makalah-makalah yang wujud dalam dunia akademik.
Walaupun tesis dan makalah itu berbeza ketebalan, strukturnya lebih kurang sahaja.

1) Abstrak.
Abstrak ialah rumusan kepada tesis. Ia memuatkan hasil-hasil penting karya tersebut. Ia membantu penyelidik menilai adakah ia sesuai utk kajian masing2 sebelum menelaah lebih lanjut.
2) Kata kunci.
Kata kunci ini tidak ada dalam tesis, tapi untuk makalah sahaja. Ia memberi gambaran kepada penyelidik tentang topik apa yang cuba diulas makalah tersebut. Kata kunci "Pendidikan STEM" pastinya akan mengulas tentang pendidikan STEM dan bukannya pendidikan Sastera.
3) Pengenalan / Pendahuluan
Bahagian ini memberikan sedikit latar belakang kajian. Mungkin akan diulas sedikit sejarah ujikaji dll. Ia juga memberikan gambaran jelas tentang tujuan kajian dan struktur karya tersebut.
4) Kajian Pustaka / Sorotan Literatur
Bahagian ini memberi gambaran apa yang telah dilakukan oleh penyelidik lain dalam topik yang serupa. Boleh juga ia membanding-banding kaedah dan mengulas mengapa kaedah sekian-sekian dipilih. Dengan itu, kita tidaklah mengkaji membuta tuli.
Boleh jadi, sewaktu kita meninjau pustaka, kita dapati penyelidik lain sudah mendapat jawapan kepada persoalan asal kita. Boleh jadi juga ia menimbulkan persoalan baharu.
5) Kaedah / Metodologi
Bab ini menerangkan kaedah yang digunakan dalam karya tersebut. Lebih kurang macam laporan makmal. Setiap kaedah perlu terperinci agar mudah ditentusahkan kelak.
6) Dapatan / Hasil Kajian
Bahagian dapatan ini biasanya disertakan perbincangan sekali. Bandingkan juga dengan dapatan-dapatan dari karya lain.
7) Daftar Pustaka
Bahagian ini adalah senarai bahan-bahan yang dirujuk. Setiap universiti dan jurnal ada format masing-masing, tapi umumnya begini:

Nama (Tahun) Tajuk makalah, Nama jurnal
Adapun format begini, setiap bidang ada perbezaan masing-masing. Macam kalau bidang Fizik teori atau Matematik tulen biasanya tiada kaedah tetapi banyak perbincangan.

Jadinya, lebih elok sekiranya kita rujuk karya-karya sebidang dan lihat bagaimana ia disusun.
Kalau ada rasa memformat tesis itu sesuatu yang leceh, jom guna LaTeX https://twitter.com/Thaza_Kun/status/1256837109706444800?s=19
Bagi pengguna Microsoft Words, ini ada cara untuk membuat penomboran automatik supaya memudahkan pembuangan atau penambahan rajah, jadual, atau persamaan. https://twitter.com/ArcThe3rd/status/1256938623645048833?s=19
You can follow @Thaza_Kun.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: