1)Tan Sri salah faham ni, mohon saya perbetulkan. Denda dan penjara adalah hukuman yg akan dikenakan jika arahan PKP dilanggar ketika fasa 1 & fasa 2. Pada fasa 3, MKN telah keluarkan kenyataan "selepas ini tiada saman, terus ditahan" dan "no one above the law". https://twitter.com/janggarrix/status/1254032699586539522
Oleh sebab itu lah ramai rakyat marah kerana marhaen yg ingkar pkp terus ditahan dan dipenjarakan seperti kita boleh tgok di dada akhbar atau berita pada awal PKP fasa 3. Namun vip (timbalan menteri kkm, exco perak, anak menteri) tak ditahan malah diambil keterangan saja.
Sedangkan Vip di atas melanggar PKP dalam tempoh PKP fasa 3. Faham?
2)Andai kata hukuman PKP fasa 3 ini sama juga seperti PKP fasa 1 dan 2 iaitu denda dahulu atau penjara. Mengapa vip tersebut tidak dikenakan denda bayaran RM1000 seperti rakyat biasa? Tolak tepi masalah vip kaya atau tidak semua org tahu mereka kaya, rakyat cuma mahukan keadilan.
Jika rakyat perlu bayar denda serta merta tanpa kompromi kenapa vip diambil masa yang lama untuk dikenakan bayaran denda? Jika rakyat diheret oleh polis ke balai polis untuk diambil keterangan, kenapa vip diminta untuk hadir ke balai polis untuk diambil statement?
Jika proses mengambil keterangan dan mengenakan hukuman denda oleh mahkamah kepada rakyat ambil masa yang singkat, kenapa proses2 tersebut memgambil masa yang lama terhadap vip dan hingga sekarang mereka tidak dikenakam denda? Itulah yg dinamakan ketidakadilan.
3) Mengapa polis perlu menjaga nama baik vip ni sedangkan mereka adalah yang dipilih rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat? Tiada kepentingan menjaga nama baik vip yang telah melanggar sebuah arahan wajib kpd seluruh rakyat Malaysia ini. Ini menunjukkan @PDRMsia tidak telus.
Sewaktu PC MKN @IsmailSabri60 telah ditanya oleh salah seorang wartawan mengenai ahli kenamaan yang nelanggar pkp dan beliau menjawab "No one above the law dan hal ini diserahkan kepada pihak PDRM". Tp malangnya pdrm nak jaga nama baik diorang rupanya hmmm.
Ini menunjukkan arahan MKN yang kononnya undang2 PKP termaktub kepada seluruh warga Malaysia adalah penipuan semata2. Malah MKN terpaksa menutup mata dengan cara kerja @PDRMsia yang tidak telus ini. Ini lah namanya ketidakadilan.
4) Saya mohon Tan Sri faham rakyat tidak semuanya kurang bijak. Masih ramai yang memerhati ketidaktelusan pihak polis dalam menjalankan tugas sewaktu PKP ini tetapi kami tidak boleh buat apa2 memandangkan melawan pihak polis adalah kesalahan undang2 juga.
Rakyat bukannya bodoh untuk marah dan menghina pihak polis secara membabi buta tetapi kami hanya perlukan keadilan itu sahaja. Kami bukan benci polis, kami benci ketidaktelusan yang mereka amalkan. Itu sahaja.
5) Alang2 tu jemput Tan Sri menonton filem arahan Namron yang berjudul "Crossroad : One Two Jaga" untuk Tan Sri faham contoh2 ketidaktelusan yang berlaku dalam sistem polis Malaysia. Filem ini bukan tuduhan tidak berasas ya.
Malah skrip filem ini telah ditapis sendiri oleh pihak pdrm kerana paham2 je lah. Kemudian, filem ini berdurasi sejam lebih tetapi durasi asal filem ini adalah hampir 3 jam malangnya terpaksa dipendekkan kerana terlalu banyak kebenaran yang dipaparkan. Takut malukan polis gittew.
Okay terima kasih Tan Sri. Enjoy the movie.
You can follow @IbnuZahiri.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: