Aku rasa ramai lelaki luar sana yg takut nak ada anak sebab tanggungjawab. Aku dulu pun macam korang. Anak aku ni aku tunggu 4 tahun baru aku berani, bila dia dah keluar tu, tak terungkap mcm mana happy-nya aku waktu ni. Aku expect anak laki, tp yg keluar Raisah. My short story.
Kehidupan Guangzhou tak semudah macam di KL. Dari segi tempat tinggal dan makan minum, kewangan aku dan isteri agak terhad. Even we had a good business back then, tp expenses pun boleh tahan bnyk per month. Jd aku dan isteri tahan utk tidak mempunyai anak waktu awal perkahwinan.
Tiap kali balik Malaysia, panas telinga aku dgn soalan orang "Bila nak ada anak?"

Nasib baik mak bapak aku faham keadaan aku, aku memang nak kuatkan ekonomi aku baru sedia nak ada anak. Family lain yg tak faham tu, aku buat don't know je. Lantak diorang lah nak cakap apa.
2014 nikah
2018 Ogos baru dapat Raisah.

Waktu nikah/kahwin tu pun kita buat simple. Aku sbnarnya faham perasaan bini aku, dah nama pun perempuan, mesti nak ada satu wedding yang gah dalam hidup diorang. Tp aku bersyukur dia tak terlalu demand dalam hal ni.
Nikah/kahwin tak sampai RM 5k. Aku jemput sedara mara dan keluarga terdekat je, yang tak datang tu pun aku tak kisah. Sebab waktu tu kepala aku dah fikir pasal sewa rumah dekat China, modal utk register company, preparation utk visa dan passport.
Aku faham yg nasihat aku kepada anak muda utk tidak berbelanja besar dalam perkahwinan susah nak diterima semua. Tp itulah yg aku buat, aku trpaksa korbankan grand wedding utk hadap kehidupan dekat China. Alhamdulillah everything went well. Tp 4 tahun kita takde anak.
Aku dan isteri cuba utk luangkan masa bersama travel ke beberapa negara dan nikmati kehidupan berdua. Tp bila dah masuk tahun ke-4 tu, baru terasa, hidup ni bosan kalau takde anak. Benda ni aku terfikir waktu aku dekat Indonesia, aku tgk family sana yg sebaya aku dah 3 anak.
2018, aku melompat dari katil bila bini aku kejutkan yg dia berdarah, time tu 4 pagi.

Gila! Mana nak cari hospital waktu tu? Dalam kepala aku, janji tak beranak dalam kereta dah lah, plan Tuhan tu ngam-ngam ikut calendar due date.

Ini Raisah Chan lepas 12 jam. Hihi.
Aku selalu nakkan anak lelaki, tapi bila Raisah keluar, segala plan aku utk besarkan anak pergi main bola dekat stadium main wrestling dan main skate hilang sekejap. Tuhan betul-betul turunkan rezeki yang tak ternilai ni.
Kau takut nak ada anak, itu normal, kau nak besarkan satu nyawa dgn ekonomi yg stabil itu bagus. Kau kena banyak doa. Cabaran nak membesarkan anak ni bukan kepalang, tapi kau kena banyak doa, kadang Tuhan tu jawab dalam pelbagai bentuk, tahu-tahu kau tersenyum sorang-sorang.
Aku pernah tinggalkan bini aku dekat Guangzhou sorang-sorang waktu dia mengandung, time tu aku bawa wakil company China pergi main dekat Genting Malaysia. yg ni kalau aku cerita boleh buat nangis juga lah.
Oh, dekat China kau tak boleh tahu jantina anak. Sebab dekat sana budaya China utamakan anak lelaki, kalau diorang dapat tahu jantina perempuan, diorang akan gugurkan. Sebab perempuan tak boleh warisi nama keluarga.
You can follow @magmalaya.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: