Siapa tahu macam mana cara bacaan untuk ayat 31 surah Attaubah ni?
.
A. Attakhazu
B. Ittakhazu
C. Uttakhazu
Jawapannya ialah B. Penerangan ada di bawah baca ya.. untuk refresh pengetahuan.
4 TIPS MEMBACA AWAL AYAT/KALIMAH YANG DIMULAI DENGAN HAMZAH WASOL ( ٱ )
.
Pesanan Awal : Sila baca dengan tenang & jangan stress untuk faham.
Jika dimulakan kalimah dengan adanya ال dihadapan, maka mulakan bacaan dengan baris atas.
.
Cth :
(ٱلۡیَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰۤ أَفۡوَ ٰ⁠هِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَاۤ أَیۡدِیهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ).
.
[Surah Yasin : 65]

Contoh bacaan : Al-Yauma
Jika kalimah tidak dimulakan dengan ال, maka kita perlu guna kaedah melihat kepada baris yang terletak pada huruf ketiga. Ada 3 bentuk ;
Jika huruf ketiga berbaris depan, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris depan.
.
Cth :
(ٱقۡتُلُوا۟ یُوسُفَ أَوِ ٱطۡرَحُوهُ أَرۡضࣰا یَخۡلُ لَكُمۡ وَجۡهُ أَبِیكُمۡ وَتَكُونُوا۟ مِنۢ بَعۡدِهِۦ قَوۡمࣰا صَـٰلِحِینَ).
.
[Surah Yusuf : 9]
.
Cara bacaan : Uqtuluu.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka bacaan perlu dimulakan dgn baris bawah

Cth
(ٱنفِرُوا۟ خِفَافࣰا وَثِقَالࣰا وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰ⁠لِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

[Surah At-Tawbah : 41]
Cara bacaan : Infiruu
Jika huruf ketiga berbaris atas, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris bawah.
.
Cth :
(ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡیَوۡمَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ)
[Surah Ya-Seen : 64]
.
Cara bacaan : Ishlauha.
Semoga bermanfaat dan selamat beramal. Jemput share.
You can follow @tufairies.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: