Rasa berdebar-debar, gelisah, takut sangat secara tiba-tiba? So is it Anxiety attack or Panic Attack? I make this thread sebab perasan ramai yang tak tau bezakan between these two condition dan I'll share few tips for you guys. Park lah dulu sementara aku siapkan thread ni okay.
Okay, first of all korang kena tahu yang anciety attack ni bukan macam anxiety yang biasa. Even terms anxiety attack ni pun sebenarnya bukan clinical term, dia bahasa pasar yang orang mula gunakan bila dorang rasa anxiety ni ganggu kehidupan dorang.
So ramai pesakit yang guna term ni bila jumpa doktor & psychologist. Lepas tu professional healthcare pun mulalah bagi definisi yang lebih dalam untuk anxiety attack.
So, anxiety attack ni level mana? Anxiety attack ni ialah keadaan yang lebih teruk dari anxiety biasa. Anxiety biasa tu macam rasa nervous bila nak presentation or bercakap dpn orang ramai. Tapi anxiety tidak seteruk panic attack. Jap..ada keja sikit
Allright I'm back, So anxiety attack ni rasa gelisah yang tiba-tiba dan hebat ataupun rasa gelisah yang berpanjangan. Next I will explain more on the simptoms.
Sekarang simptom-simptom anxiety attack pulak, biasanya orang yang alami anxiety attack ni dia tak boleh nak rehat, tak boleh nak relax, mudah rasa letih, susah nak fokus or kadang-kadang fikiran jadi kosong, korang jadi cepat marah, otot rasa lesu,
Pastu korang susah handle kerisauan korang, dan yang paling stress korang susah nak tidur or rasa tidur tu tak cukup.
Senang cerita, anxiety attack ni ialah ketakutan/kerisauan korang terhadap sesuatu yang akan berlaku di masa akan datang. Dan kadang-kadang benda ni akan sebabkan korang dapat panic attack.
Tap diingatkan lagi ye, anxiety attack bukan panic attack. Anxiety attack ni bukan semestinya tanda korang ada anxiety disorder. Apa pulak ni? Maksud dia, tak semestinya korang tak normal.
So anxiety ni ialah keadaan yang jadi bila ada faktor perangsang(stimuli) iaitu macam situasi yang buatkan korang risau dan biasanya orang yang dah alami anxiety attack ni dia akan cuba elakkan lunca anxiety dia tu contohnya org yang ada sosial anxiety akan cuba elakkan org ramai
Okey. Panjang lebar baru Anxiety attacks. Now, Panic attacks pulak.
Okey ni ada official definition daripada Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders. "Serangan panik adalah episod ketakutan yang tiba-tiba yang mencetuskan reaksi fizikal yang teruk apabila tidak ada bahaya atau penyebab yang nyata."
So maksud dia apa? Panic attack ni ialah satu keadaan tu bila secara tiba-tiba ja korang rasa ada bahaya pastu korang pun risau gila-gila so korang pun automatik nangis, dan rasa perlukan pertolongan org lain utk diselamatkan daripada ketakutan korang yg korang pun tak pasti tu.
Biasanya orang yang lalui situasi ni dia rasa macam dia kena serangan jantung pastu dia pun gelabah pergi hospital or call 999 sebab dorang takut dan tak tahu nak buat apa. In my case, aku dah tengok dua kali irang buat camni.
First tu my ex, tetibe panic attack pastu dia takut mati dia pun pergi hospital paling dekat(hospital swasta mahal namatey) masa tu dia da tak fikir apa dah dia gi je mcm "take my money I just want to live". Mak dia call aku, aku pun mintak excuse balik awal kerja haritu
Hujan lebat aku nek motor basah lencun gi cari dia kat hospital sebab risau dah kenapa kan tiba2. Rupanya panic attack 😑 Eh melalut sudah. Then yang second tu, pt aku datang hospital masa tu aku dekat jabatan kecemasan. Dia kata dia macam kena serangan jantung.
Dgn tinggal selipar dia, dgn kereta tak parking betul. Datang mintak doktor check 😅. Kesian tapi funny la kalau ingat balik. Erm sorry. Simpati for those yg kena panic attack. Okey2 sambung.
Simptom-simptom panic attack termasuklah rasa macam korang dah dekat pengakhiran, rasa takut dah tak terkawal, rasa nak mati, laju jadi jantung gila, berpeluh, badan menggigil or bergetar, sesak nafas, dada rasa sesak namatey, dingin, rasa muka panas gila, loya, abdominal cramp,
Sakit dada, sakit kepala, pening, rasa nak pitam pengsan, kebas atau rada geli geli(hehe), dan rasa macam tak real semua benda.
Orang yang beberapa kali alami panic attack ni maksud dia anda telah mengalami panic disorder. So, berjumpalah doktor dengan segera okey.
Allright, so kenapa korang kena tau bezakan panic attack dengan anxiety attack padahal lebih kurang je ponn. Nope, even lebih kurang sebaiknya korang kena elakkan guna term yang salah. Sebab bila korang jumpa anxiety specialists, tapi korang ckap korg panic disorder,
Dan korang pulak percaya korang panic disorder, korang pun explain macam korang ada panic disorder padahal korang cuma anxiety..ataupun vice versa. So untuk elakkan korang bazir masa rawat penyakit yang korang tak ada pun. Baiklah korang fahami dan bezakan dua benda ni okey!
Disebabkan thread ni pun da panjang. Aku explain tips dan trick yang saaaangat berguna untuk korang yang ada anxiety attack or panic attack ni next time di thread lain okey. Ciao, selamat berpuasa. Hindari covid, dekati ibadah đŸ€Ș
You can follow @MSazriman.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: