Abah❤️

Throwback kejap. Masa saya mau isi UPU, senarai 1-9 semua saya isi bidang sains. Masa tu hati minat sangat2 dalam bidang sains. Yang ke-10 saya blur nda tau mau isi apa. So, saya tanya pendapat abah.

Abah cakap, "Kaka ambil lah bahasa arab. Boleh jadi ustazah nanti."
Dalam hati saya, saya bukanlah mahir dalam bahasa arab, selepas tamat belajar di SMKA Tun Datu Mustapha, dan masuk ke matrikulasi, saya terus melupakan bahasa arab. Dalam hati yakin sungguh akan sambung aliran sains. 😅
Saya ikut cadangan abah, pilihan terakhir saya adalah kos Bahasa Arab dan Komunikasi di USIM. Bila result UPU keluar, pilihan terakhir itulah yang saya dapat.

Bila saya bagitau abah yang arab ni susah, abah cakap, "Tiada benda yang mudah. Teruskan belajar untuk tambahkan ilmu."
Dari sem 1-7, saya akan bagitau abah subjek sekian2 susah (nahu tadhawwuk sorof balaghah thesis), saya risau saya nda dpt buat, abah pesan, "Usaha yang terbaik. InshaaAllah kakak boleh buat."
Sepanjang 4 tahun pengajian, saya rasa macam saya lah paling slow dalam kelas, kalau pensyarah cakap arab, memang saya blur. Saya bersyukur ada kawan2 yang sudi berkongsi ilmu dan banyak membantu saya.
28.11.2019
Alhamdulillah, saya berjaya mendapat segulung ijazah dalam kos Bahasa Arab dan Komunikasi.

27.08.2019
Masa surat pelantikan keluar, saya di Keningau. Mula2 saya mau turun KK, tapi abah cakap "ndapa, nanti abah ambil."
Abah tolong ambil surat pelantikan dan penempatan guru interim di Sektor Pendidikan Islam. Abah ambil gambar, hantar di whatsApp, suruh saya print. Abah mau saya terus lapor diri di SK Pasir Puteh, Keningau besok. Abah bagitau juga nanti abah fax juga surat p sekolah.
28.08.2019
Lapor diri di sekolah.

Alhamdulillah, saya betul2 jadi ustazah untuk subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Tapi masih interim, masih panjang lagi perjalanan..

Sepanjang musim PKP, abah selalu tanya, "sudah bagi kerja untuk murid? Ada buat kelas online?"😊
Adik-beradik semua guru, kecuali yang bongsu belum lagi tamat pengajian di KV Keningau. Yang lain semua ikut jejak abah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan?

Terima kasih abah, atas didikan yang abah berikan selama ini. You are the best❤️
Abah, abah rehat lah aa.. InshaaAllah, giliran kami pula meneruskan perjuangan abah❤️
We love you abah ❤
You can follow @qisnadi_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: