Pintu Doraemon ini sebenarnya saintifik berasaskan teori kenisbian umum (general theory of relativity) yang dilengkapkan oleh Albert Einstein. Ada konsep lubang cecacing (wormhole)

Cuma, kita masih belum dapat buktikan secara pencerapan/eksperimen.

#UntaianZM
Pertamanya, teori kenisbian Einstein telah dibuktikan benar berasaskan pelbagai eksperimen. Paling gempak ialah pengesanan gelombang kegravitian yang menang Hadiah Nobel tahun 2017.

Menurut teori ini, kewujudan lohong cecacing adalah "possible", cuma belum dapat buktikan lagi.
Bagaimana konsepnya? Sebelum itu, mari fahami dulu konsep ruang masa (space-time).

Ruang ialah tempat wujudnya kita dan segala objek dan hidupan di dunia ini. Ia mempunyai arah (belakang, depan, kiri, kanan, atas, bawah).
Masa pula hanya mempunyai satu arah iaitu ke depan dan semua ciptaan terikat dengannya.

Menurut Einstein, masa dan ruang merupakan satu entiti. Apa yang memberikan kesan pada ruang, akan memberikan kesan juga pada masa.
Contohnya, objek berjisim berat akan memberikan pergerakan masa yang perlahan. Objek berjisim berat seperti matahari akan mempunyai graviti tinggi, masa pun akan bergerak lebih perlahan padanya.

Objek yang ringan, akan mempunyai pergerakan masa yang lebih cepat. Masa itu relatif
Okey, kenapa boleh jadi macam itu? Sebab apabila ada jisim berat, ruang-masa akan melengkok macam gambar.

Analoginya macam kita letak bola atas kain, kain itu akan melengkok lebih dalam kalau bola itu lebih berat. Sebab itu ruang-masa kadangkala dipanggil fabrik ruang-masa.
Jadi, macam mana kalau "kain" ruang-masa itu dilipat? Ya, kita akan singkatkan jarak dari satu tempat ke satu tempat. Dari satu bucu kain misalnya ke satu bucu kain yang lain.

Dengan konsep ini, pintu Doraemon dapat direalisasikan.
Menurut ahli fizik, lohong hitam (black hole) merupakan pintu untuk ke lohong cecacing (worm hole) ini. Lohong ini akan membawa kita dari satu tempat ke satu tempat lain yang sangat jauh. Tetapi jadi dekat sebab lohong ini yang memendekkan perjalanan.
Disebabkan ruang merupakan satu entiti dengan masa, maka lohong ini boleh jadi lohong pengembaraan masa yang mana kita boleh ke belakang dan ke depan. Secara peribadi, saya tak optimis dengan pengembaraan ke masa lampau kerana hukum termodinamik kedua halang perkara itu berlaku.
Kuasa Dr. Strange pun mempunyai konsep yang sama seperti pintu Doraemon.
Filem Guardian of Galaxy gambarkan dengan baik berkenaan konsep lohong cecacing. Nak pergi ke planet jauh, gunakan lohong cecacing adalah kaedah yang paling praktikal berbanding bergerak semata-mata kelajuan cahaya kerana kelajuan cahaya tak signifikan dengan alam terlalu besar.
Filem Interstellar pun ada gambarkan konsep ini. Tetapi banyak lagi teori saintifik lain yang menarik dalam Interstellar. Yang ini nanti saya ulas kemudian.
You can follow @zamirmohyedin.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: