Ayuh kenali jenis-jenis pisang.

1. Pisang nangka

Pisang ni takkan bertukar kuning emas yang nak buat diet tu. Kalau dah masak pun dia kuning² manja sipi² je.

Isinya putih (err semua pisang isi putih eh?) rasa masam² sangat sesuai buat pengat, pisang goreng dan kerepek.
2. Pisang nipah/abu

Pisang ni sebenarnya sangat sedap dibuat kerepek pisang ahhh sooo underrated sebab dia rasa lemak² manis.

Tapi pakai pisang nipah yang muda (tapi dah matang).

Juga sangat sesuai buat pisang goreng bila dia dah menguning.
3. Pisang berangan

Pisang ni sesuai dimakan mentah bila dah masak kuning sebab manis dia ngam² manja.

Sangat jarang orang goreng pisang ni sebagai fritters atau kerepek.

4. Pisang emas

Pisang ni sama geng dengan pisang berangan. Cuma saiz > kecil, > manis.
5. Pisang tanduk

Pisang ni kenapa tah mahal? Peniaga kerepek seolah bangga ye jual kerepek pisang tanduk walhal kerepek pisang nipah jauh lagi sedap.

Pisang tanduk yg sinonim dengan Congo ini, untung gak beli sebab dia 7 inci kan, so boleh potong banyak² buat goreng/kerepek.
6. Pisang awak

Pisang ni biasa dimakan begitu saja apabila kuning atau digoreng tapi antara turn off pisang ni sebab dia ada biji² tu.

Some might find it 😏 playinh with the balls in their mouth, some just couldn't take it anymoreeeeeee
7. Pisang Rastali
8. Pisang Raja

Both look similar ada freckles tapi tidaklah serupa erti tidak berbeza.

Berbeza saiz & rasa, pisang rastali lebih kecil dan kurang masam berbanding pisang raja yang turut dikenali sebagai pisang masam.

Boleh makan mentah tapi sedap buat cucur.
9. Pisang 40 hari

Pisang ni live up to its name yang dalam 40 hari (sebulan setengah) diperhatikan buahnya dah masak boleh makan.

Ala² pisang emas tapi saiz dia lebih besar tapi kalau masak ranum dia susah nak peel dan mudah lerai (semut hurung lah)
10. Pusang cavendish

Boleh la dipanggil sebagai pisang premium banyak dijumpai dijual di pasar raya have have gituh.

Dah bakanya pun hibrid, haruslah premium eh.

Sesuai dimakan begitu saja atau yang desserts premium berasaskan pisang see my level.
Dan juga pisang² lain yang ada kat kampung awak tapi saya tak masukkan kat sini maka silalah buat thread sendiri.
...

Selain buah pisang, bahagian pisang lain pun dijadikan makanan esp makanan orang Melayu, antaranya,

1. Umbut

Biasanya umbut pisang hutan. Buat gulai daging eh
2. Daun pisang

Selain untuk lemang, daun pisang digunakan sebagai pembalut kuih macam lepat, koci, tepung bungkus, dodol kukus, etc.

Pilih daun dari pokok seperti pisang hutan (terbaik), pisang kapas, pisang nipah.

JANGAN sesekali guna daun pisang nangka/emas (daun jadi hitam)
3. Jantung pisang

Kebanyakan jantung pisang boleh dimakan sebagai ulam atau buat kerabu.

Biasanya rebus/celur tambah garam sikit.

Tapi pisang nangka punya jantung memang orang tak buat ulam sebab pahit(?)
4. Buah pisang sebagai aneka kuih Melayu.

Pisang yang dah ranum masak menguning biasanya akan dilenyek pastu buat lah cekodok/cucur/coq pisang/jemput pisang/jemput-jemput (sebutan ikut daerah)

Atau dijadikan lepat, kek pisang, smoothies, apam, etc

*N/A for pisang nangka
5. Kulit buah pisang.

Kalau dalam kartun, mesti kononnya kulit pisang akan buat jatuh tergelincir bila terpijak. Nonsense.

Ada petua suruh sapu kulit pisang (yang belah dalam tu) pada kulit muka; pudarkan parut jerawat,

Dan ada petua suruh tenyeh pada gigi untuk putihkan.
6. Tatabahasa

Pisang goreng ✔️
Goreng pisang ❌

Nampak pisang dulu ke nampak 'goreng' dulu? Sebab tu namanya pisang goreng.

Btw, kalau nak goreng pisang, pakai tepung gandum + air + garam pun dah ok, takyah tepung fancy², last² makan minyak je kalau silap adun
7. Ancaman kesihatan buah pisang

Pisang tinggi gula jadi pesakit diabetes kena kawal lah pengambilan.

Pisang juga tinggi ion K+, jadi pesakit buah pinggang dilarang menikmati buah pisang sampai kiamat.

Moralnya, jagalah kesihatan. Pisang sedap kot.

What's your fav pisang 😎
Sekian thread ilmiah pasal pisang wah terasa bertambah digit IQ tiibah.

Sesungguhnya thread ini terhasil akibat triggered dengan soalan nurtizen tanya pada khairulaming pisang apa sesuai buat pengat.

Di sini, ingin dinyatakan, PISANG NANGKA.

Fuh, sekian, terima kasih.
You can follow @JefriAduba.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: