Pertembungan antara Malaysia, China dan Amerika Syarikat di Laut China Selatan bukan perkara baru malah ia boleh dicerap sejarahnya sejauh era 80an lagi ketika UNCLOS mula diperakui dan diisytihar oleh negara pesisir.

Ini adalah bebenang tentang perbatasan paling hadapan kita :
Circa 1979, satu ketetapan antarabangsa mengenai konvensyen undang-undang kelautan telah diwujudkan dan antara perkara disebut dalam UNCLOS ini adalah hak negara pesisir mengisytihar perairan zon ekonomi eksklusif sehingga jarak 200 batu nautika dari pesisiran pantai.
Zon ekonomi eksklusif (ZEE) ini membolehkan negara pesisir mengeksploitasi sumber asli - samada sumber tenaga, hasil perikanan mahupun mineral yg ada didasar laut. Malaysia juga adalah antara negara yg memperakui ZEE nya dan mengeksploitasi scr ekstensif sumber.
Majoriti medan minyak dan gas milik Malaysia luar pantai Terengganu, Sarawak dan Sabah berada dalam ZEE Malaysia. Seluruh Laut China Selatan mempunyai simpanan minyak terbukti berjumlah 28 billion tong dan simpanan gas berjumlah 266 trillion kaki padu. Ini antara punca rebutan.
Selain sumber asli, Laut China Selatan juga adalah laluan trafik perkapalan yg penting utk Malaysia dan negara serantau. Laluan ini yg bersambung dengan Selat Melaka adalah lalaun pintu keluar masuk komoditi import eksport dan sumber tenaga.
Berikutan pengisytiharan ZEE pada 1979 dan pewartaan carta Peta Baru Malaysia pd tahun sama, kabinet mengarahkan kajian dibuat utk meletakkan tugu pada terumbu yg berada dlm ZEE kita sbg mengukuhkan tuntutan Malaysia di Kepulauan Spratly.
Malaysia menerusi OPS TUGU, adalah negara terawal yg menduduki secara tetap di Laut China Selatan dengan menambak beberapa terumbu yg kemudian berevolusi menjadi stesen hadapan luar pantai yg dikendalikan oleh TLDM. Usaha ini dibuat pada tahun 1980an.
Menanda dan meletakkan tugu pada terumbu2 ini penting kerana pada masa sama Vietnam juga berbuat perkara sama dengan meletakkan tentera dan membina pos kawalan diatas terumbu didalam ZEE mereka sendiri. Ada terumbu yang telah kita letakkan tugu dimusnahkan oleh pihak Vietnam
Terumbu Semarang Barat Besar, Terumbu Semarang Barat Kecil dan Terumbu Laksamana adalah terumbu terawal yg kita tanda sbg milik negara tetapi dirampas oleh Vietnam dan Filipina sekitar 1980an. Kini ia diduduki oleh mereka. Kita ambil langkah lebih agresif selepas itu.
Pendudukan terumbu-terumbu ini melibatkan usaha pasukan khas dan kor jurutera serta aset udara dan laut memasang tugu tanda. Terumbu pertama yg diduduki adalah terumbu Layang-layang (Stesen Lima) yg merupakan terumbu terbesar. Ia diikuti terumbu lain sekitarnya.
Terumbu lain seperti Layang-layang, Peninjau, Siput, Ubi, Mantanani ini kebanyakanya hanyalah beting pasir dan kadang kala sewaktu air pasang, ia ditenggelami air sepenuhnya. Nampak tak penting tetapi tanah sekangkang kera ini menjadi rebutan negara serantau.
Tindakan agresif kita adalah dengan membina penempatan keatas terumbu yg kita tanda. Inilah precursor kepada stesen-stesen luar pantai yg kini dikenali sebagai Gugusan Semarang Peninjau. Stesen pertama pulau Layang-layang dibangunkan dengan menambak pasir dan landasan terbang.
Terumbu Layang-layang (STN LIMA) ini mulai diduduki sejak 1983. 18 orang komando TLDM dihantar kesana utk pendudukan awal sehingga tambakan dan bangunab dibina pd 1986. Terumbu Ubi dan Mantanani (STN UNIFORM dan STN MIKE) diduduki pd 1986. Siput dan Papa pd 1999.
Peningkatan dan naiktaraf keatas terumbu ini dibuat sekitar tahun 90an menerusi Ops Seri Petaling yg mana modul bangunan dan tambakan dibuat keatas terumbu Siput,Ubi,Peninjau dan Mantanani. TLDM menempatkan anggota mereka sepanjang masa di stesen luar pantai ini.
Penempatan dan penambakan dibuat keatas terumbu ini dgn menggunakan tongkang. Modul dibina diatasnya lengkap dgn dewan makan dan tempat tinggal untuk anggota yg ditempatkan disana. Stesen2 ini terletak di zon pertindihan wilayah laut dan adalah perbatasan hadapan negara kita.
Pengisytiharan ZEE oleh negara pesisir di Laut China Selatan, ia telah menyebabkan pertindihan tuntutan meliputi 5 negara - Malaysia,Vietnam,Filipina,Brunei dan China (termasuk Taiwan). Pertindihan ini turut menjana profilerasi tentera dan pengawal pantai. Indonesia juga kena
China berbanding negara lain meletakkan tuntutan keatas seluruh Laut China Selatan berdasarkan bukti sejarah lampau dan langsung mengingkari ketetapan UNCLOS yg mana utk Malaysia, China turut merangkumi seluruh ZZE kita sbg wilayahnya.
Ini adalah antara sebab mengapa angkatan laut China (PLAN) dan pengawal pantai mereka (CCG) sebilang masa menceroboh perairan kita. Tuntutan juga berdasarkan sejarah dinasti purba ini turut melibatkan seluruh ZEE Vietnam dan Filipina.
Garisan yang dipanggil Nine Dash Line ini adalah kawasan yg diisytihar China sebagai wilayah kelautannya dan ia memberi impak negatif kepada negara serantau. Logika 9 Dash Line ini pada Beijing berdasarkan tuntutan yg asalnya dibuat olen Koumintang sewaktu era perang dunia.
Pada waktu itu, Jepun sebagai pentadbir China merangkumkan kesemua kawasan perairan Laut China Selatan dibawah kawalannya dan kemudian melepaskan kawalan setelah tamat perang. Rangkuman ini diteruskan oleh Koumintang sebelum diganti oleh Komunis yg memperbaharui garisan tuntutan.
Garis asal 11 Dash Line ini menjadi 9 Dash Line atas nasihat Zhou Enlai dan ini adalah asas kepada tuntutan seluruh Laut China Selatan oleh China (dan Taiwan). Pihak tentera dan politiko Beijing mempersetujui 9 garisan ini dan memperkukuh lagi tuntutan dgn dokumen era dinasti.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila China menggerakkan usaha penambakan skala industri keatas terumbu yang dikuasainya pada tahun 2013. Fiery Cross Reef, Subi Reef dan beberapa lagi terumbu ditambak secara besar-besaran dan dalam masa kurang 5 tahun China menjadi kuasa kelautan.
Penambakan terumbu kepada pulau buatan ini bertujuan utk memperkukuh tuntutan 9 Dash Line dan pd masa sama meningkatkan kehadiran kekuatan ketenteraan tanpa perlu melancarkan konflik dgn negara serantau. Pulau2 buatan ini menjadi pangkalan tentera laut dan angkatan udara.
Fiery Cross Reef, antara pulau buatan terbesar dikatakan menempatkan pesawat pengebom jarak jauh dan pesawat rondaan maritim selain skuadron pesawat pejuang. Bateri sistem peluru berpandu anti pesawat dan anti kapal turut ditempatkan. Radar jarak jauh juga dikesan.
Beza dengan kita, China menambak habis seluruh terumbu dan memusnahkan ekosistem batu karang dan ikan di kawasan Spratly. Terbukti bilamana, penambakan skala industri + aktiviti nelayan tidak terkawal, populasi ikan di Laut China Selatan adalah antara yg paling menghampiri pupus.
Overfishing adalah antara masalah besar kita di Laut China Selatan. Populasi ikan di kawasan perairan China dan Vietnam merosot teruk dan nelayan perlu pergi lebih jauh utk dptkan ikan. Ini punca kenapa nelayan asing masuk dalam perairan kita sbb populasi ikan kita masih byk.
Penambakan terumbu oleh China merupakan sebab musabbab utama kemerosotan jumlah ikan. Terumbu yg asalnya tempat ikan bertelur dimusnahkan. Sumber makanan dari batu karang juga musnah. Cuarteron, Mischief dan Fiery Cross antara terumbu besar yg ditambak habis.
Perebutan sumber minyak dan gas serta kawasan perikanan ini adalah antara punca utama militarisasi keatas Laut China Selatan. China memperkukuh kedudukan dengan menambah jumlah kapal peronda, mempertingkat pengeluaran kapal perang, jumlah nelayan yg dijadikan militia juga naik.
Vietnam buat langkah balas dgn menambah jumlah kapal peronda pengawal pantai dan memperkasa angkatan lautnya. Nelayan juga dikerah sebagai pasukan militia dan konvoi nelayan akan dilindungi kapal peronda. Antara sebab ini kita lihat pd satu masa jumlah nelayan asing sgt tinggi
Jadi bila konvoi nelayan ini saling bertembung, mereka akan bergeser dan bertindak agresif. China dan Vietnam tidak lekang dgn insiden maritim di Laut China Selatan. Sejarah Vietnam yg pernah dibantai China sewaktu pendudukan Paracel menjadikan Vietnam lebih agresif dgn China
Nelayan tempatan kita juga kebanyakan masa diganggu oleh nelayan dan kapal peronda asing. Di Terengganu, nelayan Vietnam. Di Sarawak nelayan China dan CCG. Keadaan bertambah buruk dengan sejumlah kapal peronda APMM kita mempunyai purata usia 25 tahun. Kekangan aset kita sgt real
Ini amat berbeza sekali dengan China yg mana CCG mengoperasikan kapal peronda yg lebih besar, lebih baru dan keupayaannya utk berada dilaut lebih lama. CCG mempunyai kapal peronda bersaiz 12 000 tan, lebih besar dari kapal-kapal TLDM. CCG 3901 ini mulai dilihat sejak 2017.
"Profileration of white hull vessels" di Laut China Selatan inilah yg menjadi mata tombak Beijing utk mengukuhkan tuntutan mereka. Datang dengan kapal besar, membawa beratus bot nelayan dan menduduki terumbu yg kini menjadi pulau. Kapal lambung putih ini dikira sebagai kapal awam
Purata saiz kapal peronda CCG adalah melebihi 1000 tan. Kapal2 ini menunjukkan kehadiran mereka di Beting Luconia yg berada ditengah2 ZEE kita. Beting Luconia (Hempasan Bantin) ini kaya dengan sumber gas. Selatan dari hempasan ini adalah kompleks penghasilan gas Central Luconia
Kapal2 ini yg lambungnya berwarna putih dianggap sebagai kapal awam jadi secara automatik ia dilindungi oleh undang2 maritim antarabangsa. Ini berbeza dengan kapal perang. China menggunakan kelebihan ini utk memperbesar dan menambah jumlah kapal peronda pengawal pantai.
Jadi sebarang bentuk ancaman dan tindakan bersenjata keatas kapal awam ini adalah bertentangan dengan undang2 maritim, lebih2 lagi negara yg terlibat dgn pertindihan seperti Malaysia kerap menghantar kapal perang sbg langkah tindak balas pencerobohan.
Kelompongan yg digunakan China ini memang selari dengan UNCLOS dan mereka bermain dgn ketetapan tersebut dan pd masa sama membantu memperluaskan pengaruhnya di Laut China Selatan. Tak hairan bilamana China meletakkan CCG mereka di dalam perairan kita 365 hari tanpa gagal
Selain kapal peronda, militia laut dan nelayan juga menjadi alat pengkuhan tuntutan China. Mereka memberi alasan pencerobohan dibuat kerana nelayan ini menangkap ikan di kawasan perikanan tradisi dan ia dikira sah. Hakikatnya berbeza. Nelayan China ini mengaut hasil tanpa kawalan
Ini berlaku kepada kita dan Filipina, dua negara yg nelayan tempatannya diancam dan kadangkala dihalau oleh CCG dan nelayan yg mrk lindung. Terdapat insiden dimana nelayan China digunakan utk mengepung terumbu yg diduduki tentera Filipina dgn bantuan CCG.
Dari satu sudut, kehadiran China kita anggap sebagai pencerobohan. Tetapi dalam perspektif lain, China sebenarnya tidak melakukan aktiviti haram kerana mereka hanya beroperasi dalam ZEE yg dikira sebagai International Waters. Sesekali mereka flipflop pula kata ia wilayah mrk.
ZEE walaupun diisytihar sebagai eksklusif milik sesebuah negara, ia tidak menafikan istilah International Waters. Maka segala pergerakan kapal dagang dan aktiviti pelayaran oleh kapal perang adalah dibenarkan. China guna istilah ini utk halalkan kapal mereka didalam ZEE kita.
Kebebasan perlayaran dan pergerakan kapal dagang dalam ZEE yg terangkum dlm International Waters ini adalah disebut sebagai FREEDOM OF NAVIGATION. Istilah ini bermaksud mana2 kapal bebas berlayar dilaut lepas dan ia selagi tidak memasuki territorial waters sesebuah negara.
Jadi Amerika Syarikat juga menggunakan istilah International Waters ini dalam Freedom Of Navigation Ops (FONOPS) mereka dgn berlayar menghampiri takat 12nm dari pulau yg China tambak. Ini menyebabkan China marah pula sbb kata mereka Amerika menceroboh perairan mrk. Baru kau taw!
Jadi ia membawa kita kepada keadaan hari ini.
China selama ini hanya menghantar kapal peronda dan setiap tahun menjelang Chap Goh Meh armada nelayan mereka akan masuk ke ZEE kita utk "tradisi menangkap ikan". Tapi West Capella mengubah situasi kebiasaan https://twitter.com/AsiaMTI/status/1255240497246978057?s=19
West Capella adalah kapal penggerudi telaga minyak milik SeaDrill. Ia disewa oleh Petronas sejak Oktober tahun lepas utk kerja carigali di medan Arapaima didalam Blok N. Gangguan keatas West Capella melibatkan kapal peronda dan pesawat terbang rendah.
Blok N ini menjadi perhatian China dan Vietnam kerana ia terletak diatas Continental Shelf Extension yg diisytihar Malaysia tahun lepas. Blok berada di kaw pd kedalaman 1300m ia merupakan deepwater field, terletak dlm kaw yg ditetapkan dlm Peta Baru Malaysia 1979
China pula tak setuju dengan pengisytiharan tersebut dan membantah dgn alasan ia adalah kawasan dalam wilayah laut miliknya walhal jelas kawasan tersebut berada dalam ZEE Malaysia. Jadi China terus menerus menghantar CCG dan memantau West Capella sehingga hari ini.
Gangguan operasi carigali juga bukan insiden baru. Tahun lepas, CCG menganggu operasi Sapura Esperanza dan kapal-kapal OSV berhampirannya dgn melakukan manuver berbahaya. CCG berundur hanya apabila TLDM datang dan mengawasi.
Gangguan sama dibuat oleh China keatas Vietnam dgn alasan pencerobohan keatas wilayah laut milik Beijing. CCG sekali lagi menjadi pemain utama dan mereka menjadi tahun lepas aktiviti utama kapal peronda CCG 35111

https://amti.csis.org/china-risks-flare-up-over-malaysian-vietnamese-gas-resources/
Pergerakan kapal OSV dan West Capella dipantau rapat oleh CCG menjelang Januari dan Februari. Vietnam juga memantau aktiviti kita.

https://amti.csis.org/malaysia-picks-a-three-way-fight-in-the-south-china-sea/
Kemuncak semua ni adalah bila ka
HaiyangDizhi8 datang dengan 6 kapal CCG. Jumlah CCG di dalam ZEE kita meningkat ke 8 buah.

Amerika juga hantar kapal perang mereka - 1 LHA, 1 DDG dan 1 CG bersama 1 FFG Australia.

Semua menuju ke West Capella.

TLDM dan APMM pun join juga
Sblm den sambung ini maksud istilah kat atas tu :
LHA (Amphibious Assault ship,Helicopter)

DDG (Guided Missile Destroyer)

CG (Guided Missile Cruiser)

FFG (Guided Missile Frigate)

Ni istilah jenis2 kapal perang.
Sambung semula. Jadi bertembunglah dua kuasa besar dengan Malaysia ditengah2. Tujuan HaiyangDizhi8, sebuah kapal survey datang ke lokasi West Capella adlh utk cerap dasar laut utk sahkan samada tuntutan pelantar benua kita benar atau tak. Corak pergerakan jelas conducting survey.
Kapal yg sama terlibat dengan survey activity di Vietnam selama 4 bulan, mencerap kawasan perairan barangkali utk tujuan komersial dan pengumpulan maklumat rupabentuk dasar laut utk tujuan ketenteraan.
Jadi semua ini bertujuan
1 : US dan China masing2 mahu menunjukkan pengaruhnya di rantau Laut China Selatan.
2 : China mahu mengekalkan hegemoninya di Laut China Selatan sebagai penguasa laluan perkapalan dan perdagangan.
3 : Dalam keadaan wabak - China dan AS masih mampu flex
4. China juga mahu mengesahkan tuntutannya keatas seluruh Laut China Selatan termasuk didalam wilayah laut kita melalui gangguan aktiviti komersial.

China menggunakan cara halus dalam hal Laut China Selatan.
Walaupun diawal aktiviti mereka sekitar 2012 banyak melibatkan angkatan laut - sebagaimana China menghantar flotila mereka ke Beting Serupai dulu, kini mrk lebih utamakan angkatan separa militia dan agensi awam seperti CCG. Menggunakan agensi spt ini menyukarkan tindakan TLDM.
China juga bijak. Jika mereka menghantar tentera laut, imej globalnya akan dilihat sebagai pembuli. Lalu mereka hantar kapal awam yg mana terlindung haknya melalui undang2 antarabangsa. Bila Amerika datang mereka akan memperlihat seperti sdg dibuli utk dptkan simpati global.
Jadi cerita Laut China Selatan ni panjang. Macam mana thread ni pjg masih belum cover semuanya.

Utk korang cakna den suggest korang follow twitter @AsiaMTI utk maklumat terkini. Korang juga boleh ikut @SCS_news dan @INDOPACOM utk update.
Kesimpulannya, samada minyak, gas, hak perikanan atau memperluas kekuasaan keatas terumbu dan pulau - China sebenarnya sedang bertindak atas dasar survival. Utk mengelakkan ekonomi dan dagangnya di sekat,China harus kuasai Laut China Selatan seluruhnya. Semuanya geopolitik.
Menguasai laluan laut paling sibuk ini memberikan edge kepada China dari segi keselamatan ekonomi dan pertahanan. Tapi ia menyebabkan kita dan negara tetangga ditekan dek China sebagai hegemon. Campurtangan kuasa luar memburukkan lagi keadaan.
Nak lagi?
Korang boleh baca simplified version oleh @AymanRashdanW kat sini pasal Laut China Selatan :

https://twitter.com/AymanRashdanW/status/1255435503878508544?s=19

Godspeed Rebels!
Korang boleh juga jenguk kat sini: https://twitter.com/AsiaMTI/status/1255799051867484160?s=19
You can follow @FarisJamalFJ.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: