Dulu aku selalu fikir, kenapa ada orang yang kena depression? Apa yang nak distresskan sangat? Kenapa ada orang kena panik? Bukan ada apa pun. Sampailah aku kena, alami sendiri baru tahu perasaan mereka. https://twitter.com/MSazriman/status/1254236338619965440
First aku kena panic attack 1 month after accident. Tengah lepak santai tiba tiba ada satu benda macam naik atas kepala terus ke dada, masa tu boleh rilek lagi, 2 minit lepas tu tiba tiba rasa jantung berdebar, hati tak tenteram, macam macam perasaan bercampur baur.
Aku ingatkan side effect accident, terus jadi kelam kabut, fikiran tak tentu arah, kebas tangan, muka, kaki, jantung makin laju. Gagahkan diri jugak bangun, pergi dekat abang aku suruh bawak pergi hospital
Masa tu, benda yang aku fikir mungkin ni adalah malam terakhir aku, terus jadi makin takut. Tengah bersiap nak pergi hospital, perlahan lahan aku dapat kawal. Selang 5-10 minit, kena lagi sekali. Masa tu aku dah sikit sedar mungkin ni panik attack, untuk sedapkan hati.
Alhamdullilah bangun keesokan hari tiada apa yang berlaku. Selang sebulan lepas kena attack, aku pergi Hospital Shah Alam untuk follow up injury accident. First thing aku tanya kat doktor adalah kejadian yang dialami dulu. Doktor cakap mungkin awak stress and so on.
Tapi aku tak percaya, aku mana ada stress, mana ada murung, elok je, happy je selalu. Jadi awal awal awal aku tak terima kenyataan doktor cakap stress.
awal bulan 1 aku hidup macam biasa, okay, happy, main game, tak terfikir pun pasal benda yang berlaku dulu. Pertengahan bulan 1, tiba aku rasa sakit dekat rusuk kiri, start dari situ macam macam perasaan datang. Benda utama sekali adalah fikir pasal mati. Ya takut sangat.
Mcm mcm simptom datang, kebas tangan, kaki, muka, lidah. Kepala pening dan badan panas. Bila aku sentuh kepala rasa panas, bila suruh orang lain check, dorang cakap biasa saja. Maka dari situ malam malam tak boleh tidur, baring pukul 11 malam , pukul 5-6 pagi baru dapat lelap.
Hampir 2 minggu aku rasa teruk macam tu, orang lain tak nampak sakit kita, yang pernah kena tu tahulah macam mana rasa dia. Awal bulan 2 pergi klinik, and doktor diagnosed ada AD. Aku pun redha lah dengan keputusan. Hidup macam biasa walaupun setiap hari hati rasa tak tenang.
Sampailah peak masa bulan 3 hari tu, tengah main game, tiba tiba terdengar bunyi 'pop' dekat tulang rusuk aku. Apa lagi start dari situ hilang akal, tak tenang, semua simptom muncul balik, nak berdiri pun tak boleh sebab kebas. Sesak nafas terus, palpitation semua ada.
Terus pergi cari housemate @arifaizatarmizi, cakap kat dia kalau aku collapse bawak pergi hospital 😂. @arifaizatarmizi cakap aku macam baru lepas lari 100 meter, dengan berpeluhnya 😂. Dalam sejam lepas tu baru aku dapat tenangkan diri. Nak makan pun takda selera.
Selang beberapa hari, bangun pagi ada rasa berdarah dalam mulut, terus ludah keluar darah, kena attack lagi sebab aku fikir paru paru problem kerana accident 🙃. Hampir setiap hari mulut berdarah dan hampir setiap harilah aku kena attack. Sampai satu tahap malas dah nak hadap.
Satu hari tiba tiba perasan rupanya gigi aku patah sebab accident, and gusi berdarah, terus hati rasa lega. Aku beli thermometer untuk cek suhu sebab hampir sebulan rasa panas, setiap hari aku check sebab takut, padahal suhu normal 36.3 - 37.1 je selalu. Dapatlah legakan hati.
Sekarang aku berada di kampung, alhamdullilah kurang perasaan tu bila dah bersama keluarga. Perasaan mengarut tu sekarang dah hampir 80% hilang. Perasaan negatif aku dapat kawal. Tiada lagi perasaan takut, rasa nak mati, gelisah.
Cuma sekarang bila lapar, kenyang sangat, jantung automatik jadi laju, mungkin gastrik atau gerd aku tak sure. Lepas habis PKP aku akan buat endoscope untuk check.
Jadi sebenarnya anxiety ni dia totally messed up with your mind. Bila makin difikir, makin jadi. Tips dia kekal tenang, buat benda yang kau suka, buat breathing technique, kekal positif. Paling penting sekali jaga makan, sebab bila dah ada gastrik @ gerd, itulah punca anxiety.
Paling tak dilupakan, berbaliklah kepada agama. Orang yang tak pernah rasa memang dia cakap sebab tak solat la ni bla bla bla sebab tu hati tak tenang. Tapi sebenarnya bila bila solat cukup, mengaji, kalau dia nak datang, kena jugak. Kekal lah positif, jaga makan, jaga iman.
Lampiran : 4 tulang rusuk patah and hemothorax, gigi patah, calar calar sikit, 11 hari di hospital 11/11/2019 - 22/11/2019. Rusuk patah nak bernafas punya susah bayangkan kalau setiap hari kena kena panik attack? Yang pernah rasa tu tahulah.
Sekarang sudah sihat sedikit. Masih dalam fasa pemulihan walaupun tak dapat sihat sepenuhnya. Doakan aku sihat, kuat dan ceria seperti sediakala.
You can follow @yuszexc.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: