Sebelum ada orang buat cerita mitos pasal deep & dark web, aku rasa lebih baik aku tulis dulu perkara yang sebenar.

Banyak sangat mitos pasal deep & dark web ni yang digemari oleh para sarjana conspiracy theorists. Daripada UFO, kepada lokasi Atlantis. Hahaha 😆

Bebenang.
Surface, deep & dark web adalah tiga klasifikasi kandungan yang terdapat di dalam Internet.

Bila bercakap pasal deep & dark web, ramai orang akan gambarkan tempat ni sebagai tempat yang menakutkan, tempat para hackers bersemayam, tempat tengok live streaming torture dan murder.
Tak kurang juga ramai yang beria cerita pasal deep & dark web, tapi kebanyakannya banyak dipengaruhi oleh filem-filem, mitos-mitos dan misteri-misteri yang diorang pernah baca. Lepastu buat thread.

Tetapi pada masa sama, diorang sendiri pun konfius apa beza deep & dark web 😅
Tujuan aku tulis bebenang ni untuk bagi pendedahan umum tentang topik ni secara ilmiah, sekaligus nak debunk mitos-mitos yang selalu korang dengar pasal deep & dark web.

Lepas habis baca bebenang ni, korang akan terdetik "lah ini je ke deep & dark web?" haha.
Secara umumnya, korang mungkin dah tahu apa itu surface web. Namun terminologi "deep" dan "dark" web ni selalu sangat orang keliru.

Tapi sebenarnya, ia adalah dua benda yang amat berbeza. Deep web ≠ dark web.

Aku akan explain dalam tweet yang seterusnya.
Dan kalau korang pernah jumpa gambar ni, ketahuilah korang bahawa ianya fake hahaha. Hanya sarjana konspirasi sahaja yang meminati myth ini.

There's no such thing as Bergie, Charter mahupun Mariana's Web. Punca wujud terms melebih-lebih ni sebab gambar iceberg la ni hahah.
Kalau korang Google gambar deep & dark web pun, korang akan dapati rata-ratanya akan guna gambar iceberg untuk describe "level-level" Internet.

Akhirnya semakin dalam korang menyelami gambar iceberg tu, semakin jauh tenggelamlah korang sampai ke Mariana's trench hahaha aduh.
Jadi, dalam bebenang ni aku taknak guna analogi iceberg. Takut orang tenggelam dalam sangat. Aku terfikir satu analogi lain iaitu bulan.

Tahukah anda, bulan hanya menghadap bumi pada permukaan yang sama. We never see the other side of the moon from Earth. https://qr.ae/pNrl1h 
Korang mungkin tak pernah jumpa analogi ni kat tempat lain. Tapi kenapa bulan? Sebab bulan tu sfera, kalau guna iceberg nampak macam "level" Internet.

Surface, deep dan dark web hanya klasifikasi, bukannya level kedalaman Internet. Ketiga-tiganya adalah benda yang berbeza.
Untuk lebih jelas tentang analogi ni, nah aku sertakan model 3D siap dengan label sekali untuk korang.

1. Surface web = permukaan bulan yang menghadap bumi
2. Deep web = mantel & teras bulan
3. Dark web = permukaan di sebalik bulan
1. Surface web

Permukaan bulan yang menghadap bumi setiap hari itu samalah seperti surface web yang kita tengok hari-hari. Tak perlu alat khas pun kita boleh tengok secara terus.

Surface web adalah apa-apa web yang korang boleh cari melalui melalui search engine seperti Google.
Beza surface web ni dengan yang lagi dua adalah surface web ni di-indeks oleh search engine.

Korang memang boleh akses surface web secara terus tanpa halangan menggunakan browser biasa seperti Google Chrome.

Contohnya bukak Facebook, Twitter, Instagram, Google dan lelain.
2. Deep web

Mantel dan teras bulan tu sama seperti deep web. Deep web ni sebenarnya sangat luas. Konsepnya adalah maklumat sulit yg orang awam tak boleh akses, dan ia tak di-indeks oleh search engine.

Dikatakan deep web ni adalah portion yang terbesar antara ketiga-tiganya.
Contohnya, bila korang bukak Facebook. Maklumat yang korang nampak kat Facebook tu adalah hanya maklumat yang available untuk korang – only a tiny portion of all FB's data.

Pernah ke korang bukak database Facebook dan tengok semua data diorang? Tak pernah kan? Itulah deep web.
Contoh kedua, korang nak cari nombor telefon crush korang nama Siti Sujud. Korang pun search kat Google, "nombor Celcom Siti Sujud", tak jumpa kan?

Sebab maklumat tu sulit. Diulangi, maklumat sulit tidak di-indeks oleh search engine, so korang tak boleh cari. Itulah deep web.
Contoh ketiga, korang kerja kat satu company ni. Company ni ada satu portal intranet. Portal intranet ni hanya pekerja je boleh akses, orang luar tak boleh.

Seperti admin Instagram, hanya pekerja Instagram saja boleh akses. Korang pernah bukak? Tak pernah kan? Itulah deep web.
Contoh keempat, sebagai software developer, aku banyak buat web dan app yang ada database.

Orang tak boleh akses pun database tu, buat carian lagi la tak boleh. In fact, databases memang non-indexed pun, not even written in HTML anyway. So it remains invisible. Itulah deep web.
Jadi, apa yang misterinya tentang deep web ni? Takde benda misteri pun. Hanya maklumat sulit yang tak boleh diakses oleh orang awam je.

Deep web bukan tempat yang enforce anonymity. Jadi, penjualan dadah, upah hitman, espionage dan sebagainya tak berlaku di sini.
3. Dark web

Yang terakhir, permukaan belakang bulan pula, memang tak boleh dilihat dengan mata. Kalau nak tengok juga kita kena guna alat khas; mungkin dengan hantar satelit untuk tangkap gambar belakang bulan.

Samalah macam dark web, kena guna Tor network untuk akses.
Dark web ni sebenarnya sangat-sangat kecil (rujuk pie chart deep web di atas). Dalam satu billion lebih website di seluruh dunia, hanya beberapa puluh ribu je yang ada dalam dark web.

Tak macam yang korang faham sebelum ni kan? Korang ingat ia mendominasi Internet, tapi tak pun.
Dark web adalah website yang berselindung di sebalik anonimity. Tak boleh akses tanpa connect kepada Tor network.

Korang tengah main Internet ni takdenye tetiba stumble upon dark web. Kau pakai phone Google Pixel + VPN pun tak boleh akses beb hahaha apa ke mengarut đŸ€Ł
Nak bukak dark web ni sebenarnya senang je, kena install Tor browser la. Boleh download free je kat website http://torproject.org .

Ni contoh aku buka dark web (gambar kiri) tapi aku takde buka la illicit web. Kalau perasan, tengok domain DuckDuckGo tu https://3g2upl4pq6kufc4.onion 
Domain .onion ni hanya boleh akses bila kita connected kepada Tor network je. Nak connect ke Tor network kena guna Tor browser.

Kau bukak website tu pakai Chrome, Firefox, Safari dan seangkatan dengannya memang tak dapat la.

Ni aku ada bukak web download muzik jugak huhu.
Untuk lebih anonymous, sepatutnya kena guna Tails OS. Tails ni apa? Ha dah kena cakap pasal OS pula. Kalau belajar OS, mesti pernah dengar Linux.

Linux ni banyak distributions, yg paling top adalah Ubuntu. Tails ni based dari Debian; Debian adalah salah satu Linux distribution.
Tails OS ni aims untuk privacy & anonymity. Korang boleh run Tails ni directly daripada USB device. Tails lebih selamat dari Tor browser.

Dia force semua Internet traffic melalui Tor network. Amnesic Incognito tu maksudnya dia tak simpan apa-apa trace http://tails.boum.org 
Dari tadi duk cakap pasal Tor, tapi Tor ni apa sebenarnya? Tor ni adalah singkatan "The onion routing". Haa route bawang pulak dah. Apa benda tu?

Macamni, untuk akses dark web (.onion) tadi, kita wajib melalui Tor network. Tor adalah proxy network untuk jadikan kita anonymous.
The moment kita buka Tor browser, dia dah calculate dah route yang kita akan lalui.

Untuk capai tahap anonymity yang maksimum, dia akan bawa kita ke tiga node seperti rajah di bawah untuk sampai ke destinasi.

Contoh: Komputer kau → Tor → Egypt → German → Belanda → Dark Web
So bila kita cari IP kita dalam browser Tor, kita hanya dapat lokasi kita yang terakhir (exit node). Tapi sebelum sampai exit node, kita dah masuk dua buah negara lain dulu.

Ada beribu-ribu nodes di seluruh dunia ni, dan dengan Tor, kita boleh tukar identiti kita camtu je.
Dinamakan "laluan bawang" bukan sebab makcik bawang suka pergi gosip kat merata tempat.

Tapi sebab dia nak represent rajah di bawah ni. Dia lalui lapisan demi lapisan untuk sampai ke destinasi yang dituju. Bawang tu hanya analogi, sebab bawang kan berlapis-lapis!
Disebabkan anonymity ni, maka belambaklah benda-benda illegal yang berlaku di sini sebab susah nak trace.

Antaranya ialah jualbeli dadah (Silk Road), child pornography, beli passport palsu, beli duit palsu, beli iPhone curi (murah), beli kad kredit curi, etc.
Currency di dalam dark web ni menggunakan Bitcoin (BTC) sebab dengan Bitcoin, kita boleh bayar orang sambil kekal anonymous. Kau gila ke nak bank in kat orang, kantoi la hahah.

Silk Road punya market sebenarnya dah tutup sejak owner dia kena tangkap pada tahun 2013.
Sejak penutupan Silk Road ni, masa tu la terms deep & dark web ni mula pemes dengan illegal activities. Banyak Silk Road baru muncul, tapi kebanyakannya scam.

Banyak media cover berita pasal ni, tapi diorang ni campur aduk je deep & dark web padahal itu dua benda yang berbeza.
Spekulasi demi spekulasi menjadikan dark web ni cukup misteri padahal benda sama ja macam website yang kita duk tengok setiap hari ni.

Orang pun seronok duk cerita betapa misterinya dark web ni sampai ada video streaming untuk tengok orang kena torture (red room).
Bila dah bercakap pasal red room ni, jom kita debunk mitos-mitos yang orang duk sebut-sebut tentang dark web ni.
#1 Red Room wujud ke?

Tak wujud. Kepada yang taktahu, Red Room ni dikatakan tempat di mana penonton bayar ribuan ringgit untuk tengok live streaming orang kena seksa/bunuh. Benda ni urban legend je – dipopulate oleh filem Holiwud.
Kalau jumpa pun, web tu dah tentu scam. Padan muka kena scam dengan red room. Tu la siapa suruh tak mengaji, kan dah tumpul akal. Apa masalah kau nak tengok orang kena bunuh? Psychopath betul.
#2 Betul ke dark web banyak tempat scary?

Benda scary dan pelik ni, kat surface web pun bersepah-sepah. So nak kata apa lagi, sama je. Video-video yang dikatakan dari dark web tu semua korang boleh tonton kat YouTube, apa beza? 😅
Rupa dark web ni sebijik macam website biasa design pakai Bootstrap. Cuma yang membezakannya dengan website biasa, dia bersembunyi di sebalik Tor je faham tak.
#3 Dark web tak selamat, banyak cybercrime?

Kebanyakan cybercrime berlaku kat surface web la, tempat ramai orang. Susah la cari rezeki haram ni kat dark web sebab bukannya ramai orang pun pergi sana!

Rupa dark web ni macam website biasa kita tengok je la.
Tor network ni sebenarnya at some point lebih selamat daripada network biasa yang kita pakai setiap hari. Privacy pun lebih terjamin.

Tapi takde la 100% selamat, cuba tengok balik rajah the onion routing yang aku post kat atas. Connection kau secure kat dalam relay nodes tu je.
#4 Masuk je dark web esok polis mai cari.

Sigh. Dari dulu lagi duk dengar orang cakap camni, lali dah dengar. Semalam aku bukak dark web, harini polis tak muncul pun depan rumah. Masuk dark web bukannya illegal pun kat Malaysia ni.
Polis datang rumah kau sebab kau buat jenayah pastu kantoi. Kalau tak buat pape nak datang buat apa, minum teh?

Tor ni useful lelagi kat negara yang bebetul control rakyat. Sebar "the truth" pun tak boleh, takut kena tangkap. Soo memang kena jadi anonymous la jawabnya.
#5 Dark web ni untuk jenayah je

Ya memang dark web ada aktiviti jenayah, tapi tak semua. Ada use-case di mana anonymity diperlukan. Facebook, DuckDuckGo (dan banyak lagi) pun ada website kat dark web jugak.
#6 Dark web is a subset of deep web

Aku tahu sesetengah dari korang mungkin terbaca artikel yang cakap dark web ni subset kepada deep web. Kurang tepat sebenarnya.

Dark web dan deep web adalah dua benda yang berbeza seperti yang diterangkan di atas.
#7 Orang-orang tertentu je boleh masuk dark web ni

Semua orang boleh masuk, janji kau guna Tor browser atau Tails OS. Yang penting kena masuk ke Tor network dulu la baru boleh akses. Pakai VPN saja mana boleh beb, tak capai maqam dark web la cemni haha.
#8 Internet ni ada level, lepas Mariana ada lagi level dalam đŸ˜·

Tak tak, Internet ada tiga kategori tu je.

Poster di atas tadi ada sambungan yang lebih merepek, kalau baca balik, sebijik macam pseudoscience. Sasterawan konspirasi suka la baca sebab nampak awesome haha.
Kalau fikir secara logik, siapa pulak dah yang rajin nak buat cloud architecture untuk "level dalam-dalam" macamtu? Internet ni kena ada server, so kat mana data centre dia? Pakai AmazonAWS ke Google Cloud hahaha. 😂
Nak buat data centre sendiri pun duit kena ada millions – cost data centre ni bukan murah boss. Siapa je yang nak bazir millions of data for nothing? No customers, no revenue, no nothing. Cuma ada secebis poster iceberg yang panjang je.

Tak logik kan?
Aku rasa sampai situ je sharing aku kali ni. Semoga korang berhati-hati untuk percaya sesuatu benda tu dan sentiasa selamat dunia akhirat.

Akhir sekali, mohon jangan buat jenayah di mana pun anda berada.
Peroleh sesuatu dari bebenang ni? Share dengan rakan korang! đŸ€©

---

Follow for more interesting topics in the future. Read my previous CSIT threads down below: https://twitter.com/omarqe/status/1155346037013221377
Aku lupa nak sebut. Banyak marketplace kat dark web adalah scam. Orang percaya sebab benda hype ja.

Kalau aku, aku tak percaya orang kat situ. I would rather spend my money buying a lot of ice creams at Petronas Mesra instead. đŸ€€
You can follow @omarqe.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: