OCD bukan "perfectionist."

OCD bukan sekadar "pembersih."

Ada banyak salah faham sebenarnya tentang Obsessive-Compulsive Disorder (OCD).

Kadang kala pelajar psikologi sendiri pun keliru.

Thread ini tentang salah faham mengenai OCD.
OCD ada dua komponen.

Pertama, obsesif. Ini bermaksud PEMIKIRAN berulang-ulang & kerap yang tidak diiingi dan menyebabkan seseorang sangat stress.

Contohnya, fikir yang tangan dijangkiti kuman bila sentuh tombol pintu, meja, kerusi, salam dengan orang.
Kompulsif pula adalah TINDAKAN berulang-ulang yang dilakukan untuk menuruti obsesi tadi dan bertujuan mengurangkan stress tadi.

Tindakan ini biasanya ada "cara tertentu" untuk dilakukan dan mesti ikut cara tersebut.

Contohnya, basuh tangan mesti 50 kali dari kiri ke kanan.
Bukan itu sahaja, obsesif dan/atau kompulsif berlaku begitu lama, mungkin sehingga berjam-jam lamanya.

Obsesif dan/atau kompulsif juga sangat teruk sehingga menyebabkan stress yang amat sangat dan ganggu kefungsian hidup seseorang.
Waktu Covid-19 ini, kalau orang biasa dia mungkin risau juga dengan jangkitan kuman.

Namun apabila dia basuh tangan dengan sabun, mandi, jaga social distancing, dia ok. Sudah tidak memikirkannya lagi.

Tetapi kalau orang yang ada OCD, dia akan basuh tangan atau mandi berjam2.
Orang yang ada OCD juga mungkin:

Berulang kali check pintu dah kunci ke belum.

Berulang kali check api dapur dah tutup ke belum.

Kalau sekali dua ok lagi, ini sampai berbelas atau berpuluh kali.

Jadi OCD bukan setakat "pembersih."
Biasanya orang ingat OCD itu "perfectionist."

Ini sebenarnya kurang tepat.

Perfectionist, rigid, semua mesti teratur, ikut susunan, susah nak buang barang (hoarding) sebenarnya termasuk bawah Obsessive-Compulsive Personality Disorder (OCPD).

OCPD berbeza dengan OCD.
Nama macam sama, tetapi berbeza.

OCPD tergolong di bawah Kecelaruan Personaliti dalam buku diagnosis psikiatri DSM-5.

Orang yang ada OCPD punya obses dengan kesempurnaan, ketelitian & peraturan sehingga tidak tercapai objektif asal kerja mereka.
Mereka akan jadi tak fleksibel, tak terbuka, tak efisyen sebab terlalu obses dengan kesempurnaan, ketelitian & peraturan.

Biasanya orang sukar bekerjasama dengan orang yang ada OCPD sebab mereka ada satu cara tertentu yang "susah nak dibawa bincang."
Contohnya, kerja yang diberi ialah menulis esei 100 perkataan dalam masa 1 jam.

Orang yang ada OCPD begitu obses nak tulis esei yang sempurna sehingga berkali-kali padam dan tulis semula sebab rasa tak capai standard yang diharapkan.

Akhirnya, masa tamat & esei tak siap pun.
Contoh lain, bila diberi projek berkumpulan.

Orang yang ada OCPD sibuk fikir prosedur, peraturan dan sukar utamakan apa yang penting.

Namun dia sukar agihkan tugasan pada orang lain sebab anggap caranya sahaja yang betul.

Akhirnya masa tamat, projek tak siap.
Orang yang ada OCD mungkin juga ada OCPD, tetapi tak semestinya.

Yang penting, kalau ada ciri-ciri ini, jangan pandai2 label diri sendiri atau orang lain.

Rujuk pakar psikiatri atau psikologis klinikal untuk bantuan.
You can follow @akif_basri.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: