This is my take on the scam case

Few notes sebelum mula:
- Ini hanya PENDAPAT peribadi berdasarkan info yg aku dapat. Mungkin ada info yg aku tak tau.
- Mungkin betul, mungkin tidak
- Aku tidak mewakili mana2 pihak (tiada kepentingan)

Ok bismillah
Aku buat benda ni dengan tujuan tak lain tak bukan, untuk cuba bantu selesaikan isu yg berlaku baru2 ni. Based on secebis ilmu yg aku tau, dan aku ada rujuk someone dalam bidang ni.
Ok first sekali, kena bezakan 2 term ni:

PINJAMAN & PELABURAN

Benda ni penting
PINJAMAN

A: eh aku nak pinjam duit kau 100. Nanti aku bayar balik
B: ok

Dalam kes ni, tak kira apapun berlaku, pinjaman tetap perlu dibayar. Pinjam 100, bayar balik 100. Tak lebih, tak kurang.
Katakan A pinjam duit B, dan A jadikan duit tu as modal untuk perniagaan. Kalau A untung, jumlah hutang tetap sama, iaitu 100. Kalau A rugi, jumlah hutang tetap sama, iaitu 100. 100 tu ialah hak B. A wajib bayar.

Sebab ini ialah PINJAMAN.
PELABURAN (INVESTMENT)

A: eh jom invest dalam bisnes ni. Untung weh aku join
B: oh untung eh? Ok aku join

Ini ialah investment. A ajak B join, dan B BERSETUJU untuk join. Tiada berlaku sebarang paksaan or ugutan. B join atas dasar rela hati.
Dalam kes ni, B tiada hak atas A. Masing2 atas diri masing. Tidak berlaku proses pinjaman. Maka, apa yang akan terjadi pada masa depan, masing2 tanggung sendiri.
Kena faham jugak beza konsep PINJAMAN & PELABURAN.

PINJAMAN: Tiada untung atau rugi. Tiada risiko.

PELABURAN: Ada untung atau rugi. Ada risiko.

Bila seseorang bersetuju untuk melabur, dia kena jelas konsep ni.
Dalam kes yang berlaku, aku andaikan itu investment. Which A ajak B untuk invest, tapi turns out, investment tu ialah scam yang mana A & B taktau. Dedua pihak (A & B) kena scam dengan pihak atasan. Dedua pihak tanggung rugi.
Bila dedua pihak alami kerugian akibat kena scam, B takleh nak salahkan A 100%. Sebab:

1) Bukan A yang buat scam tu
2) A sendiri taktau itu ialah scam

"So, takda apa2 kesan la pada A?"
Ada.
Ada 2 kesan pada A:

1) A juga mengalami kerugian sebagaimana B (bergantung pada jumlah investment masing2).

2) Orang akan hilang kepercayaan pada A.
Bila jadi kes macam ni, B takleh claim A berhutang dengan dia. Sebab ini ialah investment, bukan pinjaman. Pihak terlibat dah bersetuju untuk tanggung risiko.
Dalam investment jugak, biasanya impact untung or rugi tu bergantung kepada berapa banyak kau invest.

Invest banyak, untung banyak.

Invest banyak, rugi banyak.

Sebab tu aku cakap pasal konsep risiko.
"Kalau rugi, kenapa aku tengok dia tu berduit je flex sana sini"

Ok untuk ni, aku bagi contoh situasi bagi korang senang faham.
A: ada 1000, invest 100.

B: ada 200, invest 100.

Bila berlaku scam, both alami kerugian yang sama iaitu 100. Tapi beza, pada asalnya duit A memang dah banyak berbanding duit B. Dan baki duit A tu takde kaitan langsung dengan investment. That's why he can spend more.
And the way he spend his money, tak sepatutnya berkaitan langsung dengan orang lain. Duit dia, hak dia. Kalau bab membazir, boros, itu antara dia dengan tuhan. Kita as manusia berhak untuk tegur dan nasihat supaya jangan membazir.
"Tapi time aku join dulu, aku taktau benda tu scam. A cakap ok, aku pun join je la"

Ok part ni pahit sket nak terima. But it's the fact that you have to accept.

Segala apa yang kau buat dengan rela hati, kau SENDIRI KENA BERTANGGUNGJAWAB.
Tiada istilah "aku tak tau"

Kau sepatutnya ambil tahu. Kau sepatutnya kaji sebelum kau buat sesuatu keputusan. Jangan percaya bulat2 apa orang kata. Sebab ini melibatkan harta kau dan keputusan kau sendiri.
Kalau kau tengok dalam recent cases yg berlaku kat Malaysia sendiri, contoh kes 1MDB, segala duit keluar masuk dari akaun kau, kau kena tau dari mana duit tu datang or ke mana duit tu pergi.

Bila kau disoal pasal urusan duit kau, alasan "aku taktau" tak relevan.
So, point dia, kena berilmu sebelum buat sesuatu. Dapatkan nasihat, banyakkan membaca, cari info dari banyak pihak.

Kalau rasa nak join investment, cari ilmu pasal investment. Cari ilmu pasal syarikat yang kau nak invest tu.

Jangan invest tanpa ilmu.
The thing about scam companies, dia akan cuba tarik investors dengan macam2 cara. Janjikan itu ini, cepat kaya, kerja simple, untung banyak, etc.

Itu semua trick diorang untuk tarik investors. Dia akan bagi kau tertipu dengan kekayaan yang diorang ada.
Sebab tu kau akan nampak bila diorg promote something, mesti ada sekali gambar kereta mewah, rumah besar, duit berkepuk etc.

Sebab benda2 tu yg buatkan orang tertarik.

Dah nama manusia, siapa je tak suka harta kan?
Based on apa yg dah berlaku, aku boleh cakap yang pengajaran memang kadang2 mahal. It can cost you hundreds, maybe thousands.

Yup, kau akan hilang duit, tapi kau akan dapat pengalaman.

Dan pengalaman tu yang akan mendewasakan seseorang, jadikan kau berilmu.
Dengan ilmu dan pengalaman, kau mungkin dapat avoid kerugian yang lagi besar in the future. Who knows?

Everything happens for a reason.

Sama ada kau suka atau tak, benda dah jadi. Daripada kau cuba untuk mengubah sejarah, better kau bentuk masa depan kau sendiri.
Ok that's it. End of thread.

Macam aku kata awal2 tadi, ini ialah personal opinion. Jangan terima bulat2. Aku mungkin salah.

Mohon tegur salah silap aku dalam thread kalini.

âœŒđŸ»
You can follow @azfaruqi95.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: