SAKIT GASTRIK SEMASA PUASA.

Ramai yang bertanya kepada saya camne nak elak sakit gastrik semasa puasa.

Gastritis adalah radang pada dinding perut, manakala PUD ni adalah ulcer di saluran gastrousus (perut-usus).
Dua dua penyakit ni mempunyai punca yang sama

- penggunaan ubat tahan sakit NSAID yang kerap seperti ibuprofen, aspirin

- Trigger oleh makanan pedas, rokok, alcohol, ubat steroid (diambil untuk tempoh lama)

- Stress

- Jangkitan kuman H.pylori
Untuk yang ada masalah Gastrik, ANDA TAK BOLEH TINGGALKAN SAHUR.

Memang ada umat yang boleh tidur sampai tertinggal sahur. Dan ini adalah tidak patut.

"Barangsiapa yang mau berpuasa hendaklah sahur dengan sesuatu." (HR Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Abu Ya’la, Al Bazzar).
“Berkah itu ada pada tiga perkara, Al-Jama'ah, Ats-Tsarid, dan makan sahur." (HR Thabrani, Abu Nu’aim).

Untuk pesakit gastrik, amat penting untuk anda makan sikit masa berbuka. Bukan satu meja penuh.
Sebaliknya makan kurna, minum air dan makanan sikit dulu. Pergi solat maghrib dan baru makan makanan utama sebelum solat tarawih.

Gunalah bulan ni untuk cuba berhenti rokok bagi sesiapa yang merokok.

Elakkan kopi/ minuman berkafein dan juga makanan pedas.
Ramai yang bertanya tentang susu.
Kajian menunjukkan walaupun susu boleh kurangkan sakit buat sementara waktu (temporary buffer) , tapi ia boleh meningkatkan asid perut yang menyebabkan sakit lagi teruk lepas itu.
Minum banyak air masak.
Nak ambil jus, elakkan yang ber"citrus" macam oren.

Selepas solat tarawih, kurangkan makan sangat, biar perut rehat. sebab itu kena kurangkan tradisi "moreh".

Sahur selambat yang mungkin.
Dan ada beberapa pesakit yang memerlukan ubat seperti MMT, Omeprazole dan sebagainya. Jadi tolong berbincang dengan doktor anda.

Sekiranya anda mempunyai sakit perut yang kuat, muntah banyak, muntah berdarah, berak hitam - tolong dapat rawatan dengan segera

- Nimelesh -
P.S : I tak cerita sangat pasal ujian h pylori, scope semua.

Kalau gastrik teruk sangat, make sure pergi klinik. Anda perlu rawatan lebih selain dari tukar diet : seperti ubat.
You can follow @HausofHilton.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: